Thursday, January 8, 2015

Majlis Persaraan Pn Asiah bt Md Sab

Aku mendapat jemputan daripada Pn Suriati GPK 1 Sekolah Kebangsaan Dato' Nanning. walaupun kad jemputan dihantar ke sekolah namun aku tidak menerimanya.  Apabila diberitahu baharulah aku menelefon pihak sekolah. Kad jemputan dihantar melalui whatsapp.
  Aku sebenarnya tidak membuat sebarang persiapan kerana pada 30 Disember 2014, kami ada mesyuarat guru.  Oleh kerana banjir besar melanda Kelantan  Terengganu, Pahang dan Johor, maka disytiharkan sesi persekolahan ditangguhkan daripada 5 Januari kepada 12 Januari bagi negeri-negeri Kumpulan B, maka dapatlah aku menghadiri majlis tersebut.
   Majlis persaraan tersebut diadakan di Kompleks Jeperun  DUN Rembia.  Aku hanya sempat mengambil cenderamata dari Sabah yang kubeli iaitu bekas letak tisu diperbuat daripada ukiran kayu dan sehelai kain batik dari Sarawak, Ku layangkan ucapan 'selamat bersara ' dengan bantuan anak bongsuku menggunakan komputer.
  Aku sebenarnya hadir mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan bekas guru-guru SKDN di samping bertanya khabar kepada mantan guru besarku Pn Asia bt Md  Sab.  Tepat pukul 10.00 pagi para jemputan tiba termasuk YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdul, ADUN Kawasan Rembia.
  Kami bersalam-salaman dan majlis didahului dengan bacaan doa dikuti dengan  jamuan makan diiringi persembahan muzikal. Selepas makan, ucapan demi ucapan bermula.
     Aku ingin menarik perhatian tentang ucapan Pn Hjh Asiah bt Md Sab , pada mulanya beliau tidak menerima pelantikan sebagai guru besar.  Beliau tidak duduk di kerusi guru besar.  Tetapi atas tanggungjawab, beliau akhirnya akur dengan arahan sehinggalah berjaya menjadi  Guru Besar Cemerlang. SKDN . SKDN pernah dicalonkan sebagai Sekolah Anugerah Cemerlang , pernah memenangi beberapa anugerah dan murid-muridnya berpotensi meraih kejayaan sehingga ke peringkat Negeri.  Aku pun dah lupa akan kejayaan-kejayaan tersebut sepanjang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau dari tahun 2002-2010.
  Beliau sangat peka terhadap perkembangan sistem pendidikan  dan sentiasa menjaga kebajikan guru serta anak didik.  Beliau akan memastikan anak-anak didik mendapat bantuan kewangan jika mereka terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah.  Beliau mengibaratkan murid  sebagai  diri sendiri, contohnya, mendapat biasiswa semasa bersekolah kerana beliau tergolong dalam keluarga yang susah.
  Memang benar, faktor pendapatanatau ekonomi  keluarga memainkan peranan penting dalam pendidikan.  Tanpa wang, pendidikan tidak akan lengkap dan masalah kenyakinan diri murid juga agak rendah.  Semangat belajar dan jati diri murid perlu disemai sejak dari kecil agar mereka sentiasa berjiwa besar dan berketrampilan untuk membina  masa hadapan.
  Berbalik kepada majlis tersebut, dapatlah aku berjumpa dan berbual-bual serta bertanya khabar semenjak aku berpindah ke Sabah dan ke Selangor dari tahun 2010 - 2013.  Sesungguhnya aku amat gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan setugas dan aku ditempatkan semeja dalam dengan  bekas guru-guru SKDN.  Syukurlah dapat berjumpa, berbual dan bertanya khabar.
  Kepada guru besar Pn Hjh Asiah bt Md Sab dan Pn Salamah  bt Ahmad,  GPK 1 , aku amat berterima kasih atas sokongan dan dorongan supaya  aku memohon Guru Cemerlang.  Kalau bukan atas desakan dan perhatian mereka , aku tidak akan bergelar GC, begitu juga suamiku yang sentiasa memberi maklumat tentang GC.
  Tiada kata yang lebih indah  dengan mengucapkan 'Selamat Bersara . semoga berbahagia dan sihat sejahtera di samping keluarga...khas buatmu, Pn Hjh Asiah bt Md Sab, Guru Besar Cemerlang SKDN.

                              Pn Hjh Asiah bt Md Sab, guru besar SKDN 2002-2014

                                                           para tetamu yang hadir
bersama-sama dengan Pn Megawati Jalaluddin, Pn Anisah Abdul;, Pn Norainy Darus

kad jemputan

brosur majlis persaraan
berkumpul dengan mantan guru dan GPK

 Kejayaan dalam Perkhidmatan beliau yang boleh menjadi contoh kepada kita:-

 * Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC (2003. 2012)
* Anugerah Pengarah pendidikan Melaka (2007)
* Anugerah Guru  Besar Cemerlang         (2008)
* Anugerah Pingat Jasa Kebaktian  PJK           (2014)

Pengalaman lain
*Ahli meja bulat (Wakil GB Melaka) bersama pengarah Bahagian sekolah Harian (Penggunaan Gajet Teknologi) di PICC, Putraya.
*Pementoran Guru Besar Baharu (Program Immersion)
*AJK MGB kawasan
*Pemeriksa kertas SPM (1976)


Semoga kita berjaya mendidik anak bangsa walaupun khidmat kita secemerlang mana....tanggjungjawab kita memacu anak bangsa menjadi warga negara yang berguna kepada bangsa dan negara....aaamiin




1 comment:

  1. Satu-satunya guru besar dan barisan pentadbir menggalakkan aku memohon guru cemerlang, tak tahan asyik didesak akhirnya, aku mengalah juga. Maka aku memohon guru cemerlang pada awal Januari , dicerap pada bulan Februari 2010 dan keputusan keluar pada November 2010 ketika itu aku berkhidmat di SK sahabat 4, Sabah

    ReplyDelete