Aku dapat berita mengenainya melalui wassap sahaja, tu pun melalui Maimunah Kutut, adik iparnya yang juga kawan sekolahku. Habsah bt Jamil itulah sepupuku. Kami sebaya. Penyakitnya telah lama ku ketahui. Cuma kita sebagai saudara hanya mampu menasihatinya.
Pada Isnin 24/10/2016 , melalui wasaap menyatakan dia akan dibedah pada 25/10/2016. Selepas dibedah, dia kritikal. Dibedah lagi untuk mendapatkan oksigen melalui kaki. Tiga injap jantungnya tidak berfungsi dan tinggal satu lagi. Malangnya darah tidak boleh dipam kerana ada kebocoran dan bengkak pula. Maka digunakan jantung palsu , yang dibuat melalu pembedahan di kaki. Tambah sedih lagi buah pinggangnya juga telah rosak.
Setelah dibedah, dia dalam keadaan kritikal. Mungkin dia telah pasrah, tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya, maka dia sendiri yang menandatangani surat pembedahan. Memang dia selalu menyatakan dia tidak boleh bergerak bebas, tidak boleh berpusing , kakinya bisa-bisa kerana kencing manis yang serius. Bacaan gulanya tinggi dalam darah. Dia juga keluar masuk hospital kerana masalah jantung.
Aku tinggal berjauhan, apabila bercerita kita hanya simpati. Aku hanya mendapat berita terkini melalui wassap. Petang Rabu, aku minta suamiku menjenguk di hospital. Petang Khamis pula , kaki suaminya sakit dan bengkak kerana ghout, Suamiku tak boleh berjalan, cuti sehari. Aku bagai cacing kepanasan, untuk pergi melihatnya. Rasa tidak puas hati terhadap suami, kerana ambil mudah sahaja. Aku mendesak lagi pada pagi Jumaat, namun tak diindahkan. Aku pula meminta anak sulungku, janjinya nak pergi. Tapi sudah pukul 2.00 petang batang hidung pun tak nampak lagi.
Pada hari Rabu, aku mendapat panggilan telefon menyatakan sepupuku kritikal. Aku masih menaruh harapan supaya dia akan sembuh. Hari Jumaat28/10/2016 sekali lagi diberitahu jam 6.00 pagi , dia masih kritikal. Akhirnya ku telefon suamiku meminta pergi menziarahnya. Kami bertolak pukul 2.30 petang dari rumah, ambil emak saudaraku di Paya Rumput, Sungai Udang. Lengah ke sana, akhirnya pukul 5.00 petang kami sampai di Hospital Serdang.
Setibanya di sana, aku, dapati semua anaknya berkumpul , abang dan kakak ipar serta ibunya. Abangnya memberitahu doktor sudah menyuruh membaca surah Yasin. Doktor pun dah memberitahu bahawa mulutnya dah berbuih. Kami menunggu giliran untuk melawatnya. Dalam hatiku benar-benar berfirasat bahawa dia tidak akan sedar dan riwayat akan habis begitu sahaja kerana sekiranya jantung kita direhatkan bermakna pilihan terakhir. Teringat pula keadaan yang sama dialami oleh arwah pak langku, jantung direhatkan dan hayatnya habis begitu sahaja.
Kami menunggu sehingga waktu maghrib. Pada pukul 7.05 malam, doktor menelefon kakak iparnya , Suriani bahawa wayar hayat akan dicabut. Dengan ini terhentilah segala penderitaannya dan kembalilah dia kepada Pencipta-Nya. Kami berhajat juga ingin melihat wajahnya kali terakhir kerana semasa melihatnya di hospital itu, mata ditutup dan badan berselirat dengan wayar.
Semoga arwah Habsah bt Jamil , tenang di sana dan termasuk dalam golongan orang yang beriman....aamiin. Al Fatihah buat arwah ayahku, saudara-maraku dan semua saudara seIslamku....aamiin.
Friday, November 4, 2016
Thursday, September 22, 2016
Permata sulung anakku, Syara
Kelahirannya pada 9 Mei 2016, pada jam 6.58 petang. Beratnya 3.1 kg, Kami mendapat wassap pada waktu tengah hari. Kami bergegas pergi ke hospital dua hari sebelumnya. tetapi dia anak kedua, Syarafina masih belum melhirkan anaknya.
Kami mendapat telefon dia telah melahirkan anaknya pada 9 Mei 2016. Kemudian kami bergegas sampai ke Hospital Besar Melaka pada pukul 8.00 malam. Kami menunggu sehingga pukul 10.00 malam, namun dia masih lagi di wad bersalin. Hampir pukul 11.00 malam , dia dimasukkan ke wad biasa dengan babynya. Kami sempat menjeling semasa diai melintas disorong ke wad. Si baby dinamakan Azfaruddin bin Khairuddin.
Kalau tidak silap, si baby terpaksa tinggal di wad kanak-kanak kerana ada jangkitan kuman di paru-parunya kerana terminum sedikit air mentuban. selama seminggu ubat antibiotik dimasukkan dari jari kecilnya. Kasihan melihatnya.
Setelah seminggu, keluar wad, anakku Syara tinggal berpantang di rumah. Sayangnya, peraturan berpantang tidak diikuti dengan baik. Kadang-kala tersasul pula. Sepatutnya orang berpantang pakai stoking, baju baju dan kurang minum air.
Si baby pula kuat menangis dan banyak ragamnya. Kini mereka tinggal di rumah sendiri. Baru berusia 4 bulan lebih, dak kenal orang. Tak berapa mahu didukung atau diambil, menangis sakan, lama pula menangis tu.

Wednesday, September 21, 2016
Jom, tanam Pokok durian montong!
Sekarang tengah heboh dan banyak promosi baka durian montong. Menurutnya baka pokok spesis jenis ni cepat berbuah. Pokoknya tak besar dan isinya nampak sedap. Tak tahulah, betul atau tidak?.
Oleh kerana kepingin sangat nak makan atau merasa durian montong ini, aku pun beli . Ikut kawan-kawan di sekolah. Ada 4 batang ku beli. Harga sebatang RM50 kerana kami kongsi ramai-ramai beli sampai cukup 60 batang. Cikgu Rohayanti , tolong ambil pesanan. Kalau nak ikutkan, sebatang RM50 dan pos RM25, jadi lebih murah kami pakat ramai-ramai beli terus daripada pengedar.
Selalunya kami pesan beli secara borong kot, tu yang dapat murah. Pokok rerama pun kami beli borong, pesan kat kawan-kawan. dapatlah dua batang. Dah tanam pun. Tetapi pokok durian montong belum kutanam lagi. Dah dua hari duk bawah bumbung rumah. Nantilah kalau ada kelapangan akan ku tanam.
Semoga pokok ini hidup subur dan berbuah lebat dan sempat kami merasa atau menikmati hasilnya....tunggu 3 tahun...bermakna tahun 2020 dapatlah makan hasilnya. Jom, tanam sekarang!.

Monday, September 19, 2016
Raya Haji Aidil Adha 2016...
Beruntung tahun ini Hari Raya Haji pada hari Isnin, 12 September 2016. Kebetulan selesai UPSR dan cuti pertengahan penggal kedua bermula.
Entah mengapa, aku masih berlengah. Pada hari Ahad , barulah sibuk membuat kek, merebus ketupat. Aku berpuasa pada hari Ahad. Terasa letih pula. Oleh itu, aku meminta anak bongsuku merebus ketupat dan pada waktu petang baharulah aku sibuk membuat kek. Pada waktu malamnya, selepas berbuka, aku membuat rendang itik.
Entah mengapa, rendang itikku tak berapa sedap, tawar dan hambar. Aku tidak tahu. Mungkin tersilap santan atau kurang garam. Maka ku tambah garam, termasin pula . Manakala kekku pula tak menjadi berlubang-lubang kerana suamiku tersalah beli tepung. Aku memintanya membeli tepung naik sendiri , dibelinya tepung gandum halus cap kunci. Alasannya di Family Store hanya ada kotak berwarna oren, tepung kotak warna merah jambu tidak dijumpai. Maka terjadilah kekku yang padat, tidak naik walaupun aku membubuh bikarbonat soda dan krim tartar serta ovelett. Namun begitu kek tersebut masih lembut dan penggunaan majerin mengurangkan keenakan rasa kek tersebut.
Tahun ini pula, kakakku menunaikan haji. Dia bertolak ke Mekah pada 15 Ogos sehingga 23 September. Maka berkurang meriahlah Hari Raya Haji tahun ini. Abangku pula ditahan di PPUM kerana disyaki Tibi.
Jadi, Hari Raya Haji & Aidil Adha disambut hambar. Hanya besan dan anak keduaku bersama-sama keluarganya serta si baby Azfar yang beraya di rumah kami.
Pengajaran daripada peristiwa , rendang itik dan kek tak menjadi, mungkin hambarnya hati dan perasaanku. Akhir kata, "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAFKANLAH KESALAHAN SAYA KEPADA SEMUA YANG MEMBACA CORETAN SAYA.

Majlis perkahwinan mengeratkan hubungan persaudaraaan
Kekadang kita tak tahu bilakah akan bersua dengan ahli keluarga dan saudara-mara. Setiap keluarga mempunyai haluan hidup masing-masing. Mungkin ada yang mencari rezeki dan ada yang mendiami atau menetap di negeri yang berlainan. Setelah ibu dan bapa mertua meninggal dunia, hubungan kekeluagaan antara adik-beradik sebelah suami semakin renggang, bukan disebabkan perselisihan tetapi jarak masa dan tempat pertemuan tidak mengizinkan tambhan pula masing-masing dengan karier kehidupan. Ada yang tinggal di Johor, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. Tinggallah rumah pusaka terbiar sepi.
Perkahwinan anak ketiga kak Zaiton, kakak iparku mengeratkan semula hubungan kekeluargaan , walaupun tidak semua anak-beranak dan ipar duai menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Syukurlah dapat mempertemukan adik beradiknya. Cuma yang tidak hadir ialah pasangan kembar adik kepada Rosnah.
Walaupun majlis kecil-kecilan , anggaran 500 orang, tetapi majlisnya meriah., majlis sambut menantu perempuan. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan Taman Perumahan Berlian, Kluang , Johor. Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan dan Suharni , semoga berbahagia, dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha serta berkekalan hingga ke Jannah....aamiin. Tanggal 16 dan 17 September 2016 jadi kenangan dan menggamit memori.
Sempatlah aku membuat kek marble sebanyak 8 biji dan buah rambutan sebagai buah tangan kerana sempena cuti pertengahan penggal kedaua persekolahan.
menyambut tetamu
Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan & Suharni
Ibu dan adik beradik sebelah pengantin lelaki

bersama-sama dengan saudara-mara
sempat bergambar di pelamin pengantin

Thursday, September 8, 2016
raya tahun 2016 ...1437 H
Raya tahun ini sangat meriah. walaupun pada awalnya terasa amat berat untuk berkemas rumah dan membuat persiapan hari Raya. Hari Raya pada hari Rabu, kalau Selasa, bekerja keraslah kami. Kami rileks sahaja, Hari Selasa baru sibuk kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, masak air gula,
Hari Raya pula pergi sembahyang di Masjid UmarAl-Khatab, sebaik sahaja selesai sembahyang raya, baru nak mengemas meja, isi kuih muih, kakak dan keluarga abang datang, kami belum sedia semua ketupat, lemang dan kuih muih di atas meja.
Tahun ini aku pula banyak merebus ketupat dan membuat rendang itik . Kari kambing juga disediakan. Kami menunggu tetamu. Kakakku sekeluarga dan anaknya manakala raya ketiga pula adik ipar sekeluarga. Tahun ini kami beraya, betambah ahli keluarga. Kakakku bersama -sama cucunya dan cucuku yang baru berusia sebulan lebih. Meriah sungguh raya tahun ini....Syukur alhamdulillan, Allah masih memberikan aku masa menikmati kehidupan ini.
Buah cempedak pula berbuah dalam bulan puasa dan hari raya, dapatlah diagihkan kepada saudara-mara yang dekat dan jauh....ke Puchong Perdana, Kluang, Kedah, dan sekitar Melaka. ...Semoga pokok cempedakku rajin berbuah.

KURSUS BAHASA MELAYU 2016
Tetiba sahaja aku mendapat panggilan telefon pada pukul 10.35 pagi. Petang itu juga aku mesti mendaftar kursus tersebut. Sebenarnya aku balik awal pukul 12.30 dah sampai rumah. Guru besar mempercayaiku dan membenarkan aku pergi hanya melalui wassap yang ditunjukkan melalui telefonku.
Sampai di Hotel Emperor pukul 2.10 petang. Tak ada kekawan yang kenal. Aku ambil bilik 1507 tanpa rakan. Aku hanya bawa baju sehelai sahaja. Aku ingatkan sampai petang. Rupa-rupanya 3 hari 2 malam. Aku menunggu hingga mendapat roomate . Teman sebilikku, Cgu Norpiah dari SK Demang Taha, serumpun rupanya kami.
Semasa berbuka puasa , aku makan daging kambing , ayam dan ikan panggang. Selain itu bihun sup, sedikit murtabak dan sebelah roti canai. Aku menghadapi masalah hendak pergi ke hotel ini dan balik ke rumah, Memang aku kurang arif tentang jalan di bandar Melaka. Pergi guna GPS dan balik juga guna GPS tetapi terlepas simpang. Akhirnya aku mengambil jalan jauh.
Pada hari kedua, aku terlambat sedikit. Bertemu dengan orang baru, sambil berbual dan semasa mendaftar aku terlihat nama dan nombor telefon roomatenya. Nama tersebut macam kenal sahaja, maklumlah dah lama terputus hubungan dari tahun 2003.
Pada hari itu kursus baru bermula. Bertemulah semula rakan-rakan yang pernah terputus hubungan. Setiap kali menjadi pemeriksa kertas, setiap kali bertukar ketua. Tahun 2007-2009, ketuaku cgu Mohd Isha Bakar (Melaka), tahun 2013, ketuaku Tn Hj Firdaus (Selangor), 2014 , Cgu Azmi dan tahu ini betukar lagi dengan format baharu.
Berbalik kepada cerita ini, aku dapat berjumpa dengan kawan pjj ku yang telah terputus hubungan pada tahun 2003. Semoga hubungan kami sentiasa berpanjangan .
Semoga dengan kursus ini dapat memberikan manfaat kepada murid-muridku....aamiin.
Gembira dapat kawan baharu dan bertemu kawan lama.

Tuesday, August 16, 2016
Majlis Aqiqah Azfaruddin
Majlis aqiqah cucuku diadakan pada 30 Julai 2016 . Dilahirkan pada 9/5/2016 di Hospital Besar Melaka pada sebelum maghrib jam 6.58 petang.
Tumbang 2 ekor kambing . seekor dimasak kari dan seekor pula dipanggang dijadikan kambing golek. Dua buah dikhemah dipasang , 8 meja bulat dan 90 kerusi untuk tetamu. Makanan pula ditempah seramai 150 orang. Saudara- mara hanya hadir dalam majlis yang berlangsung dari pukul 11.30 -2.30 petang, Hanya kakakku yang pulang awal dengan anak sulungku.
Pagi Jumaat tu, aku pula sibuk membuat kek sebanyak 8 biji, kastad 3 bungkus dan 2 bungkus agar-agar. Aku pula menempah 200 keping karipap. Cukuplah kuih sebanyak itu. Suami pula membeli durian dan memintaku membuat serawa durian. Pulutku kukus sedikit dan kakak iparku membantu membuat serawa dan menanak pulut.
Aku pula bimbang lauk dan makanan tidak mencukupi. Kutambah 6 bungkur besat nasi impit Nona, rendang ayam 6 ekor dan lauk soto untuk dimakan dengan nasi impit. Paginya, kami sarapan nasi impit. Tepat pukul 11.00 pagi , pihak katering sudah sampai dengan makanan yang ditempah.
Khemah yang ditempah pula dipasang lebih awal petang Rabu. Jadi , pagi Sabtu, kami sibuk mengemas rumas dan membentang permaidani di ruang tamu. Aku pula menjemput semua warga sekolahku.
Dianggarkan 40 orang masjid datang membaca tahlil, tetapi kebetulan pada masa itu banyak sangat yang bertembung dengan majlis perkahwinan termasuk imam 1 di sebelah rumahku, jadi imam 2 bertugas membaca doa.
Syukurlah majlis berjalan dengan baik ....semoga Azfaruddin bin Khairuddin menjadi anak yang soleh....amin.
Kad jemputan hasil tangan suamiku
Bergambar seisi keluarga yang sempat sahaja
Keluarga sebelah anak menantu

Antara kawan lama senior XMunshi Abdullah , Batu Berendam , Melaka, Kak Zailan dan abang Wahid.
Aksi Azfaruddin bin Jamaluddin , nak tumbuk siapa tu!Bergambar seisi keluarga yang sempat sahaja
Keluarga sebelah anak menantu
Sambutan Hari Kemerdekaan SKMT 2016
Sambutan Hari Kemerdekaan SKMT disambut pada hari Isnin 15 Ogos 2016. Pada hari pelancaran atau perasmian, guru-guru diminta berpakaian dengan tema " Zaman Kesultanan Melayu Melaka. " Maka inilah hasilnya.
Berbagai ragam dan kelainan pakaian yang ditunjukkan oleh guru. Semoga semua murid dapat menilai atau mengembalikan gambaran kehidupan dan budaya pakaian Zaman Kesultanan Melayu Melaka . Majlis disempurnakan oleh guru besar. Antara acara-acara yang diadakan sempena Bulan Kermerdekaan yang berlangsung dari 15/8/2016 hingga 23 /9/2016 ialah pertandingan melukis dan mewarna bagi murid tahap 1 dan 2. bersajak, bercerita , nyanyian lagu kemerdekaan, pakaian beragam, telematch sejarah , folio sejarah dan pertandingan kelas patriotik.
Berbagai ragam dan telatah guru
Semua guru bersedia di tempat duduk mereka sebelum perhimpunan
Guru sedang bersedia melancarka gimik program kemerdekaan
Gimik pelancaran ...belum sempat 50 pam , sudah dilepaskan
Gabungan kaum Punjabi dengan kaum Melayu beraksi.
Dua orang guru dengan pakaian tradisi pengantin perempuan. Pakaian diperbuat daripada kain songket. Kain songket dihasilkan dengan tenunan tangan. Negeri Kelantan dan Terengganu terkenal dengan tenunan songket dan kain batik.
Murid-murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang, Sehati dan Sejiwa, Tanggal 31 Ogos sambil mengibarkan bendera.
Masing-masing menunjukkan aksi mereka dengan mengibarkan bendera
Semua guru lelakibergambar/ Ada yang berpakaian pengantin , hulu balang , saudagar Arab, Punjabi, silat dan baju Melayu
Diharapkan dengan adanya sambutan bulan kemerdekaan ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik terhadap negara kita. Sikap patriotik yang sayangkan negara serta memelihara kemerdekaan negara haruslah ditanam ke dalam jiwa generasi kita terutama kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.
Berbagai ragam dan kelainan pakaian yang ditunjukkan oleh guru. Semoga semua murid dapat menilai atau mengembalikan gambaran kehidupan dan budaya pakaian Zaman Kesultanan Melayu Melaka . Majlis disempurnakan oleh guru besar. Antara acara-acara yang diadakan sempena Bulan Kermerdekaan yang berlangsung dari 15/8/2016 hingga 23 /9/2016 ialah pertandingan melukis dan mewarna bagi murid tahap 1 dan 2. bersajak, bercerita , nyanyian lagu kemerdekaan, pakaian beragam, telematch sejarah , folio sejarah dan pertandingan kelas patriotik.
Berbagai ragam dan telatah guru
Semua guru bersedia di tempat duduk mereka sebelum perhimpunan
Guru sedang bersedia melancarka gimik program kemerdekaan
Gimik pelancaran ...belum sempat 50 pam , sudah dilepaskan
Gabungan kaum Punjabi dengan kaum Melayu beraksi.
Dua orang guru dengan pakaian tradisi pengantin perempuan. Pakaian diperbuat daripada kain songket. Kain songket dihasilkan dengan tenunan tangan. Negeri Kelantan dan Terengganu terkenal dengan tenunan songket dan kain batik.
Murid-murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang, Sehati dan Sejiwa, Tanggal 31 Ogos sambil mengibarkan bendera.
Guru perempuan dengan aksi mereka. Mereka sanggup menyewa pakaian yang cantik seperti pengantin . Ada juga yang menempah bendera untuk dijadikan sepasang pakaian .
Hasil tani . buah rambutan kerana sekaang bukan musim padi.Masing-masing menunjukkan aksi mereka dengan mengibarkan bendera
Semua guru lelakibergambar/ Ada yang berpakaian pengantin , hulu balang , saudagar Arab, Punjabi, silat dan baju Melayu
Semua guru perempuan bergambar. Ada yang berpakaian pengantin, berbaju batik, ceongsam, punjabi dan berbaju yang diperbuat daripada bendera .
Gambar pakaian pesawah atau petani dengan sebakul rambutan dan sebuah bakul sia
Bakul sia hasil tinggalan kaum Baba Nyonya yang diamalkah oleh orang Melayu ketika menghadiri sesuatu majlis. Bakul sia itu diisikan dengan buah tangan seperti gula, kuih-muih dan sebagainya kepada tuan rumah.Diharapkan dengan adanya sambutan bulan kemerdekaan ini dapat menerapkan nilai-nilai yang baik terhadap negara kita. Sikap patriotik yang sayangkan negara serta memelihara kemerdekaan negara haruslah ditanam ke dalam jiwa generasi kita terutama kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.
Friday, August 5, 2016
VLE FROG
Salah satu antara pengajaran dan pembelajaran masa kini ialah penggunaan laman VLE FROG. Di sekolah lamaku, Sekolah Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor , aku telah pun menyiapkan beberapa laman atau site. Site tersebut telah pun lenyap. Walau pun sedikit info atau aktiviti yang ku tulis ianya amat bererti buatku. Hasil pena dan keringatku di sekolah itu selama 2 tahun, sejak dari tahun 2012-2013.
Di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, tidak ramai guru. Aku pula telah membuat pengisian siteku. Ada beberapa tajuk yang ku kongsikan dan kuambil dari modul guru-guru Bahasa Melayu Selangor yang kami buat semasa perkongsian dan bakti sukarela semasa mengajar di Satun, Thailand pada tahun 2013.
Penggunaan site amat dipantau oleh guru besarku. Oleh sebab itu, untuk menggalakkan murid-muridku menggunakan VLE FROG, aku terpaksa membuat latihan dan pengisian site tersebut. Sepanjang tahun 2016, telah 3 kali aku memenangi guru yang mengakses penggunaan laman ini. Kemenangan pada bulan Mac, Jun dan Julai menarik minatku menambahkan lagi koleksi pengisisan pengajaran dan pembelajaran ini . Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan keizinan-Nya menulis lagi di site tersebut. Laman webnya http://mba0001.1bestarinet.net, http://frogsia.com.

Tuesday, July 12, 2016
Tersilap pula (hari )
Hari pertama persekolahan pada 11/7/206 setelah bercuti selama 10 hari, tersilap pula melihat kalendar. Rasa-rasanya dah betul. Bangun awal pagi lagi, menghantar wassap kelewatan ke sekolah kerana ada temu janji dengan doktor. seawal 5.40 pagi ku hantar wassap kepada guru besar dan pentadbir. Rupa-rupanya aku tersalah hari, bukan Isnin tetapi hari Rabu.
Mungkin aku tidak begitu teliti. Aku sebenarnya terlalu letih kerana maklumlah sambutan Hari Raya. Ramai tetamu di rumah, saudara-mara dan aktiviti kunjung mengunjungi rmah saudara-mara di Tangga Batu, Sungai Udang, Ayer Paabas dan rumah kakak iparku di Taman Berlian , Kluang.
Nasib baik aku bersiap awal, kalau tidak tentu tak sempat ke sekolah. Akhirnya aku ke sekolah jua.
Salam Hari Lebaran Iedul Fitri....lama sudah tidak berbicara dan menulis di blog ini.

Tuesday, June 21, 2016
Kursus 13- 15 Jun 2016
Tetiba mendapat penggilan telefon. Petang itu juga mesti mendaftar diri di Hotel Emperor.
Ingatkan sepetang sahaja, rupa-rupanya 3 hari dua malam.
Dapat bilik 1507, tingkat 15. Petang berbuka puasa di hotel. Mencari hotel dan mencari jalan pulang juga menjajar kerana aku tidak bawa pakaian. Kursus pun tak diberi surat, hanya wassap. Nasib baik ada wassap, kalau tak melalui telefon sahaja. Mungkin kekangan masa dan perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin sebelum peperiksaan.
Pagi tu, semasa hendak ke Hotel semula, aku sakit perut., tiga kali aku masuk bilik air, cirit-birit pula. Sampai di Hotel, dan samasa kursus , rupa-rupanya aku aku sahaja yang cirit-birit, ada juga rakan-rakan yang lain malahan mereka mengalaminya sehingga tengah hari.
Selama tiga hari di sini, dapat pengalaman dan pengetahuan baru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. Syukurlah aku masih boleh berkhidmat lagi. Semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik.

Friday, May 6, 2016
Detik 29 April 2016
Pada 29 April hari bersejarah buat anak keduaku, konvo setelah setahun habis belajar. Syukurlah beliau dilantik menjadi doktor sebelum konvo.
Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi menuju ke Dewan Agong Cancelor (DATC) UiTM Shah Alam. Kami bersyukur dapat 4 tempat, dua untuk ibu bapa dan dua lagi atas tiket VIP. Dengan sticker VIP, setibanya kami di pintu masuk UiTM, kami di escort sampai parking betul-betul depan dewan pintu masuk. Syukur alhamdulillah, mungkin berkat dapat besan dan berkat bawa emakku.
Kalau dahulu ramai yang meraikan konvo si anak sulung. Kali ini kami berempat sahaja tanpa kakakku dan anak sulungku. Oleh kerana , anak kedua dah berumahtangga dan sedang mengandung anak sulung 37 minggu, keutamaan dapat parking di atas dah rezeki dia agaknya.
Aku pula tak sempat nak beli bunga, puas cari di belakang gerai, daripada dewan Canselor kami menuruni tangga ke gerai. Syukurlah hari penghabisan sesi last konvo dapat bajet murah, sejambak bunga harganya RM50, dapat RM20.
Ramainya orang, kami berasa sedih pula kereta kami jadi tempat letak bunga dan tempat bersandar.
Kemudian , kami lunch di Hotel Concode...duk makan bersama-sama besan sekeluarga dan kami sekeluarga....syukur Alhamdulillah, semoga kenangan ini kan kembali lagi buat anak yang ketiga pula,,,Ainun Syamirah.

Monday, May 2, 2016
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT /LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES 2016
Kini Membaca 1Malaysia pula dilancarkan. Aku telah ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Melaka pada 21 April 2016. Hendak dapatkan parking bukannya susah. Pusing-pusing di sekolah Cina, kononnya ada parking, kemudian mencari di tempat lain, pusing lagi, akhirnya letak kereta di tepi jalan di sebelah atas perpustakam itu.
Aku masuk ke dewan berjumpa pula rakan setugas . Tetapi tak dapat duduk setempat. Setelah mendengar taklimat , laporan pula diminta sebelum atau pada 5/5/2016. Aku pun wassap sahaja kepada pentadbir dan guru besar. Aklu dipanggil untuk menjalankan program tersebut.
Aku memberi pendapatku bahawa ba
caan serentak dibuat secara berasingan di dalam kelas. Semua murid dan guru diminta membaca 10 minit pada 25/4/2016. Aku meminta Ustazah Pn Siti Aminah bt Mustafar agar mengumumkan semua guru dan murid bersedia untuk membaca pada pukul 10.50 pagi. Tepat pukul 11.00 pagi , beliau membunyikan loceng mula dan akan membunyikan loceng tamat membaca pada pukul 11.10 pagi. Perkarayang penting ialah murid dan guru membaca serentak 1 Malaysia.
Syukur, alhamdulillah, membaca 1 Malaysia dapat dijalankan.
Aku memberi pendapatku bahawa ba
Syukur, alhamdulillah, membaca 1 Malaysia dapat dijalankan.
taklimat pada 21 April 2016
Objektif program
Subscribe to:
Posts (Atom)