Kekadang kita tak tahu bilakah akan bersua dengan ahli keluarga dan saudara-mara. Setiap keluarga mempunyai haluan hidup masing-masing. Mungkin ada yang mencari rezeki dan ada yang mendiami atau menetap di negeri yang berlainan. Setelah ibu dan bapa mertua meninggal dunia, hubungan kekeluagaan antara adik-beradik sebelah suami semakin renggang, bukan disebabkan perselisihan tetapi jarak masa dan tempat pertemuan tidak mengizinkan tambhan pula masing-masing dengan karier kehidupan. Ada yang tinggal di Johor, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor. Tinggallah rumah pusaka terbiar sepi.
Perkahwinan anak ketiga kak Zaiton, kakak iparku mengeratkan semula hubungan kekeluargaan , walaupun tidak semua anak-beranak dan ipar duai menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Syukurlah dapat mempertemukan adik beradiknya. Cuma yang tidak hadir ialah pasangan kembar adik kepada Rosnah.
Walaupun majlis kecil-kecilan , anggaran 500 orang, tetapi majlisnya meriah., majlis sambut menantu perempuan. Kami menginap di homestay yang berdekatan dengan Taman Perumahan Berlian, Kluang , Johor. Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan dan Suharni , semoga berbahagia, dikurniakan anak-anak yang soleh dan soleha serta berkekalan hingga ke Jannah....aamiin. Tanggal 16 dan 17 September 2016 jadi kenangan dan menggamit memori.
Sempatlah aku membuat kek marble sebanyak 8 biji dan buah rambutan sebagai buah tangan kerana sempena cuti pertengahan penggal kedaua persekolahan.
menyambut tetamu
Selamat pengantin baru kepada pasangan Iwan & Suharni
Ibu dan adik beradik sebelah pengantin lelaki
bersama-sama dengan saudara-mara
sempat bergambar di pelamin pengantin
No comments:
Post a Comment