Kali kedua, aku mengadu lagi kepada guru besar baru ini dan GPK I. Tiada tindakan. Kemudian , GPK 1 meminta aku memilih meja yang telah disusun di bawah tangga Nasib baik, aku meminta muridku melihat dulu di tingkat bawah, kalau tidak penat sahaja mereka mengangkat meja tersebut. Meja itu pun sama juga keuzurannya. Pertama sekali meja berlubang, tempat letak buku dah tak ada.
Beginilah keadaan kelasku, baru menang kali kedua keceriaan dan kebersihan kelas bagi tahun 2017.
Pintu masuk atau pintu hadapan, masih belum ditambah baik lagi.
Dinding hadapan dan pintu, ku penuhi dengan jadual waktu, info, doa, carta hari lahir murid dan jadual bertugas.
Semoga segala usahaku berbaloi dan mendapat persetujuan guru besar, membazir ada kabinet tidak boleh menyusun semua peralatan terutama fail-fail , kamus dan peralatan yang lain.
Aku bercadang hendak memasang skirting, tetapi belum dijahit lagi. Kubeli sekayu kain juga memudahkan aku menjahit dan menggunakan kain itu untuk apa-apa tujuan nanti. Insha- Allah semoga Allah memberikan aku kekuatan semangat dan masa untuk menyiapkannya.
Ruang bawah papan hitam, ku gunakan untuk menampal info-info yang berguna, semoga semua murid kelasku dan sekolah ini mendapat manfaatnya. Mungkin nanti papan hitam akan digantikan dengan papan putih (white board)
Peralatan atau bahan-bahan yang telah ku beli:-
1. Alas meja untuk tiga papan kenyataan di belakang kelas 9 x 3.50 = RM 31.50
2. Jadual waktu, carta organisasi kelas, doa, carta hari lahir dan jadual bertugas RM 60
3. Tikar getah sekayu RM130
4. Kain sekayu RM130
5. Double sided tape dan ubat stepler RM 6.50
6. Pelekat kertas bunga RM 12.50
Carta-carta lain dibeli pada tahun 2014 diguna semula.
Memang saya suka menyimpan barang-barang kerana semua itu adalah duit kita sendiri.
No comments:
Post a Comment