Pada 25/1/2019, aku mula menghantar borang ke JPNM. Aku mohon pegawai yang bertugas semak. Sebelum itu, Guru Besarku berkata, " hai, dalam diam-diam, cikgu Kalsom isi borang bersara awal!". Aku berdiam sahaja.
Pada 24/7 aku mendapat surat kelulusan bersara awal daripada KPM. Surat itu dihantar ke sekolah melalui JPNM. Kemudian bulan September 2019 , aku diminta ke JPNM untuk menandatangani surat -surat yang diperlukan. Tiada taklimat atau apa-apa keterangan, hanya diminta datang ke bahagian perkhidmatan dan tandatangani borang tersebut tanpa membacanya, hanya aku diberitahu GCR hanya 66 hari dan potongan hutang perumahan akan dibayar secara biasa atau potongan daripada pencen sehingga selesai pinjaman.
Kemudian diberi borang Pemberitahuan pemberhentian kerja ke LHDN. Aku diminta ke LHDN untuk membuat atau menjelaskan cukai yang mungkin ada lebihan atau tertunggak. Borang untuk pendapatan bagi tahun 2019. Kali pertama ke LHDN pada 3/9/2019.Aku sebenarnya tidak berpuas hati dengan pegawai di kaunter itu. Dia hanya minta slip gaji tahun 2016.2017 dan 2018 serta resit-resit pembelian komputer, alat sukan dll.. Kemudian tunggu katanya , pihak LHDN telefon. Tunggu punya tunggu , sehinggalah pada 3/10 pergi lagi. Nasib baik, aku bawa fail cukai kerana pegawai kaunter tu silap, bukan payslip tetapi penyata tahunan. Geram aku, tak fasal-fasal terpaksa cari kedai fotostat. Aku juga seorang yang suka mengumpul penyata tahunan dan resit-resit di dalam fail yang kusimpan bertajuk Fail Cukai. Sebenarnya aku memang seorang yang suka menyimpan sesuatu dokumen di dlam fail dan fail itu kunamakan ikut tajuk seperti Fail Pinjaman Bank, Fail Playslip gaji ikut tahun dan sebagainya.Katanya tunggu , kami telefon. Masih menunggu lagi.
Masalah tak selesai juga, akhirnya pada 20/12/2019 aku ke LHDN lagi kerana menurut suamiku, kalau tak settle tak boleh dapat duit ganjaran pencen dan GCR. aku masih menunggu surat daripada JPA. Surat bertarikh 15/10 surat kelulusan pun bertaipkan namaku salah, PN KALSOM BIN MD JAN, surat pemberitahuan atau permohonan drp KPM pun tarikh lahirku salah 10/0/1962 ...Apakah semua ini? Di manakah intergriti sesorang pegawai?..
LHDN pun bermasalah juga , akhirnya pada 3/1/2019 aku menelefon . Aku katakan hendak membuat aduan. Berapa kali harus ku ke LHDN.? Akhirnya pegawai yang bertugas pun menelefon sekolah, aku tak tahu apa yang dimusykilkan. Sekali lagi aku ke LHDN pada 20/2/2019 apabila aku tak berpuas hati . Akhirnya masalahku selesai...dan aku diminta selesaikan bayaran yang tertunggak sebelum 11/2/2020. Aku juga dapat surat kelulusan faedah persaraan dan arahan potong pinjaman perumahan yang bertarikh 15/12 dan surat itu sampai ke rumahku pada 23/12/2019.
Kemudaian pada 7/1/2019, aku menelefon bahagian pencen, akhirnya pukul 3.00 petang, semua wang persaraan dan GCR dapat. Pinjaman perumahan ditolak sebulan daripada faedah pencen dan terpaksa membayar baki yang terkurang melalui potongan pinjaman perumahan tersebut....
Selesai kerjaku...pencen bersara pilihan di kala berumur 57 tahun 4 bulan dengan kiraan 34 tahun 10 bulan, tolak 2 bulan daripada 1.1.1985 ...kerana lantikan tetap 1.3.1985....
....,, kesilapan pertama surat permohonan tarikh bulan kelahiran salah 10/0/1962
kedua surat kelulusan bin, sedangakan saya perempuan, telefon, JPA
ketiga - 4 kali berulang alik ke LHDN- telefon aduan tak puas hati
keempat - telefon JPNM - ada baki GCR tahun 2019..belum kira, tunggu 6
bulan lagi.
Alhamdulillah, GCR dapat 7 hari ...selesai di kreditkan terus dalam akaun pada 11 Mac 2020...maka selesailah tugasku...duk kita-kira macam ambil sehari sahaja, ctr rupa-rupanya 3 hari, sehari nak p ke Sarawak, sehari Hantar anak ke UK dan sehari lagi konvo Ainun Syamirah .
Wednesday, March 4, 2020
Tuesday, March 3, 2020
bhng 2- permohonan persaraan
Semasa baru-baru bertugas dan memegang jawatan sebagai GPK HEM terasa aku begitu bodoh. memang di dalam kepalaku tiada secalitpun keinginan hendak memohon jawatan pentadbiran. Aku umpama lari daripada mulut buaya masuk ke mulut harimau.
Terasa begitu terasing. Di pejabat SKPR, masalah ku hadapi dengan tenang walaupun fikiran berserabut kerana sekarang bidang tugasku bermacam-macam, terbahagi kepada pdpc 12 waktu, masalah disiplin, kantin, KWAMP, BAP, masalah pertukaran,keluar masuk murid, masalah pentadbiran dan lain-lain.
Dalam keserabutan itu, aku bernasib baik boleh geng dan ngam dengan GPK 1. Alhamdulillah , bulan 3 , aku ke sekolah itu, pada 30/7/2018 aku dapat panggilan haji,maka bercutilah aku selama 42 hari. Gembiranya aku dapat menunaikan rukun kelima, menunaikan haji.
Di sepanjang menjawat sebagai GPK HEM banyak yang perlu kuketahui, namun sebagai orang baharu tentulah banyak perkara yang perlu kuhadapi. Perangai ibu bapa yang suka komplen, murid yang suka ponteng, murid tahun satu yang lari dari sekolah, dan sebagainya, semua itu perlu ku tangani. masalah guru yang tidk berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan masalah yang penting tidak puas hati terdapat PB3P..
Kekurangan kakitangan dan par atau pap di sekolahku menjadi masalah. Semua kerja perkeranian sepatutnya aku dapat bantuan daripada kerani atau pembantu kerani. Tahun 2018 dan 2019 ada pembantu kerani, boleh juga membantu mengisi ekehadiran dan memproses borang pertukaran murid. Dengan ketiadaan mereka , aku terpaksa menaip dan melengkapkan borang tersebut. Seperkara yang tak ku selesa, adakah GPK HEM yang menaip borang perpindahan murid? ada dua orang pt kewangan,minta tolong sedikit pun muka macam tak sudah. Kekadang memang ku buat muka semua tak tahu agar kerjaku dibantu. Ada seorang yang mengganti pap kot, dah pun melanjutkan pelajaran. Jadi, siapakah yang akan membaca emel sekolah, menaip borang pertukaran murid. Kalau dulu , ada pembantu guru, mudah juga. Selepas itu semua kerajaan potong perbelanjaan, maka tugasku semakin berat. Pernah aku mendapat teguran daripada PPD, apabila seorang ibu mengadu tak puas hati pihak sekolah tak memproses borang pertukaran anaknya. Datang kul 11.00 pagi, pukul 2.00 petang nak ambil borang pindah. Mengamuk sakan aku, menjawablah aku dengan PPD . Jangan nak main terjah je, siasat dulu.
Satu lagi kes, pihak PPD marah sangat dengan GPK HEM, kami tak hantar murid ke kem . Dapat surat pun tidak, menjawablah aku. Senang-senang je , nak marah . Suruh cari surat dalam emel, berapa banyak surat perlu ku lihat. Akhirnya aku mesej je, kami tak dapat surat, hantar wassap je. Esoknya kami hantar murid ke kem tersebut.
Satu lagi kes, murid tak boleh didaftarkan. dah nak hampir setahun. Dan 3 kali hantar emel, pegawai ni sombong, telefon tak nak jawab. Mahu aku bertentang muka je. Tapi aku simpan dulu. Nanti cukup masa, ku jawab. Susah sangat nak berkomunikasi, aku asyik kena jerkah je, senang je aku jawab, dah 4 kali buat pun tak selesai. Akhirnya mengaku si pegawai PPD ni, kami nak tolong, Nasib baik kes dah selesai. Salah mak bapa, daftar anak dalam sijil beranak lambat setahun, sbb tu nombor sijil beranak tak sama dengan tarikh lahir. Nak minta surat beranak pun susah daripada ibu ni, sampai aku kata , kalau ada sebarang permohonan bantuan, anaknya tidak akan dapat kerana tidak dapat didaftarkan di sekoalh atau dengan kata lain nama anaknya tidak ada di sekolah.
Ada lagi konflik yang ku hadapi. Rasa-rasanya aku pun pening, tetapi dalam mengharungi rentetan peristiwa ni, satu yang ku hadapi ialah gula dalam darahku semakin naik. Aku diminta oleh doktor supaya ambil suntikan insulin. Dah lama dah, hampur setahun, namun aku mengelak. Aku minta tangguh, mungkin tekanan kerja.
Seperistiwa yang membuatkan aku hendak bersara awal lagi ialah pernah mengantuk ketika memandu kereta. Nasib baik tersengguk ketika betul-betul lampu trafik bertukar hijau. kalau tidak mahu kereta di belakangku membunyikan hon. Suatu pagi, ketika aku sibuk ke sekolah, ku lihat ramai orang perempuan baru balik sembahyang subuh, peristiwa itu juga mengingatkan aku sampai bila aku hendak ke sekolah. Ibuku juga menyebabkan aku terasa ingin bersara awal. Kononnya hendak mengubah dan mengajak ibuku menginagati Allah dengan berbaki usia singkat ini.
Maka dengan rentetan peristiwa itu, maka aku dengan relanya membuat keputusan untuk mengisi borang pencen pada 25/1/2019, di mana borang itu ku ambil di JPNM dan kuhantar sendiri.
bersambung......

Wednesday, January 1, 2020
permohonan pencen atau bersara awal
Awal tahun 2018, semangat untuk berkhidmat semakin berkurang. Aku ditukarkan ke SK Paya Rumput bermula 1.1.2018. Terkejut beruk dengan pertukaran itu, alasannya perkhidmatan aku diperlukan di situ. ...Ah, sungguh cantik perbicaraan dan alasannya. biarlah ku simpan .
Pertukaran yang tidak dimohon amat menyakitkan hatiku. Dapat pula sekolah itu sekolah kluster kecemerlangan . Aku melangkah dengan berat hati sekali. Baru setahun aku bertugas di SK Sungai Petai. Pertukaranku ke skolah itu adalah atas kerelaaanku dan permohonanku.
Kehadiran ku di situ terasa asing. Bangunan sekolahnya besar dan terpisah antara jalan raya. Bangunan lama di sebelah kiri dan bangunan baru di sebelah kanan. Muridnya ramai tapi aku tak berapa pasti bilangannya kerana aku berada di situ selama 3 bulan sahaja.
Terasa hampa, tiada semangat namun ku teruskan jua. Pepagi lagi aku dah keluar rumah, dan mengikut jalan kampung kerana mengikut guru-guru di sana, kalau aku lambat ikut jalan besar akan berlaku kesesakan jalan raya, maklumlah di hadapan sekolah itu ada simpang empat.
Pepagi sebaik sahaja sampai, aku parking kereta di hadapan prasekolah di bawah pokok. Kemudian selepas rehat dan makan di kantin, aku akan beralih parking kereta ke bangunan baharu supaya mudah balik ke rumah mengikut lebuh raya AMJ.
Aku mengajar Bahasa Melayu 10 waktu, pendidikan Seni 2 kelas Tahun 4 , 2 kelas tahun 5 dan 2 kelas tahun 6 , sejarah tahun 4, 2 kelas dan tahun 5 sekelas dan Pendidikan Moral tahun 5. Aku memang merasa penat kerana terlalu banyak subjek elektif tambahan pula kelas-kelas tersebut terletak dari tingkat bawah hingga ke tingkat 4. Ini pengalaman baru buatku. Murid yang ramai , aku tak mampu mengingati nama-nama mereka.
Terasa nak bersara sahaja pada masa itu tetapi dikuatkan semangat namun aku kadang-kala jemu dengan tingkahlaku murid yang ramai dan bersaing dengan guru-guru muda yang sentiasa bersemangat, ternyata aku tak terdaya. Di sekolah itu , aku berjumpa dengan kerani kewangan di SKDN, Pn Jamaliah, bekas guru SKDN, Ustazah Hasnah dan Aiman Safuan, bekas SK Sahabat 4. Tak lama aku bertugas di situ, selama 2 bulan kemudian aku dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di Sk Bukit Rambai. Selalunya aku berada di sekolah kecil bilangannya sedikit tetapi semakin besar dugaanku di SK bukit Rambai. Muridnya ramai 1018, kemudian semakin meningkat. Aku bersyukur walaupun bilangan muridnya ramai, tidaklah seperti SKPR di mana ada sebahagian kelas, muridnya sampai ke 42 orang sekelas.
......bersambung..

Tuesday, October 29, 2019
Cuti Deepavali 2019
Cuti Deepavali tidak bermakna bagiku. Longgokan kerja banyak. Cuti 5 hari bermula dari 25 -29 Oktober 2019 daripada hari Jumaat hingga Selasa. Pada hari Jumaat, aku pergi ke sekolah menyelesaikan tugasan yang belum selesai. Aku membuat pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa melayu dan Pendidikan Seni.
Melengkapkan bukan mudah kerana template yang kita dapati belum tentu lagi berfungsi Ini adalah kerana tempate itu mengandungi prestasi keseluruhan kelas, pencapaian indivivdu dan graf bagi kemahiran yang telah dikuasai. Biasanya pencapaian individulah yang bermasalah. Bagi subjek Pendidikan Seni Visual pula, templatenya tidak auto pencapaian setiap kelompok kemahiran.
Kerja pun banyak, kertas karangan hendak diperiksa. Nasib baik kertas Pemahaman bahasa Melayu telah siap sebelum cuti. Jadi kuhabiskan hari Sabtu dan Ahad untuk memeriksa kertas karangan.
nasib baik suamiku membantu mencari template Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Template PSV yang diberi oleh Ketua panitia seni pun tak boleh guna kerana tidak boleh mencetak prestasi pencapaian individu. Habis masanya hari Jumaat dan Ahad mencari template yang berfungsi dengan elok. Entah di mana didapatinya, mungkin dalam web cikgu kssr online. Alhamdulillah selesai satu bab.
Petang Isnin, pula ku mencari kain songket untuk Hari Apresiasi tahun 6, Hari Kualiti pakai baju batik sahaja, sempena hari Khamis, pakaian batik. Pagi Selasa pula sibuk ke rumah Razimah, tukang jahit bajuku sejak balik ke Melaka pada tahun 2002-2019 sehingga sekarang belum tukar tukang jahit lagi.
Petang pula seharian mengumpul gambar-gambar di SKBR untuk bahan evieden pula. Sibuk mencari daripada kawan-kawan dan group wassap atau telegram. Semoga tahun ini merupakan tahun yang bermakna buatku. Mungkin tahun depan , aku tidak lagi sibuk dengan kerja-kerja sekolah.
Bermaknanya cuti kali ini ialah kedua-dua cucu dan anak kedua dan ketiga balik ke rumah. Dapatlah berhibur hati dengan telatah di kecil dua orang tu, Si Azfar dan Si Affan.

Tuesday, June 25, 2019
rawatan pakar HAG
Kini aku telah berpindah ke bilik rawatan atas lawatan pakar. Ini bermakna aku harus pergi ke hospital Alor Gajah yang baru iaitu di Paya Datuk. Dengan rawatan yang lebih baik namun aku rasa tertekan dengan doktor pakar ini. Puas sudah aku mengikut diet diabetis, namun aku gagal mengawal gula dalam darah. Mungkin ubat itu sudah tidak berkesan lagi.
Tahun lalu, 2018, 8.8 ml, bulan 3, 2019 , 9.25 ml dan terkini 9.56 ml. Menurut juru rawat ang mengambil ujian darah ok je, tetapi apabila berjumpa doktor perempuan yang cerewet tu, mahukan 6 ml semasa puasa. Manakan dapat, dahulu, aku ada mengambil jus kacang panjang blend dengan tomato atau epal blend dengan peria. Ok juga ada penurunan gula dalam darah. Tetapi kini dah tak berkesan. Semakin buntu aku. Kalau penat, akau tidur dahulu, periksa gula 6.6 ml tetapi apabila dah bergerak pergi ke hospital , gula dalam darah naik mencanak 9.56 ml. Di manakah kesalahanku, jadi begitu. Doktor perempuan itu berkehendakkan bacaan gula 7.6ml. Asyik-asyik sebut ambil suntikan insulin.
Pertemuan dengannya tempoh hari pada 19/6 , ubat ditambah sedikit. Dia berkata tak mungkin gula di dalam darahku berubah. Mati kutu aku. Walaupun mengambil eskayvie dan minuman susu diabetik tak berkurang juga. Entahlah, terasa penat dan bosan dengan simpton-simpton ini. Jus atau minuman buah mahkota dewa dah lama aku tinggalkan. Semoga aku lebih tabah lagi meniti usia emas ini. Hanya aku boleh bermohon kepada Allah sahaja untuk memberikan aku kesihatan yang baik.....aamiin.
Terasa malas hendak menguji kandugan gula dalam darah, pergi ke klinik pakar kerana masa yang diambil terlalu lama tidak seperti dahulu, 3 bulan sekali ambil darah selagi gula dalam darah tak turun .....mana nak ambil 6 atau 7, sekarang 8 -9 tu yang menjadi masalah.

Thursday, April 25, 2019
3 tahun aku mencari penyelesaiannya
Banyak cara dah aku lakukan. Entah apa yang mujarab, aku pun tak tahu. Setelah mencuba ghozout, maxcell, buah mahkota dewa, blend kacang hijau dengan tomato atau epal hijau dengan peria, kini phytax pula di samping makan ubat doktor dan mengikut appointmen yang telah ditetapkan.
Biarpun doktor pakar dah beritahu aku bahawa ubat yang telah dibekalkan sudah maksimum dan pilihan terakhir ialah suntikan. Aku masih belum dapat menerimanya. Kali terakhir berjumpa doktor pada 13/3/2019. Keputusan gula dalam darah tak berapa cantik, kolesterol ok, jantung ok, tekanan darah atau denyutan jantung ok....Masalah besar mengapa gula tak mahu turun, bacaan 9.2 mL. Aku dah cuba puasa, elakkan makan gula putih, kuih yang manis . Sekarang lagi ketat diet diabetis, langsung tak ambil gula, kalau ambil minuman manis pun seminggu sekali.
Aku pun dah kurangkan tekanan kerja di sekolah. Aku pergi sekolah pukul 6.40 pagi dan balik sekolah pukul 5.00 petang. Di rumah pun dah tak masak, beli je makanan unuk dua orang, aku dan suami. Kekadang aku beli kue teow basah atau bihun sup. Makan malam ala kadar sahaja. kalau boleh makan sebelum pukul 7.00 malam.
Apabila pemakanan diet ini diikuti bolehlah dapat 6.5 -8.6 ml tetapi tersilap sikit akan naik semula sehingga 9- 10.5 ml/mol. Sebenarnya ceramah diet pemakanan diabetis tu betul dan benar-benar mencabar kita apabila bertemu dengan makanan kegemaran. Sesekali tengok orang makan aiskrim atau abc , sedapnya. Tetapi memikirkan kandungan gula yang banyak, terpaksa dilupakan.
Mungkin teori aku berkesan atau tidak , maka aku masih menunggu masanya iaitu untuk mengurangkan stres di tempat kerja. Mungkin paling berkesan ialah bersara pilihan, tidak boleh bersara wajib 60 tahun. Aku pun dah memohon bersara awal tetapi keputusan belumku perolehi.
Semoga aku tabah menghadapi penyakit ini.....aamiin.

Wednesday, April 17, 2019
PENGALAMAN SENDIRI
Pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa mengerjakan haji ialah bagaimana kasut medifeet memakan anak jari kakiku. Sebenarnya kasut baru itu kubeli dengan harapan kaki tak dipijak orang semasa di Mina , melontar di Jamrah. Ingatkan kasut mahal kaki tak melecet, rupa-rupanya hampa.
Pada hari pertama melontar dah rasa sakit tetapi tidak melecet. Pada hari kedua bermulalah rasa pedih. Namun ku teruskan juga hingga ke khemah penginapan. Pada malam itu, juga aku terpaksa membeli kasut baharu di pasar yang berharga SR15.
Aku juga terpaksa pergi ke klinik Tabung Haji untuk mendapatkan rawatan. Pertama, mungkin aku luka di jari, dengan cepatnya pembantu perubatan menyembur ubat bagi mempercepatkan luka itu baik dan aku menunjukkan kedua-dua anak jari kaki yang melecet dan menggelembung. Dalam gelembung itu mengandungi darah dan air. Menurut pembantu perubatan itu , biarkan ia baik sendiri tetapi suamiku menasihati agar pecahkan gelembung itu supaya cepat baik. Sakit dan berdenyut-denyut hinggga tidak boleh tidur, almaklumlah kedua-dua jari kaki kelingking melecet. Aku diberi ubat makan tahan sakit.
Sepatutnya aku tidak boleh percaya atau termakan cadangan kawan-kawan daripada FB , yang menyatakan kaki tidak akan melecet atau tercedera ketika melontar di Jamrah dengan memakai kasut medifeet. Keadaan melontar tidak seperti dahulu.
Sebenarnya pihak Tabung Haji telah menyusun strategi supaya orang-orang Asia Tenggara tidak bertembung dengan puak-puak Arab atau golongan penduduk daripada Pakistan, India atau Timur Tengah kerana badan mereka besar-besar dan agak kasar sedikit.
Bersyukurlah kami tidak sesat atau mengalami apa-apa masalah ketika melalui terowong sepangjang jalan melontar ke Jamrah yang jaraknya lebih kurang 7.5 km pergi dan balik. Alhamdulillah , syukur kepada Allah, namun semasa dalam perjalanan pulang menuju ke khemah aku selalu melihat ke hadapan entah bila akan berjumpa terowong demi terowong supaya cepat sampai ke khemah. Selalunya kami melontar pada waktu malam, pagi dan kali terakhir sebelum subuh kami dah bergerak dan sembahyang subuh dalam perjalanan sebelum tiba melontar ketiga-tiga Jamrah.

Monday, March 25, 2019
cuti sekolah 23-31MAC 2019
Cuti sekolah dah bermula. Tiada aktiviti menarik kali ini. Duk rumah ajalah Hasrat hati nak mengemas rumah, membasuh langsir dan melihat pokok bungaku yang kebanyakannya dah tak terjaga. Semenjak menjawat jawatan pentadbir, banyak masaku dihabiskan di sekolah.
Balik dari sekolah dah keletihan. Masak pun dah berkurangan, almaklumlah tinggal berdua.
Aku pun jarang makan makanan bergoreng, berminyak dan bersantan. Sejak menjadi pengidap diabetis, kami makan pukul 7.00 petang, makan pun dah sedikit.
Terasa kehilangan apabila anak sulungku berkahwin. Setelah berkahwin dia berhernti kerja dan mengikut suaminya tinggal di York. Mungkin setahun lebih kot. Kini , tinggal seorang anak bongsuku yang masih belajar di Uitm Puncak Alam. Selang dua minggu balik ke rumah dan selang dua minggu kami akan menghantarnya.
Sunyi sungguh rumah ini. Aku tak tahu bila akan ada suara keriuhan lagi...Tinggallah aku sendirian membuat kerja rumah, kalau dahulu ada yang membantu. Semoga Allah berikan daku kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian...aamiin
Sabtu...23/3/2019 mesyuarat Agung PIBG
Ahad ..kenduri kahwin 4 buah rumah dan hampir separuh hari berada di dalam kereta...dari Lendu ke Tanjung Bidara, Kampung Pengkalan Batu, Bukit Rambai , Puncak Alam dan singgah ke Seksyen 4 Shah Alam melihat si cucu Azfar dan Affan.

Tuesday, March 5, 2019
Jom kongsi pengalaman menunaikan Haji di Mekah
Semasa menunaikan umrah tidak banyak dugaan. tetapi kali ini semasa menunaikan haji banyak pula dugaannya. Pertama, semasa melaksanakan kursus Haji Perdana di Stadium Hang Jebat, dan bermalam di khemah, maka pertama sekali aku terjebak dengan seorang kakak tu, terlupa aku namanya. Dia sentiasa mengarahkan aku mengikutinya sedangkan semasa taklimat kita hendaklah bersama-sama dengan pasangan ( suami ) melakukan latihan amali seperti melontar dan saei dan bermalam di Mina . Latihan amali bermalam di Mina itu, hujan turun dengan lebatnya. Air mencurah-curah keluar dari hujung khemah.
Perkara ini berlaku benar-benar berlaku kepadaku semasa menunaikan umrah kali pertama dalam mengerjakan haji. Pertama sampai di hotel Janadriyah, kami menunaikan umrah, aku telah terpisah dengan suamiku. semasa tawaf ok lagi, semasa saei dan tahalul , aku telah terpisah dengannya. Kami berjanji berjumpa di Bukit Safa tetapi tak bertemu, jadi, aku pun saei sendiri. Kemudian kami berjanji berjumpa di Bukit Marwah, janji punya janji , cari punya cari setelah beberapa kali menelefon, akhirnya kami membuat keputusan balik sendiri ke hotel.
Aku sebenarnya tahu serba sedikit jalan hendak balik ke hotel. tetapi agak keliru jalan mana yang hendak dituju . Ku lihat banyak persimpangan jalan. tetapi semasa dalam perjalanan pergi ke Baitullah, kami sempat berbual bagaimana mencari penanda balik ke hotel. Dalam minda aku berpusing-pusing hendak mencari jalan pulang, aku ditemukan dengan seorang pemuda." Mak Cik nak pergi ke mana? ", tanya dia kepadaku. " Nak balik hotel Janadriyah", jawabku. Oh, Mak cik ikut je tiang nombor 4 tu dan belok kanan." Alhamdulillah ingatanku masih kekal...Aamiin.
Setibanya aku di hotel, aku sempat berbual-bual dengan rakan sebilik. Tetiba sedang aku mengomen tentang suamiku, kakak yang seorang ni pun berkata, dia tidak lagi bertahalul, Dia menyalahkan tukang upah tolak dia yang berkerusi rodanya itu semasa saei , tak menyuruhnya bergunting rambut. Aku pun menyatakan bahawa kita sendirilah yang mesti ingat, yang tukang upah tolak tu lelaki, takkan dia nak tolong guntingkan. Akhirnya dia pun mengguntingkan rambutnya setelah kuberi pinjam gunting.
Oh, ya. Terlupa pula aku, semasa hendak bergunting rambut tu, adalah seorang budak Arab hendak memberi pinjam gunting, Aku menolak. Marahnya dia kepadaku, pinjam gunting , kena bayar SR 2 atau 5 . aku pun dah tak ingat. Sebenarnya kalau selalu membantu orang, Allah akan memudahkan kerja kita. Begitu juga jika kawasan sempit hendak bersembahyang sunat di Bukit Marwah selepas selesai saei, mereka akan memberi kita laluan atau tempat untuk bersembahyang. . Indahnya kenangan sewaktu itu.
Daripada peristiwa janji bertemu ni teringat pula pesan orang yang telah mengerjakan haji...jangan berkata janji di sini, tetapi kita bertemu di sini, barulah dapat bertemu atau jumpa di sini.

Sunday, February 24, 2019
KiSAH 4 Madinah dan Mekah .. 2
Semasa di klinik TH, kebetulan aku mendengar perbualan pembantu pegawai perubatan itu dengan seorangg mak cik yang terpisah dengan suaminya sejak dia dimasukkan ke hospital. Pembantu perubatan itu menggunakan lancard, atau namatag , yang digantung di leher setiap jemaah. Dengan peristiwa itu, baharulah aku ketahui kegunaan landcard tu. Menerusi kad tersebut, discan , kita boleh mengetahui maklumat pasangan kita. Mudahnya, selesai masalah mak cik tu.
Aku mengambil kesempatan memanggil kakak tu untuk mengesan suaminya. Baik betul pegawai perubatan itu. Dengan lawaknya, pegawai perubatan itu mengusik kakak R ni. Ha, ni kan suami akak katanya, sambil menunjukkan gambar suami R dalam skrin tselefon bimbitnya. Terpinga-pinga kakak R ni. Pegawai perubatan itu memberitahu suami kakak R ada di hospital, dia dijumpai dan dibawa ke hospital. Dia tidak sakit, cuma tersasar dalam perjalanan pulang dari melontar setelah singgah membuang air kecil.
Pegawai itu juga memberi cadangan agar kakak R menangis di pejabat maktab 75 yang kami kunjungi tadi. Disuruhnya menangis agar pihak hospital Shisya menghantar suaminya dengan cepat. Pegawai perubatan tersebut memberitahu bahawa suami kakak R sedang dalam perjalanan dibawa ke Mina. Senang hatiku dapat menyelesaikan masalah kakak R. Kakak R ni susah hati sehingga dia mahu menunggu di depan pintu pagar khemah maktab 75. Aku menasihatkan agar tunggu sahaja di dalam khemah dan beritahu rakan sekhemahnya agar suaminya datang berjumpa dengannya. Akhirnya, pada pukul 1.00 tengah hari, suaminya datang ke khemah kami.
Dengan kehilangan suaminya, ada manfaatnya kerana mereka telah dipermudahkan urusan melontar pada hari ketiga. Pihak TH telah mempermudahkan mereka berdua dengan membayar upah melontar pada hari ketiga dengan bayaran 300 riyal . Mereka telah selamat sampai dan tinggal di hotel Janadriyah 1233 sedanagkan kami masih lagi menginap di Mina.
Diringkaskan cerita, kakak R dan suaminya telah banyak kehilangan baju. Sebuntil baju kotor kakak R tertinggal di dalam bas semasa balik ke hotel. Semasa menjemur pakaian pula, kain ihram suaminya pula hilang sehelai. Satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan apabila terserempak dengan kakak R yang keliru mencari bilik penginapan. kami tinggal di tingkat 12 tetapi dia pergi ke tingkat 15, kasihan aku kepadanya, baharulah kami tahu dia tidak tahu membaca.
Dia dan suaminya selalu berpasangan. Bagus juga pasangan ini sebenarnya suami kakak R ini lebih mudah 7 tahun daripadanya, penyayang dan amat prihatin seta amat peramah. Disebabkan sikap suaminya yang amat peramah, ada yang suka dan ada yang tidak. Mereka rajin sembahyang di surau tingkat bawah. Semasa sembahyang di surau itu, hilang pula kasut kakak R. Aku dengan rela hati memberikan kasut yang kubeli ketika kakiku melecet semasa berjalan untuk melontar di Jamratul .
Kakak R juga terpaksa membeli baju baharu kerana sebuntil pakaiannya yang hilang.
Beralih kepada suamnya pula, mungkin Allah menguji dan hendak membersihkan dosa-dosa dengan memberi ujian kepadanya . Dia mungkin tidak berapa cam barang-barang seperti seluar dan lancard tanda nama, diambil dan dipakainya kepunyaan orang lain. Disebabkan selalu membuat kesilapan , jadi rakan sebiliknya tidak suka. Sejak kebelakangan semasa hendak balik, dia tidur di koridor tempat jemaah bersembahyang jemaah. Di situ dihampar permaidani, jadi mudahlah dia tidur di situ. Kekadang seolah-olah dia dipinggirkan.
Selepas kakak R sembuh, boleh berjalan , suaminya pula berkerusi roda pula. mungkin gaut, tidak berpantang . Semasa hendak tawaf wada, aku mencadangkan agar kedua-dua mereka naik skuter je tawaf daripada susah kakak R nak menolak suaminya yang berkerusi roda tu, maklumlah jauh dari hotel ke masjid di Mekah tu.
Begitulah pengalaman aku semasa mengerjakan haji 2019.....suatu kenangan yang indah.
Penagajarannya , kalau hendak ke Mekah, biarlah usia muda, jangan terlalu tua hingga sukar mengingati tempat tinggal terutamanya semasa di Mina dan tandasnya terhad, tidak boleh membasuh pakaian walaupun tiga hari tiga malam menginap di situ....aamin , kami dapat menunaikan haji semoga haji kami diterima sebagai haji mabrur.

Saturday, February 23, 2019
KISAH 4 - MADINAH DAN MEKAH (1)
Melalui pengalaman mengerjakan haji 2018, ingin ku kongsikan. Kisah kakak yang sebilik denganku. Sejak di Madinah, menginap di bilik 505 , penghawa dinginnya terlalu sejuk hinggakan kakak ini mengalami kebas-kebas kaki . Dengan keadaannya yang tak berapa sihat itu, terpaksalah suaminya membeli kerusi roda. Kami amat kasihan dengannya. Suaminya seorang yang prihatin dan bertanggungjawab sentiasa menolak isterinya yang berkerusi roda pada setiap waktu sembahyang di Masjid Nabawi. Kami tidak ada masalah untuk memberikan sebarang bantuan kepada kakak ini.
Apabila penghawa dingin dah ok, maka dia pun beransur sihat dan boleh berjalan seperti biasa.
Kisahnya beralih di Mekah pula. Di sini kami msenginap di bilik 1233. Bertambah rakan sebilik 8 orang. Kakak ini beruntung kerana suaminya ada anak buah yang tinggal berdekatan dengan Mekah, kami pun tak tahu di mana anak buahnya tinggal. Mereka pernah pergi ke rumah anak buah suaminya itu dan bermalam di situ.
Kisah bermula semasa bermalam di Mina. Kami tinggal di khemah G, kalau tak silap, maklumlah aku menulis ini dah hampir 5 bulan berlalu. kakak ini telah psergi ke tandas begitu lamanya dari pagi hingga tengah hari. Aku yang duduk di sebelahnya , amat kasihan dan gusar kerana dia tak balik-balik lagi ke khemah. Kucari di bilik air , tempat orang beratur pun tak jumpa. Hampir pukul 12.00 tengah hari , barulah kembali ke khemah. Menurutnya dia sesat dan dia minta pertolongan kepada rakan sahabat , petugas yang terlibat. Untuk makluman kami tinggal di maktab 75.
Kemudian, pada hari kedua , melontar , semasa balik pula, dia tidak balik lagi sehingga pukul 3.00 pagi. Aku yang tidur di sebelahnya risau. Aku dapati dia seperti tercari-cari kami walaupun di dalam khemah yang sama, maklumlah ada banyak petak dalam khemah yang kami duduki itu.. Sepetak atau satu lot khemah tidur 18 orang. Aku pun bertanya kepadanya, mengapa balik lewat? Dia menerangkan bahawa suaminya sesat dan tak balik lagi. Puas ditunggu suaminya tetapi tak bertemu seperti yang mereka janjikan. Dia pun balik dengan bantuan petugas TH.
Esoknya , aku membantunya melaporkan tentang kehilangan suaminya. Mungkin kakak ini tidak pandai menerangkan tentang kehilangan suaminya, maka aku membantu . Maklumat daripada petugas di situ, aku mendapat tahu bahawa suaminya telah dijumpai oleh seorang doktor dan dibawa dengan ambulans ke Shisya. Aku pun tak faham. Sebenarnya Shisya tu, Hospital Malaysia di Tabung Haji di Mekah. kemudian dia mengikut ku ke klinik tabung haji di Mina itu. Aku mendapatkan rawatan kerana jari kaki kelingkingku melecet dan melembung. Doktor telah menasihatkan aku biarkan sahaja , aku diberi ubat tahan sakit.
...bersambung part 2

Friday, January 25, 2019
catatan 2 di Mekah
Selama berkongsi bilik banyak kenangan manis dan pahit yang kami lalui. Biasalah antara kami ada yang tidak boleh boleh ditegur . Tetapi alhamdulillah, kami tidaklah mengambil hati ,redha dan bertolak ansur. Kami saling menerima teguran. Contohnya sebagai kawan kita perlu menasihati dan menegur sikap yang boleh membawa kebaikan.
Ingin kuceritakan di sini bukan untuk mengaibkan tetapi kita mesti tahu asal usul atau pucuk pangkal mengapa sesorang itu bersikap sebegitu. Antara kami, yang kami rasakan kami perlu menasihatinya. Kami berharap dia dapat berubah. Kehadirannya ke Mekah, diungkit. Mungkin betul pada sangkaannya. Beliau mengungkit kenapa pihak Tabung Haji menghantarnya mengerjakan Haji pada saat umurnya sudah tua, tak larat. Memang kasihan kakak ni, seorang yang tidak berkahwin, jalan bertongkat dan kesihatannya kurang baik. Selalu batuk dan berkahak. Penampilannya juga tidak dijaga dan tidak berapa mengambil berat tentang menjaga kebersihan diri. Jadi kami terpaksa menasihatkan beliau supaya menjaga kebersihan diri. Contohnya mandi pagi dengan sempurna. Memang dia mandi tetapi umpama mandi kerbau. Begitu juga jika membasuh pakaian, beliau membasuh baju tidak berapa bersih, celup-celup dan kesan minyak harimau atau tiger balm masih melekat. Oleh kerana beliau suka bergantung kepada ubat-ubatan seperti tiger balm, atau minyak cap kapak dan ubat selesema yang selalu dihidu ( digelar dengan nama batu pooh ).
Aku terlalu kasihan kepadanya. Katilku juga bersebelahan dengan katilnya. Jadi sikap kasihan umpama kakak sendiri. Selalunya sebelah malam, dia akan batuk yang berlarutan. Jadi kekadang kami tak boleh tidur. Memandangkan keadaan kesihatannya begitu, maka aku membantunya ke kilinik Tabung Haji. Kami tinggal di tingkat 12, bilik 1233, untuk ke tingkat 8 terpaksa turun lif ke tingkat bawah dan naik semula ke tingkat 8 manakala nak ambil ubat pula di tingkat bawah . Maka kalau hendak mendapatkan rawatan terpaksa turun naik. Banyak kali juga aku menyelesaikan masalahnya, pertama, ketika hendak ke klinik , membelikan makanan dan barang keperluan serta berjumpa dengan rakan sahabat maktab 75.
Memang kasihan kepadanya , arwah ibu tak membenarkannya berkahwin, menanggung keluarga, kakak pula bergantung harap kepadanya. Selain itu, adik perempuannya meminjam duitnya bukan kepalang banyak, dah tidak mahu bayar semula. Di Mekah, dia bermimpi arwah adiknya menjerit meminta tolong kepadanya. Suami adiknya enggan membayar atau menggantikan wang yang isterinya pinjam walhal mereka membina rumah dengan wang tersebut. Apabila ganti, pinjam semula pula untuk majlis perkahwinan anaknya. Ada anak saudara pula , meminjam juga RM11,000. Beli kereta dan katanya akan ganti semula selepas dapat duit berhenti kerja atau KWSP. Kasihannya kakak ni, mungkin perkara ini selalu mengganggu fikirannya.
Semoga kakak ini dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan menjadi insan yang solehah. Berbalik kepada kisah tadi, kami terpaksa memanggil ustazah, rakan maktab 75 untuk menasihatinya agar menjaga kebersihan diri dan menjaga solat berjemaah. Akhirnya dengan bantuan dan khidmat nasihat ustazah tersebut berjayalah kami ahli bilik 1233 menyelesaikan masalah kakak ini. Mulai saat itu, ada antara kami yang membawa kerusi dan sejadahnya untuk solat berjemaah. Alhamdulillah semua masalah kami selesai.....aaamiin.

Sunday, January 13, 2019
Catatan di Mekah (3) - Kisah 1
Kisah ini ku ceritakan mengenai roomate kami. Dia berusia 66 tahun. Dia tidak pernah berkahwin. Pemergiannya ke Mekah tanpa diiringi dengan waris. Kami kasihan kepadanya kerana ketidakupayaannya berjalan , mungkin kerana sudah tua dan pergerakannya terbatas kerana kaki kanannya pernah terpelecok masuk ke dalam lubang. Oleh kerana itu, dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kali pertama , kami kasihan kepadanya. Tetapi oleh kerana sikapnya yang kurang menjaga kebersihan dan ambil ringan tentang kebersihan diri serta pakaian, maka berbakul-bakullah nasihat kami kepadanya. Pertama, dia seolah-olah ada penyakit. Penyakit batuk dan selesema mengganggu kami. apabila batuk dan berkahak, dia akan berludah ke dalam plastik atau tisu . Malangnya tisu atau plastik itu dibuang merata-rata di tepi katil atau di bawah katil.
Pada sebelah malamnya kekerapan bunyi batuknya yang kuat mengganggu kami. Kami tidak boleh tidur. Beberapa kali kami nasihatkannya. Malahan aku ambil inisiatif membawanya ke klinik Tabung Haji di tingkat 8. Untuk ke tingkat 8, kami mesti turun ke tingkat 1, dan gunakan lif lain ke tingkat 8, drp tingkat 8, boleh terus ke tingkat 1 untuk ambil ubat.
Kali pertama ke klinik aku terpaksa memberitahu doktor tersebut. Menurut kakak ni, dia dipaksa oleh Tabung Haji pergi ke Mekah. Dia menyalahkan pihak TH, mengapa tak hantar dia ke Mekah semasa muda. Berbalik kpd rawatan tersebut, doktor TH merasa hairan bagaimana dia lulus pemeriksaan kesihatan ke Mekah. Dia berjalan pun tercungap-cungap, macam orang lelah dan sakit jantung. setelah dua hari kemudian , kami diminta datang lagi ke klinik TH. kali kedua, menurut doktor tersebut, mukanya nampak cerah dan sihat, tak seperti kali pertama. Dia tidak lagi berjalan terburu-buru menyebabkan kesesakan nafas seperti orang lelah atau asma.
Kemudian aku memberitahu doktor dan meminta doktor menasihatkannya agar sembahyang kerana kami dapati dia tidak mahu sembahyang dengan alasan sejadahnya hilang. Aku memintanya wang untukmembeli sejadah. Setiap hari, kami akan mengingatkannya agar sembahyang. Selesai satu kes.
Timbul kes kedua pula, setiap malam dia akan bercakap sendirian. Pada mulanya aku perasan sebab aku sebelah katilnya. Aku tidak hairan. Lama-kelamaan baharulah , roomate lain bersuara dan banyak bertanya. Kami pun banyak mengorek rahsianya mengapa dia jadi begitu. Pada aku mungkin stres kot. Dia selalu bercakap sendirian. Menurutnya, arwah ibunya tidak membenarkannnya berkahwin kerana siapa akan menanggung sara hidup. Apabila dia berhenti kerja , diadapat EFP atau wang Simpanan Pekerja sebanyak RM 23 ,000 kalau tak silap. Adik perempuannya pinjam duit daripadanya sebanyak RM11000 untuk membuat rumah. kemudian dia dah bayar sikit tapi pinjam lagi untuk majlis perkahwinan anaknya. Masalahnya adik perempuannya sudah meninggal dunia tetapi suaminya atau adik ipar tidak mahu membayar hutangnya. Tambah kasihan, anak buah pula meminjam wang untuk membeli kereta. Janjinya umur 50 tahun nanti , dia akan ganti atau bayar hutang tersebut. Kasihan, kakak ni...bertalu-talu saudara-mara berhutang kepadanya.
Mungkin perkara inilah yang menjadi bebanan kepadanya. Dia pernah bermimpi bahawa arwah adiknya menangis-nangis meminta tolong kepadanya. Mimpi ini berlaku semasa dia di Mekah.
Kasihan kakak ini, semua rukun haji dibuat dengan upah . Umpamanya tawaf dan sai umrah SR400, tawaf dan sai Haji SR 500 , itulah kalau boleh buatlah haji semasa kita kuat lagi. Semasa melontar di Jamrah pun upah juga sebab TH tidak sediakan kerusi roda untuk menolak orang yang kurang upaya. Mungkin dia tidak tahu, Tetapi kami lihat ada juga jemaah haji yang berkerusi roda ditolak oleh orang lain, mungkin budak upahan atau mereka yang berada di Mekah ambil upah, Kisah ini ceritakan bukan untuk memalukan atau mengaibkan tetapi untuk pengetahuan kepada sesiapa yang ingin mengerjakan haji.
Ketidakuapayaan atau sikap kurang menjaga kebersihan menjadi masalah kepada kami. Pernah suatu hari, apabila masuk ke bilik, kami terbau tahi. Busuk menyelibungi bilik kami, maklumlah bilik berhawa dingin. Kekadang kami terbau hancing. Kami segera menyiasat angkara siapa. Rupa-rupanya kakak ni terkincit dan tahi terkena kain. Kain itu pula tidak dibasuh , disorokkan di bawah katil, Maka kami memaksanya supaya basuh kain tersebut. Kakak ni juga tidak mahu bersembahyang berjemaah di tingkat 12 . Sembahyang berjemaah boleh di surau tingkat bawah dan ada juga berjemaah di setiap tingkat. Keengganannya menyebabkan kami terpaksa membuat aduan kepada sahabat maktab. Maka kami bertiga membuat aduan kepada sahabat maktab 75 di tingkat 1.
Setelah membuat aduan, akhirnya ustazah datang memberi ceramah kepada kakak ni, baiknya ustazah ni memberikan kakak seutas tasbih, cantik berkilat-kilat ....akhirnya masalah kami selesai.
Kami sering membantunya membawa kerusi lipat, sejadah dan tolong membelikan barang-barang yang diperlukan. Bagusnya kakak ni tak kedekut tetapi agak degil juga.
Pengajaran daripada cerita di atas, kita sebagai roomate atau jemaah haji mestilah saling membantu dan anggaplah jemaah yang lebih tua sebagai kakak yang harus kita hormati dan saling tegur menegur dengan berhemah agar dia tidak berkecil hati. Banyak perkara yang perlu dibantu terutama yang melibatkan pergerakannya yang terhad seperti membantu membelikan barang-barang keperluan harian seperti sabun, biskut, kuih, tuala, tisu dan ubat-ubatan.
Kekadang nak tergelak pun ada. Dia meminta aku membelikan batu pooh, ubat selesema yang dihidu dan membeli koyok. Untuk membeli koyok, aku terpaksa meminta seorang daripada jemaah haji yang lain , menerangkan bagaimana nak beritahu koyok. Beliau menerangkan dengan cara yang mudah iaitu pap kat belakang , pap kat tangan, baharulah peniaga atau pekerdai itu faham....perihal koyok punya cerita.

Sunday, December 16, 2018
catatan di Mekah (1)
Setibanya kami di Mekah, kami ,menginap di Abraj Janadriyah , hotel yang terletak kira-kira 850 meter dari Kaabah. Roomate kami pun dah bertambah 8 orang. Kak Feah (Rufeah bt Mohd Rawee), Kak Katy( Katizah bt Awang Ngah), kak Siah bt Kechut, Kalsom bt Sidek,, Norejah bt Abdul Karim Hamimi dan Suriah bt Mohd Nor . kami menginap di bilik 1233 , tingkat 12.
Bilik ini besar malangnya tiada telefon antara bilik. Kebaikannya ialah kami dapat membasuh dan menjemur pakaian di tingkat 15. Selesai masalah menyidai pakaian. Pakaian pun cepat kering di tingkat atas , tempat menyidai pakaian. Ramai jemaah haji yang terdahulu yang mewakafkan tali penyidai pakaian, sepit dan penyangkut pakaian (hanger). Kami beruntung kerana dapat meminjam baldi dari pekerja hotel yang handsome dan baik hati, bernama Amin.
Dalam 8 orang kami sebilik ini adalah perlu bekerajasama dan saling bertolak ansur. Oleh kerana, hendak menjaga aurat, kerana suami masing-masing selalu berinteraksi dan meminta si isteri membasuh pakaian atau keperluan salin seperti menghantar makanan atau bersarapan mahupun minum petang bersama, maka kami mengambil inisiatif memasang langsir tingkap di hadapan pintu masuk. Kami bernasib baik kerana langsir yang diambil tidak bertentangan dengan lalu lalang jemaah haji. Langsir tingkap yang diambil adalah daripada langsir tingkap berdekatan dengan katilku yang menghadap jam besar di Masjid Mekah Mukarramah.
Dalam memelihara aurat di dalam bilik, kami telah menetapkan peraturan agar si suami menyenaraikan apa-apa keperluan atau ketukan pintu serta memanggil nama si isteri. Kami harapkan agar si suami tidak kerap kali mengetuk pintu dan akulah yang telah menulis petaturan di hadapan pintu agar masing-masing ingat dan memberikan kerjasama . Dengan berbuat demikian, maka selelsailah masalah kami.
Penggunaan tandas juga perlu diambil berat. Aku ini perlu memakai selipar di dalam bilik, maka kubeli selipar jepun yang berharga SR5. Selipar plastik pula ku letakkan di dalam tandas kerana alahan simen dan ku dapati agak janggal hendak memijak lantai di bilik air. Aku juga khuatiri penggunaan tandas yang tidak bersih.
.... catatan bersambung

Sunday, November 11, 2018
Catatan 1 di Madinah 2018
Semasa menginap di hotel Rowadha Al Aqiq , makanan bermenukan nasi Arab setiap kali makan tengah hari dan makan malam menjemukan. Nasib baik , antara kami ada yang membawa bekalan seperti maggie , sambal dan serunding. Setiap kali makan, kami akan berjemaah dan berkongsi makanan. Peristiwa ini amat manis bagi kami. Selama 7 hari , kami saling mengenali serba sedikit latar belakang dan sikap antara kami.
Ada yang rajin membasuh pakaian setiap hari sampai dua tiga kali sehari. Ada yang suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan ada yang kurang sihat, banyak berehat sambil berbual atau bersembang hal keluarga masing-masing. Bersyukurlah kami tidak menghadapi masalah di sepanjang masa selama 7 hari walaupun ada sedikit perselisihan pendapat.
Ramai orang kata , jika di bumi Madinah atau Mekah jangan kita berkata yang tidak elok. Aku kan suka berterus terang. Memang lauk dan menunya yang setiap kali nasi arab, lauk ayam atau ikan selang tiga hari dan sesekali sotomg. Menu ini agak menjemukan, sebab itu ramai yang makan maggie. Kami pernah terserempak seorang daripada jemaah kami membawa magie satu beg besar yang bersaiz muatan 18 kg . Bayangkan setiap hari makan magie, menurutnya mereka (suami isteri ) , suaminya tidak lalu makan nasi, dia makan maggie. Mulutku tiada insurans, maka aku beritahu tak elok makan maggie setiap hari. Harga secawan maggie di sini SR 5 dan roti yang bersaiz seperti roti RM1.20 berharga SR 2.
Semasa di Madinah, kami dibawa melawat Raudhah, makam Nabi Muhammad s.a.w dan perkuburan Baqi. Kami dibawa melawat kebun kurma dan membeli belah di sana. Kemudian, kami dibawa ke Bukit Uhud dan makam gugurnya para syuhada semasa perang Uhud. Di sini ada menjual banyak barangan seperti jubah, herba, dan peralatan seperti payung, Oleh kerana cuaca panas , aku membeli sekaki payung dan sebuah topi.
Kami juga dibawa menziarahi Masjid dua kiblat . Kami sembahyang sunat di masjid , Terdapat jualan juga di sini. Ramai pelancong yang dibawa menziarahi masjid ini.
Tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan selain sembahyang setiap waktu di Masjid Nabawi. Ingin juga kubawa kawan-kawan menzirahi Muzium AlMaul Husna / muzium nama-nama Allah, Muzium yang berhampiran tetapi semuanya ditutup, mungkin dalam penyeleranggaraan. Selain itu ada juga masjid sahabat nabi s.a.w seperti masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Omar dan masjid saidina Ali yang dalam kepungan, hendak diruntuhkan untuk membina bangunan baru. Semua pengalaman ini aku dapati daripada ziarah umrah Sahedah Travel pada Disember 2017.
Sebenarnya kalau hendak membeli jubah , sejadah, kopiah atau cenderamata belilah di Madinah. harga barang-barang lebih murah dan banyak pilihan di bazar-bazar dan gedung pakaian yang berdekatan dengan hotel. Aktivit membeli -belah dinasihatkan membeli dengan kawan-kawan, jadi kita dapat tawar dengan lebih murah. Kalau membeli -belah janganlah tawartetapi tidak mahu beli.
Mereka akan mengatakan kita kedekut. Masih terbayang di benakku, apabila mereka menyatakan orang Malaysia bagus, Indonesia tak bagus. Aku malas nak layan . Mereka masih menganggap bekas perdana menteri kita Dato' Sei Najib perdana menteri Malaysia, rasa nak gelak pun ada.
Ada peniaga, yang menawarkan rasalah jualan seperti kurma, kacang, kismis, zaitun, kacang cerdik dan sebagainya. Katanya sebiji halal , kali kedua haram. Ada yang buat tak layan jika datang ke gerai mereka. Nasiblah, kita pun pilih gerai yang mesra pelanggan.
Di Madinah kurang peniaga yang menjual makanan seperti selera orang Malaysia. Suamiku selalu dapat beli nasi lemak atau bihun daripada peniaga Indonesia tetapi jualannya terhad, kalau lambat dah habis. Kami memang tidak diberi sarapan pagi, jadi sarapan pagi pandai-pandailah urus sendiri.
Seronok juga tinggal di Madinah terutama merebut peluang pergi ke raudhah . Aku hanya sempat 3 kali memasuki raudhah di sepanjang 7 hari di sini. .
....bersambung perjalanan ke Mekah

Saturday, November 10, 2018
Tragedi di Madinah 2018
Kami bertolak ke Madinah dahulu selama 7 hari dan 39 hari di Mekah. Perjalanan bermula pada 30 Julai , 8.00 malam. Kami menetap di Rowadha Al Aqiq hotel lebih kurang 450 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Penerbangan kami KY 17B dan maktab 75.
Kami berenam dalam satu bilik 505, bermakna tingkat 5 . Kami diberi dua kunci bilik. Jadi, kami berpecah dalam2 kumpulan. Masing-masing bilik lelaki dan bilik perempuan sebelah menyebelah mengikut pasangan suami isteri.
Semua roomate kami orang Melaka. Rata-rata berumur 50-an dan 60-an dan seorang 70-an.. Selalunya kami ke masjid dalam kumpulan setiap waktu kerana dekat. Banyak trajedi yang berlaku dalam bilik ini.
Pertama, hidup umpama adik beradik kita mestilah bertolak ansur dan saling menjaga kebersihan bilik. Pada mulanya, bilik kami terlalu sejuk penghawa dinginnya. Sudah beberapa kali kami memberitahu pihak pengurusan supaya membaiki atau dapat kami mengurangkan kesejukan suhu di bilik kami. Namun dah 2 hari , kami tak berjaya menemu juru teknik. Hampanya harapan kami untuk membantu Kak Feah. Dia terpaksa berkerusi roda kerana kekajang urat di kaki.
Beberapa kejadian yang tak terduga menimpa kami. Salah seorang kakak ini tidak tahan sejuk, maka kakinya seakan-akan kejang. Menangis kekejangan , sukar hendak berjalan.. Akhirnya suaminya, membeli kerusi roda untuk memudahkannya bergerak dan sembahyang di masjid.
Aku dengan ringan mulut memberitahu salah seorang sahabat tabung haji. Nasib kami baik, setelah diberitahu cara mengawal penghawa dingin itu, aku berjaya mengawal suhu bilik, selesai satu masalah..
Kemudian, timbul masalah lain pula. Ada antara kami yang tidak tahu menggunakan tandas duduk atau tidak sempat hendak membuang air besar. Atau ada kemungkinan membuang air besar dalam mangkuk tandas tetapi cebok di bawah atau di atas lantai, maka ada sisa najis. Memandangkan hal ini, aku dengan sukarela meletakkan selipar di dalam bilik air untuk mengelakkan terkena sisa najis atau air najis tersebut. Tambahan pula, aku dah biasa pakai selipar di dalam bilik air.
Tragedi yang tidak dapat kulupakan ialah apabila salah seorang daripada roomate kami terkunci di dalam bilik air. Nasib baik kami bertiga ada dalam bilik. Kalau tidak aku tak tahu apa akan terjadi kepada kawan kami tu., Lama juga terkunci, sehingga mangsa hampir sesak nafas. Memang tindakan pertama, aku memanggil pihak pengurusan hotel, Nasib baik ada telefon di dalam bilik hotel ini.. Memudahkan aku menghubungi pihak hotel dan suami agar membantu. Akhirnya juru teknik datang Apabila aku memberitahu "urgent and we need help." dengan segera juru teknik datang . Dia cuba memberitahu aku dan meminta mangsa melakukan seperti yang diberitahu. Namun gagal. Aku beria-ia menerangkan tindakan kami. Namun Pak Arab ini memang degil kot, aku juga dimaarahinya. Setelah usahanya tidak berjaya, dia mengumpil tombol pintu dan memasang semula. Dua kali dia turun naik bawa peralatan seperti pemutar kru, sepanar dan sebagainya. Sejak hari itu, kami tidak mengunci bilik air apabila menggunakannya.
Kami tutup atau rapat sahaja.
Seperkara lagi, kami berharap setiap suami apabila memanggil isteri , jangan terlalu kerap, mengganggu ketenteraman kami yang berada di dalam bilik. Terlalu kerap , kalau sekali dua, dalam sehari ok juga. Begitu juga , penggunaan bilik air, biarlan memberi laluan kapada rakan yang lain hendak membasuh pakaian dan menggantung pakaian.
Banyak pengajran yang perlu kita pelajari daripada kehidupan 7 hari di Madinah. Tragedi terkunci di bilik air menguji sikap setia kawan, menguji kesabaran, tolah ansur dan saling bekerjasama untuk mendapat haji mabrur dan umrah yang mabrurah.
........bersambung pengalaman di Mekah 2018

Sunday, October 28, 2018
Majlis persaraan PO , Pn Rokiah Awang
Majlis bermula lebih kurang pukul 12.00 tengah hari dengan dimulai dengan ucapan Guru Besar dan Pn Rokiah bt Awang , pembantu operasi N11 yang berkhidmat selama hampir 4 tahun setengah di SKBR. Majlis persaraan dibuat dengan tujuan menjimatakn masa, tenaga dan perbelanjaan. Tambahan pula , majlis persaraannya pada 25 Mei 2018. Oleh kerana Pn Rokiah masih mempunyai banyak cuti, maka dihabiskan cutinya. Tarikh keramatnya persaraannya dibuat serentak dengan Hari Guru.
Pn Rokiah merupakan po yang rajin dan jujur. Semua kerja dilakukan dengan baik. Aku baru kenal 2 bulan sahaja, namun kemesraan seperti sudah lama terjalin. Kami senang mesra kerana kak Kiah merupakan seorang pekerja yang mudah didekati serta melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
Majlis diserikan dengan bacaan biodata dan tayangan media sepanjang kak Kiah berkhidmat di sekolah ini, Video tersebut adalah ucapan akhir daripada guru besar, barisan pentadbir dan warga sekolah. Acara kemuncak bamenghargai jasa dan perkhidmatan yang diberikan kepada sekolah adalah penyampaian hadiah kepada Pn Rokiah dan majlis sent off, mengetik kad kehadiran di mesin perakam waktu dan lambaian kasih dengan aktiviti bersalam-salaman dengan murid tahap 2. Oleh kerana kesuntukan masa, murid sepatutnya pulang maka majlis lambaian kasih dilakukan dahulu dan majlis jamuan makan bagi tetamu yang diraikan Pn Rokiah bt Awang.....Selamat tinggal dan selamat bersara pada usia 58 tahun.

Tercapai Impian 2018
Banyak kenangan manis buat keluarga ku pada tahun ini. Di sepanjang tahun ini, perkara yang tak diduga dan apa yang ku harapkan telah tertunai. Pertama, aku dapat mengerjakan haji setelah menunaikan umrah pada Disember 2017.
Syukur Alhamdulillah, niat dan impian dah terlaksana. Aku memang bersungguh-sungguh berdoa di Raudhah dan di hadapan Kaabah semasa menunaikan umrah. Sekembalinya aku ke tanah air dari Mekah 2017, 18/12/2017 aku membuat surat rayuan Haji bersama-sama dengan suamiku bagi tahun 2018M/1439 H di Tabung Haji Alor Gajah.
Bulan April, suamiku mendapat panggilan telefon daripada TH Masjid Tanah. Malangnya dia hanya seorang yang mendapat tawaran mengerjakan haji, Bagaimana pula dengan aku? Suamiku hendak menolak kerana dia dapat pergi seorang. Tetapi aku memintanya menerima dahulu dan beri jawapan pada malam itu juga di UTC. Tak apalah aku mungkin pergi sendiri nanti, kalau ada rezeki.
Mengapa suamiku dapat tawaran seorang, jawapannya ialah kerana suamiku daftar haji bulan April 2008 , aku pula bulan 8 pada tahun yang sama.
Sebenarnya aku telah membuat persiapan ssejak tahun 2014, sekiranya aku tidak berkesempatan menunaikan haji, aku ada membuat caruman PELAN SIMPANAN MABRUR di mana banyak kemudahan yang boleh kudapati sekiranya apa-apa terjadi kepadaku. Pelan ini akan membuat badal haji kepada pencarum.
Aku juga meminta supaya suamiku memohon rayuan buatku sekali lagi. Pihak TH tidak memberikan jawapan yang pasti. Selama tempoh itu , perkara ini mengganggu fikiranku. Mana tidaknya , aku teringat dahulu , Tuan Hj Dzulkifli bin Mahmood, mantan guru besarku ada mengemukakan soalan, cikgu Kalsom tak mahu mengerjakan haji. Terpaku aku. Terlontar jawapan daripada aku, cikgu tengok muka saya ini, adakah saya tidak mahu. Beliau tidak tahu, gaji bersihku setiap bulan RM200 sahaja. Itu belum kira perbelanjaan harian, nasib baik rumahku dengan sekolah dekat sahaja, setiap hari berjalan kaki, SK Paya Keladi , selasma 8 tahun aku di sini.
Kemudian teringat aku, ketika mengajar karangan yang bertajuk "Sekiranya Aku Jadi Jutawan. Aku marahkan muridku, Impian dan cita-citanya kecil sahaja. Mereka hanya hendak membeli basikal dan rumah sahaja. Maka aku pun memberikan jawapan seperti membawa ibu mengerjakan haji di Mekah. Maka secara spontan seorang muridku , Mohd Syafid bin Hussin mengemukakan soalan, " Cikgu dah pergi Haji?" Seingatku peristiwa itu sekitar pada tahun 2010Tekejut aku, berani sungguh dia mengemuka soalan itu.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat tawaran mengerjakan haji pada 30/7/2018 - 13/9/2018 setelah mendapat penggilan telefon memintaku datang ke TH Alor Gajah. Tawaran haji di Alor Gajah dan jawapan di TH Masjid Tanah. Maka aku pun sibuk menguruskan sendiri mengambil gambar untuk passport dan buku kesihatan. Segala urusanku dipermudahkan ....aamiin
bersambung pangalaman mengerjakan haji...
Contoh surat rayuan haji
contoh surat pengesahan penerimaan tawaran Haji

Saturday, October 27, 2018
Hari Guru 2018 - SKBR
Tarikh keramat 16 Mei 2018, Sambutan Hari Guru di SKBR. Menjadi lebih bersejarah kerana sambutan tersebut dua dalam satu. Sambutan hari guru dan majlis persaraan po pembantu operasi Pn Rokiah bt Awang.
Sambutan Hari Guru 2018 disambut berbeza kerana agihan masa. Pada mulanya semua guru dan murid berhimpun di dataran perhimpunan. Kemudian semua guru beratur dalam dua barisan diarak menngambil tempat. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil arwah sempena sambutan bulan Ramadhan, yang disambut pada 17 Mei 2018.
Kemudian nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perutusan ketua Menteri Melaka, ucapan guru besar .Acara sambutan hari guru terbahagi kepada 3 acara, guru lelaki memasak, guru perempuan menyertai pertandingan nasyid dan anyaman ketupat. Masa begitu cepat berlalu, pukul 10.30 kehadiran Pn Rokiah sedangkan majlis hari guru belum habis kerana acara pertukaran hadiah, cabutan nombor bertuah dan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut.
Walaupun majlis berselang seli , akhirnya majlis selesai pada jam 1.30 petang.

Tuesday, June 26, 2018
Kejutan 2018
Banyak peristiwa yang terkejut-terkejut tahun ini.
..awal 2018 ....ditukarkan ke SK Paya Rumput
6/3 .... panggilan telefon dan pelantikan GPK HEM SK Bukit Rambai
4/6 .... panggilan tel dapat surat tawaran haji selepas membuat rayuan
suami dapat surat dahulu 16/4/2018 kemudian dia buat rayuan lagi
19/6 .... dapat tahu kereta Atos total lost MBB 2245
20/6 ... Cari bengkel kereta Kin Huat, katanya kereta tak boleh ditengok lagi
21/6 ....Minta surat insuran dan geran kereta melalui wassap
22/6 .... pergi ke Etiqa insuran minta surat kereta total lost
21/6 ... pergi cari bengkel kereta, jumpa dan minta kunci, rotax kereta
22/6 .... minta ambil gamba, kunci kereta dan rotax kereta
24/6 ... pokok durian yang ku tanam berbuah sulung
25/6 ...pergi UTC untuk matikan rotax kereta, tak boleh. ke JPJ, Bukit Katil, matikan rotax
dan ke Etiqa Insuran
26/6 ..pergi ke TH, ambil surat penerbangan ke Mekah pada 30/7
30/6 ..Kursus Perdana Haji di Stadium Hang Jebat dan Masjid China
30/7 ..akan berangkat ke Madinah
10/8 ..akan menyambut hari lahir di Mekah.....
Doakan agar perjalanan hidupku diberkati Allah s.w.t.....aamiin yarabbal'alamiin

Subscribe to:
Posts (Atom)