Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, June 25, 2019

rawatan pakar HAG

 Kini aku telah berpindah ke  bilik rawatan atas lawatan pakar. Ini bermakna aku harus pergi ke hospital Alor Gajah yang baru iaitu di Paya Datuk. Dengan rawatan yang lebih baik namun aku rasa tertekan dengan doktor pakar ini.  Puas sudah aku mengikut diet diabetis, namun aku gagal mengawal gula dalam darah. Mungkin ubat itu sudah tidak berkesan lagi.
   Tahun lalu, 2018, 8.8 ml, bulan 3,  2019 , 9.25 ml dan terkini 9.56 ml. Menurut juru rawat ang mengambil ujian darah ok je, tetapi apabila berjumpa doktor perempuan yang cerewet tu, mahukan 6 ml semasa puasa. Manakan dapat, dahulu, aku ada mengambil jus kacang panjang blend dengan tomato atau epal blend dengan peria. Ok juga ada penurunan gula dalam darah.  Tetapi kini dah tak berkesan. Semakin buntu aku. Kalau penat, akau tidur dahulu, periksa gula 6.6 ml tetapi apabila dah bergerak pergi ke hospital , gula dalam darah naik mencanak 9.56 ml. Di manakah kesalahanku, jadi begitu.  Doktor perempuan itu berkehendakkan bacaan gula 7.6ml. Asyik-asyik sebut ambil suntikan insulin.
   Pertemuan dengannya tempoh hari pada 19/6 , ubat ditambah sedikit. Dia berkata tak mungkin gula di dalam darahku berubah. Mati kutu aku. Walaupun mengambil eskayvie dan minuman susu diabetik tak berkurang juga. Entahlah, terasa penat dan bosan dengan simpton-simpton ini. Jus atau minuman buah mahkota dewa dah lama aku tinggalkan. Semoga aku lebih tabah lagi meniti usia emas ini. Hanya aku boleh bermohon kepada Allah sahaja untuk memberikan aku kesihatan yang baik.....aamiin.
   Terasa malas hendak menguji kandugan gula dalam darah, pergi ke klinik pakar kerana masa yang diambil terlalu lama tidak seperti dahulu, 3 bulan sekali ambil darah selagi gula dalam darah tak turun .....mana nak ambil 6 atau 7, sekarang 8 -9 tu yang menjadi masalah.

Wednesday, October 30, 2013

Sauna Omizu

Sauna ini ku beli pada 1/2/2007 dari promosi yang diadakan di Giant.  Harganya pada masa itu dengan sauna, mesin urut belakang dan mesin family doctor ialah RM 1999, menurut penjual itu harga sebenarnya RM3000.
  Untuk menjaga kesihatan dan aku rasanya sauna ini penting, maka aku pun meminta berkongsi dengan suamiku.  Setelah ditelefon, agen Omizu ini datang ke rumahku dan membuat demo.  Aku dan suamiku mencubanya selama 20 minit .  Aku kira eloklah untuk mencairkan lemak dalam badan kerana pada saat umur meningkat senja perlulah menjaga kesihatan.
  Tambahan pula, aku mendapat tahu aku rakan sejawatku yang pergi ke spa sekali perkhidmatan RM50.
Dengan itu aku pun bersetuju membelinya.  Pada awalnya, banyak bahan-bahan yang ku isi dalam periuk sauna ini.  Oleh kerana banyak muatannya seperti daun pandan, dan serai, maka airnya melimpah dan terkeluar dari periuk itu, maka periuk itu rosak.  Sukar juga aku mencari agen tersebut berdasarkan telefon dan alamat kerana semasa itu aku tinggal di Melaka sedangkan agen tersebut di Perak.
  Jadi puaslah aku mencari kedai elektrik untuk membaikinya.  Aku bernasib baik kerana  ada sebuah kedai elektrik di Masjid Tanah boleh membaiknya.  Aku hanya perlu bayar RM50.00.  Atas kejadian tersebut, aku mula membaca dan meneliti cara-cara menggunakan periuk itu, rupa-rupanya hanya berat 50 gram sahaja yang boleh ditambah air  bersama di dalam  periuk itu.
  Semenjak kejadian itu, aku memberi ramuan mencairkan lemak, mencantikkan kulit dan melegakan kesakitan setiap kali bersauna dari produk Sendayu Tinggi.. Aku pun jarang-jarang membuat sauna, kalau rajin 3 kali sebulan atau sekali sebulan.  Kalau  aku rasa letih dan rasa tidak bersemangat , barulah aku bersauna.  Semoga aku diberi kesihatan yang baik.  Jom kita kaum perempuan bersauna untuk menjaga kesihatan.


                   Sekotak ramuan untk mencairkan lemak ini harganya Rm35.70 harga ahli
Sekotak ramuan untuk mencantikkan kulit RM35.70 untuk ahli Sendayu Tinggi.

urut kaki - Family Doctor

Hari ini 30/10/2013, ada ada agen atau pekerja Omizu , suatu produk yang menitik beratkan kesihatan datang ke sekolahku . Aku sebenarnya ada kad ahli omizu ini kerana membeli set sauna dengan pakej percuma mesin urut untuk belakang dan urut untuk seluruh badan pada 1/2/2007.
  Oleh sebab hadirnya ke sekolah hari ini untukmengetahui tahap kesihatan, aku pun mengambil kesempatan untuk mencubanya..  Untuk mengetahui penyakit kencing manis, ada  ujian tahap gula dalam darah, bayaran RM5.00, yang lain percuma.  Syukurlah daripada 14 ujian , hanya 3 sahaja yang sangkut atau ada masalah.  Usus besar, usus kecil dan satu lagi sku dah lupa.  Pekerja tersebut menyarankan aku agar membuat urutan kaki iaitu akupuntur. Dia tidak menjual produk di sekolah setakat menguji tahap kesihatan.  Ramai guru yang menguji tahap kesihatan mereka.
     Jadi hari ini, aku nak kongsi urut kaki mesin family doktor ini.  Kalau dahulu , mesin ini menggunakan 2 pad, sepasang berharga RM20 tetapi setelah sukar untuk mendapatkan pad ini, aku menukarkannya dengan selipar.  Seingatku, selipar ini aku beli di SK Sahabat 4 di Sabah, pada tahun 2011 kot, aku pun dah lupa semasa agen Omizu datang ke sekolah itu. Harganya RM100 setelah ditawar.  harga sebenar RM120.00.
   Jadi , berdasarkan 3 aspek tadi, aku perlu membuat uratan kaki ini.  Dalam mesin ini ada beberapa fungsi urutan seperti hammering, acupunture, cupping, scraping, message dan naprapathy.  Setiap fungsi berdurasi  selama 15 minit.  Tujuannya adalah untuk merawat lowering blood pressure, leg, shoulder, waist dan body shaping.  Cuba-cubalah mesin ini utnuk kesihatan kita,

Wednesday, February 20, 2013

Terapi Ion Elektrik - terapi321.blogspot.com: Kisah SATAY & TIMUN..

Terapi Ion Elektrik - terapi321.blogspot.com: Kisah SATAY & TIMUN..: 5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang...

Tuesday, December 27, 2011

Jom sihatkan badan

 Sempena cuti sekolah ni, agak banyak masa .  Jom kita sihatkan badan dengan senaman.  Di rumahku ini banyak alat-alat menjaga kesihatan yang kami beli.  Suamiku ini banyak beli alatan kesihatan tetapi kurang menggunakannya.
 Jadi sambil berkemas dan membuat kerja-kerja rumah, sempatlah aku menggunakan alat senaman tersebut.  Malangnya akubukanlah orang yang sangat berdisiplin, tetapi cuba mencuri waktu bersenam pada sebelah pagi dan sebelah petang 30 minit cukuplah.  Jom kekawan dan anak-anak sekalian bersenamlah, jaga kesihatan.
 Teringat pula ketika di klinik, ada seorang mak cik tu memberi pendapatnya.  Mengikutnya orang-orang sekarang ini tak macam dulu.  Orang dulu kuat dan bertenaga walaupun sudah berumur.  Apa pendapat anda?  .
  Alat senaman yang ada di rumahku, basikal proform CardioCrosstrainer dan body tone II kubeli  pada 28.03.2004.

Mesin urut dan urut kaki ini suamiku beli , dia tak guna, jadi kugunakanlah sayang dari tersimpan sahaja.  Ada lagi tilam batu jed tersimpan di bilik atas , jadi gajah putih.
        Alat kuning yang ada pedal ni untuk urut kaki, lengan dan peha, boleh terbalikkan, tetapi ku terbalik dah tergelincir mesinnya, jadi sekarang kena urut menghadap atas sahaja.
                      Alat ini untuk rampingkan pinggang, boleh twist.
  Kalau bosan-bosan bolehlah pergi gym kecil saya ni.

Wednesday, November 23, 2011

Air Kelapa Muda

                           Buah kelapa yang telah dikopek dan diambil isinya.
                            Isi dan air  kelapa muda sesuai untuk penawar dan ubat.
                          Galah yang kuguna untuk mengait buah kelapa
isi dan air kelapa yang siap untuk diminum

Pokok kelapa di hadapan sewaku berbuah lagi. Lebat sungguh buahnya. Dahulu bebudak di sini sibuk nak minta petik atau panjat buahnya. Kalau dengar suaraku, tentu mereka cabut lari.
   Aku teringat kata-kata seorang dari rakanku, jangan sesekali beri kebenaran , kalau kita beri bermaksud terpakai seumur hidup. Bercerita tentang masyarakat di sini , bermacam-macam gaya dan gelagat yang ku peroleh. Mereka amat berbeza dari segi budaya, adat resam dan agama. Walaupun beragama Islam, namun ada dan budaya susah hendak dikikis. Tambahan pula guru agama dan peranan pendakwah agak berkurang. Cuma yang ada ustaz dan ustazah sekolah dan Felda.
     Oh ya, terkeluar pulak dari tajuk. Hari ini aku mengait kelapa muda. Empat biji untuk minum air kelapa muda dan 2 biji buat inti . Rasa-rasanya nak buat kuih gulung atau kuih ketayap.