Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Kasihannya!

 Tahun ini 2013, aku dapati seorang muridku ini agak istimewa. Mengapa? tengoklah kertas jawapan Bahasa Melayu ini, bagaimana nak baca?  Ini adalah kali pertama murid tahun 4 yang tidak boleh baca menulis jawapan sebegini.
  Kalau dahulu selalu aku beritahu,kalau tak tahu tulis salin sahaja soalan.  Apanak buat dengan dia ni?  Aku dah buat 2 kali pemulihan  tetapi sayangnya selalu dia ponteng sekolah.  Aku kasihan juga kepadanya sebab baru-baru kehilangan ibu . (meninggal dunia).
  Apabila diajar bukanlah teruk sangat sampai tak kenal huruf.  Dia boleh mengeja 2 suku kata, kvkv atau vkv.  Malangnya dia tidak mahu berfikir.  memang agak sukar jugalah mungkin di rumah tak membaca buku.  Akan ku jadikan ia sebagai anak angkat(Mentor dan mentee) semoga dia akan terus berminat untuk belajar. Aku berharap dapat mengajarnya sekurangnya boleh membina ayat mudah.



Thursday, March 21, 2013

MInatnya mereka!

Murid-muridku kelas hujung.  Tahukan di mana kelemahan mereka. Tulisan kurang cantik, tidak kemas dan banyak kesalahan ejaan selain membaca pun merangkak-rangkak.  Aku rasa serba -salah mengajar murid yang berbagai ragam dan kecerdasan yang berbeza.
  Kekadang mati akal dibuatnya.  Sudahlah tidak berapa pandai, banyak mulut ditambah tidak berapa rajin. Banyak kerja bertulis tidak disiapkan.  Memang perangai tak berubah, susahnya. Kerja semalam buat hari ini, kerja hari ini bila pula nak disiapkan, jadi p & p ku selalu tertangguh.
  Penggunaan pelbagai kaedah untuk menarik minat mereka bukanlah mudah.  Selain meminta mereka menyalin jawapan kerja-kerja latihan, aku  juga gunakan LCD projektor dan CD Rom Bahasa Melayu Tahun 4 .  Perisian interaktif menarik minat mereka.  Tetapi jangan terkejut, mereka ni suka menayangkan tangan-tangan di hadapan layar LCD.  Menyirap darah juga tetapi apabila mengenangkan mereka ini  ,apa nak kata mereka ini kurang pandai, tak apalah daripada mereka kurang fokus, biarlah.
  Lihatlah semoga dengan pelbagai kaedah yang ku gunakan dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran dan dapat mengubah sikap mereka sedikit demi sedikit.
  Laptop, pembesar suara, pemain cakera/ CD, LCD projektor adalah hak milik sendiri.  Hanya layar atau skrin sahaja hak milik sekolah.

                                       Kalau macam ini kan bagusnya!


               Minatnya mereka dengan soalan interaktif -soalan dengan animasinya serta bunyi.
    Wajah kelasku tahun 2013....penatnya nak menghias kelas sedangkan  biaya sendiri tanggung.  Aku tak tahu berapa kosnya...sebab beli peralatan sedikit demi sedikit.  Nampak macam senang, tetapi memakan masa untuk menghias kelas seperti mengecat, memasang langsir dan menampal bahan-bahan pembelajaran , "melaminate" dan melekatkan huruf-huruf bagi kata-kata motivasi.

Saturday, March 9, 2013

Gara-gara mengajar Karangan -UPSR?

Khamis 7/3/2013 semasa mengajar karangan, terkejut aku dengan seorang muridku ini.  Sudah 4-5 kali aku mengajar karangan.  Tetiba aku suruh mereka murid tahun 4 Jaya menulis karanganyang  bertajuk, "Aku Sebiji Bola", tiba-tiba seorang murid bertanya,"cikgu, apa itu karangan?".  Sabar sahajalah.
  Kekadang naik angin juga dengan muridku ini, sudahlah kurang pandai tetapi mulut ringan sangat.  Asyik bercakap dan kurang fokus semasa aku mengajar . Ku perhatikan begitu juga sikap mereka dengan guru-guru lain.  Kesimpulannya selama dua bulan seminggu ini bersama mereka, boleh ku katakan mereka kategori pemulihan dan teramat kurang rajin .  Mengapa aku berkata demikian kerana hampir semua kerja yang aku berikan tidak dibuatnya.  kerja semalam sambung hari ini, kerja hari ini bila pula nak disiapkan, akhirnya semua perancangan pengajaran tertangguh.
   Aku baru nak perkenalkan buku karangan ini, lain pula dipersoalkannya,"  Cikgu, itukan bukankah buku  untuk  UPSR?".  "Yalah kamu akan menghadapi UPSR tahun 6 nanti ", jawabku.  Susah betul nak fahamkan mereka.  Nasib akulah dapat murid seperti ini.

Disuruh beli buku-buku contoh karangan agar mereka boleh baca dan dapat idea supaya mudah untuk menulis karangan.  Kalau susah sangat tiru sahaja cuma ubah format karangan.

Saturday, December 15, 2012

Sawah padi - aktivitiku

  Pada masa dulu , padi ditanam dua kali setahun.  Padi pula enam bulan baru dituai. Ketika itu sekitar tahun 1960-an. Seingatku semasa aku darjah empat(1972), aku sudah mudah mengambil upah mengubah anak benih padi.  Ramai kawan sekolah sebaya denganku mengikut orang tua mengambil upah mengubah anak benih.
   Pada masa itu upahnya RM1.20 sahaja. Kerja mengubah mula pukul 2.00 petang hingga 6 .00 petang. Penat juga berendam dalam air di sawah ketika panas terik dan terpaksa berlumba dengan orang lain, kalau tidak kena marah. Aku pula main tanam sahaja, nasiblah anak benih tu hendak hidup atau mati.  Kalau mati nanti pemilik sawah akan tanam semula atau disebut 'sulap'.
   Setelah musim menuai,  pokok padi ini tinggi, maka batang padi ditinggalkan 2 ' . Pada waktu malam, belalang akan hinggap pada batang padi yang ditinggalkan ini. Kami orang Melaka dan Negeri Sembilan akan mencari belalang pada waktu malam dan menangkap seterusnya memasukkan ke dalam botol minuman seperti  sarsi.  Kami gunakan pelita untuk menyuluh belalang di sawah pada malam yang gelap itu. Paling baik menangkap belang selepas hujan kerana belalang  banyak .
  Belalang ini kami jual atau masak sendiri. Belalang ini sedap dibuat sambal atau masak lemak cili padi.  Sebelum itu dicelur dahulu dan dibuang sayap dan ketik atau kakinya.
  Kemudian kegiatan ekonomi di kampungku dah berubah,  beralih kepada pertanian komersial iaitu bertanam sayur pula.....bersambung.

Tuesday, April 3, 2012

membuat ABM -nilai nilai murni di SK Sungai Sireh

  Entah kali ke berapa aku membuat ABM mengenai  nilai-nilai murni ini, aku tak kira.  Yang pastinya, aku setiap kali mengajar Bahasa Melayu, aku pasti membuatnya.  Bukan untuk menunjuk rajin tetapi memudahkan pengajaran dan pembelajaran.
  Tetapi kali, aku rasa kertas warna yang kugunakan warnanya telalu pucat mungkin sepucat semangatku.  Entahlah malas hendak ke kedai untuk membeli kertas warna yang baru.  Tambahan pula kali ini banyak dugaannya.
  Puas kufikir  bentuk, dulu kuguna mobail baju melalui teknik lipatan, hendak kubuat bunga raya, agak sukar kerana ada stigmanya, maka bentuk paling mudah bunga yang sama seperti di SK Sahabat 4 , Sabah, yang kutinggalkan sebagai buah tangan dan tanda kenangan yang aku pernah bertugas di sekolah itu.  Semoga murid-murid yang belajar din kelas itu mendapat manfaatnya.





  Inilah hasil tanganku yang tak seberapa dan mungkinkah aku akan membuatnya lagi setiap kali aku berpindah ke sekolah baru?

Thursday, January 12, 2012

Gara-gara elektrik

  Dalam sejarah hidup semalam 11/1/1202, ketika menghuni rumah guru dua tingkat di SBPI Sabak Bernam, satu kejadian yang mungkin terpahat dalam ingatanku.
  Pada malamnya, memang dah diberi simpton-simpton atau tanda-tanda, lampu berkelip-kelip seakan-akan tak cukup bekalan elektrik.  Kemudian , apabila lampu lain dipasang, lampu ditingkat atas akan padam.   Kipas angin yang dipasang nombor satu lajunya lebih dari tiga.  Ingatkan tak ada apa-apa.
  Jam 6. 00 pagi, tiba-tiba meletup, "PoP" berbunyi dan berbau  hangit.  Rosaklah penyambung/ extension cord.  Suami pula memanggil juru elektrik di sekolah.  Dia memberitahu supaya melihat permasalahan bekalan elektrik .  Aku memberitahunya kipas angin, radio, plug komputer dah rosak mungkin arus elektrik tak dapat dikawal.  Dia pun membaikinya, entah apa yang dibuat, aku pun tak tahu.
   Ingatkan dah elok, malangnya tiba-tiba meletup lebih kuat daripada pagi tadi, TV LED yang  baru suamiku  beli berasap , berbau hangit .  Terkejut aku.  Aku  pun cepat-cepat menutup suis dan cabut plug.  Perasaan takut, cuak dan risau membelenggu diriku.  Apa tidaknya! masih lagi berbau hangit.  Takut berlaku litar pintas.  Gara-gara bekalan elektrik yang tidak dapat dikawal itu, mesin basuh, peti ais, astro, tv,  3 adapter  komputer, kipas angin, radio dan charger handphone lingkup.  Akibatnya  hampir RM3700 terpaksa dibelanjakan untuk membeli tv, peti ais, mesin basuh dan  2 adapter komputer.  Kalau tidak aku mati kutulah nak membaca berita.


  Peristiwa ini sepatutnya memberi pengajaran kepada kita , jika berlaku seperti ini sila tutup semua suis dan cabutkan plug dari suis.  Semoga pembaca dapat pengajaran daripada peristiwa ini.