Kisah ini berlaku pada zaman remaja lagi. Suamiku pada masa itu telah melanjutkan pelajarannya di Pulau Pinang. Memang dia hidup berdikari sejak dari tingkatan 1 lagi.
Ceritanya begini. Ketika hendak ke Pulau Pinang , dia terpaksa menaiki feri. Tunggu punyalah tunggu hendak naik feri Pulau Pinang, bukannyalah lama. Mana tidaknya, feri yang datang silih berganti, Feri Pulau Angsa , Feri Pulau Undan, Feri Pulau Rimau, Feri Pulau Tualang, Feri Pulau Talang-Talang dan Feri Pulau Kapas sedangkan Feri Pulau Pinang tidak kelihatan.
Agaknya dah lama sangat menungggu, maka seseoranga pun bertanya kepadanya nak ke mana. Maka orang itu pun menyuruhnya naik mana-mana feri kerana semua feri itu menuju ke Pulau Pinang. Sekiranya dia masih menunggu feri Pulau Pinang alamat tak sampailah destinasinya. Pelik bukan kerana feri Pulau Pinang memang tidak ada.
Friday, April 1, 2011
Thursday, March 31, 2011
Tragedi (KISAH 3) - Peristiwa di Feri
Sampai bila-bila , aku pasti tidak akan melupakan kisah ini. Kisah ini berlaku ketika aku melanjutkan pelajaran Sijil Khas Matematik KBSR di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahuin 1994. Aku masih lagi menyewa rumah di Kampung Paya Keladi , Seberang Perai Pulau Pinang. Ketika itu suamiku mengajar di Sekolah Menengah Dato' Onn, Butterworth.
Oleh kerana kami berempat dari seberang , kami berkongsi kereta. Tiga orang lelaki dan dua orang perempuan kawan semaktab. Masing-masing dari Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak , Johor dan Melaka. Guru lelakilah yang membawa kereta . Aku menumpang dari Butterworth kerana suamiku mengajar di sekolah itu. Aku bertolak dari rumah seawal 5.00 pagi kerana perjalanan dari rumah ke Sekolah Dato' Onn memakan masa 45 minit setelah menghantar kedua-dua anakku ke rumah pengasuh. Pukul 5.45 pagi, kami berempat mesti sampai ke pengkalan kerana feri bergerak pada pukul 6.00 pagi atau 6.30 pagi. Kuliah akan bermula pada pukul 7.30 pagi tetapi sebelum itu kami terpaksa berhimpun di padang Maktab 4P sebelum kehadiran diambil. Bagi kami yang jauh lebih kurang 25 km merasakan penat kerana terpaksa menaiki kereta dan feri untuk sampai ke maktab.
Satu hari, tak diingat tarikhnya, feri yang kami naiki terpaksa terapung di dalam laut selamat 25 minit kerana laut bergelora dan feri ketika itu berbuai-buai bagaikan diayun. Aku berasa kecut perut. Bagaimana kalau feri ini terbalik. Aku rasa, akulah yang akan lemas dahulu kerana tidak tahu berenang walaupun di dalam feri itu tersedia pelampung dan jaket keselamatan. Namun aku bersyukur kerana akhirnya feri tersebut dapat berlabuh di pengkalannya di Pulau Pinang.

Tuesday, March 22, 2011
Tragedi (KISAH 2) - Peristiwa balik kampung
Aku tidak ingat bilakah peristiwa ini berlaku. Apa yang pasti trajedi ini berlaku semasa aku dalam perjalanan balik ke kampung. Pada masa itu aku mengajar di Pulau Pinang. Aku menyewa sebuah rumah di Kampung Paya Keladi.
Memang menjadi kelazimanku akan balik ke kampung pada masa cuti sekolah. Tahu-tahu ajelah membosankan duduk di perantauan tambahan pula hati sentiasa teringat ke kampung. Semasa itu, kedua-dua anakku masih kecil dalam usia 5 dan 6 tahun. Suamiku tidak kisah, dia benarkan aku balik pada setiap cuti sekolah. Aku pun tidak kisah sama ada balik dengannya atau tanpanya. Selalunya kami anak beranak balik naik bas ekpres atau pun kereta api dari Pulau Pinang ke Melaka.
Kali ini kami menaiki bas ekpress pada pukul 10 malam . Dalam perjalanan biasanya bas ekpres itu akan singgah di Tanjung Malim bagi membolehkan penumpangnya menunaikan hajat atau makan. Setelah berhenti , maka pemandu pun bertukar. Pemandu kedua ini pun meneruskan perjalanan. Semua penumpang keletihan agaknya atau tidak kisah, masing-masing tidur termasuklah aku.
Tiba-tiba seorang lelaki menyuarakan , "Eh, bas ni berpatah balik ke Pulau Pinang stelah sejam meneruskan perjalanan". Aku terpinga-pinga. Aku sebenarnya tidak tahu perjalanan bas ini, yang pastinya pemandulah tahu. Dia asyik melihat jam. Dalam hatiku mesti dia ada mesyuarat atau perjumpaan dengan klien. Akupun terus menyuruh dia memberitahu kepada pemandu itu.
Akhirnya pemandu yang pertama tadi menegur pemandu kedua. Memang benar perjalanan berpatah balik ke utara. Mungkin pemandu kedua ini bermimpi atau berpisat. Tidak semua penumpang prihatin dan peka termasuklah aku kecuali lelaki itu. Sekiranya lelaki itu tidak ada alamat kami balik ke Pulau Pinang semula. Oleh sebab itu kami sampai agak lewat ke kampung lebih kurang sejam. Peristiwa ini sama berlaku pada tahun 2010 apabila kami berpatah balik ke LCCT setelah penerbangan hampir tiba ke destinasi Lapangan Terbang Tawau.

Tragedi (KISAH 1) -26 DISEMBER 2010
Aku, suami dan anakku yang bongsu akan berangkat balik ke Felda Sahabat. Kami telah menaiki kapal terbang Air Asia pada pukul 7.20 pagi 26 Disember 2010. Itulah penerbangan awal pagi. Setelah berlepas dan kira-kira pukul 8.50 pagi kami diberitahu bahawa ada kebakaran di Kota Kinabalu. Oleh kerana pesawat ini tidak mendapat maklumat arahan mendarat di Tawau dan kami diarahkan berpatah balik ke LCCT . Pesawat tersebut terpaksa terapung kerana hendak menghabiskan minyak sementara menunggu arahan mendarat di Lapangan Terbang KLIA. Tepat pukul 9.20 kami telahpun turun dan berehat di Balai Menunggu. Di Balai itu kami melihat ramai penumpang yang tertanya-tanya dan tersadai berehat di kerusi dan ada yang berdiri serta duduk di atas lantai kerana ketiadaan tempat duduk. Semua penerbangan ke negeri bawah bayu ini tergendala.
Berbagai gelagat manusia yang dilihat. Kami ingatkan kebakaran besar berlaku di Kota Kinabalu, rupa-rupanya kebakaran kecil , petugas-petugas di pusat kawalan itu semua panik meninggalkan radar. Penerbangan kemudian diteruskan semula. Kami menaiki pesawat itu semula pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Tawau pukul 2.30 petang. Akhirnya kami sampai ke rumah Felda Sahabat pada pukul 8.00 malam. Jauhnya perjalanan kami membosankan tetapi syukur alhamdulillah. Inilah pengalaman perjalanan yang terpaksa berpatah balik.

Pengalaman 2 (KISAH 2) -19 MAC 2011
Aku dan anakku akan balik ke Felda Sahabat setelah bercuti selama 6 hari di Melaka. Anakku yang sulung dan kawannya menghantar aku ke LCCT. Oleh kerana ibuku turut sama mengikut aku balik ke Melaka, maka kakakku terpaksa mengambilnya di LCCT.
Aku sebenarnya telah membelanjakan wang hampir RM3000 selama 6 hari itu. Aku membeli pakaian, langsir dan kain . Kain itu untukku membuat sepasang baju, 8 meter kain untuk 4 helai baju kurung buat ibuku dan sepasang baju untuk anak sulungku. Oleh kerana banyak barang yang hendak kubawa maka aku terpaksa tinggalkan kain-kain tersebut di kampung. Kain langsir kubawa tetapi beratnya nasib baik ada penimbang digital rumah, setelah dimasukkan ke dalam beg besar beratnya 19.9kg. Aku nak bawa mesin jahit tepi, buku motivasi dan kain langsir , pencuci muka Avon, rempah sauna, dan mesin akupuntur beratnya agak-agak melebihi 15 kg sedangkan kami boleh membawa 14 kg sahaja.
Maka aku kecilkan barang-barang itu buat 2 beg kecil dan 2 beg jinjing yang beratnya melbihi 7kg. Mesin jahit tepi itu ku masukkan ke dalam kotak kemudian dibawa dengan beg plastik. Aku cuak juga kerana melebihi 7kg setiap seorang. Tetapi ku kuatkan hati dan tekad membawanya ke Sabah. Setibanya aku di bahagian imigresin, pegawai itu tanya, "Apa dalam kotak itu?", aku menjawabnya, "Mesin Jahit"'. Tiba di bahagian mesin pengimbas pula tiba-tiba berbunyi pula dan mesin pengimbas tu berhenti. "Ah, dalam hatiku bertanya-tanya lepaskah mesin ini?. Maka semua orang memandang ke arahku. Malunya aku apa nak dikata. Maka pegawai itu pun mengarahkan aku membuka kotak itu. Pegawai yang lain tertanya-tanya." Apa benda tu?". Mesin basuh jawabnya., ""Ah..mesin basuh , eh. bukan mesin jahit tepi!.". " Kak, ada gunting, ya?'. Alamak, terlupa pula barang larangan itu, sebenarnya benda-benda tajam tak boleh dibawa naik dalam kapa lterbang . Pegawai itupun mengambil gunting itu. Nasib baik aku sudah pelan dan jangka, maka kuminta gunting itu dan serahkan kepada anakku, kalau tidak alamat rezeki pegawai itulah. Bukannya aku kedekut , sebenarnya hidup di Felda Sahabat amat sukar hendak ke bandar, jarak dari rumahku lebih kurang 120 km ke bandar Lahad Datu. Sudahlah begitu harga barang-barang mahal berbanding dengan Semenanjung. Kualitinya juga berbeza. Kalau seorang memandu, tambahan pula perempuan alamak tak sampailah kerana perjalanan selama 1 jam lebih, jalan raya teruk berlubang-lubang, melalui kawasan kelapa sawit, amat menakutkan kecuali ada orang lelaki. Stesen minyak dan bengkel kereta jauh kalau hendak ke bandar mesti sediakan minyak yang mencukupi dan pastikan kereta dalam keadaan yang baik, mana tahu malang tak berbau, bukan ada stesen dan bengkel kereta kecuali di tempat-tempat tertentu.

Tuesday, March 8, 2011
pertukaran 1989
Momohon pertukaran sebelum berkahwin adalah pengalaman yang pahit bagiku. Kebiasaannya borang permohonan pertukaran adalah dalam bulan Mei. Oleh kerana aku akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai, 1989, maka borang permohonan pertukaran terpaksa aku isi. Guru besarku tidak mahu menghantar borang yang telah tamat tarikh sementelah pada masa itu aku masih belum lagi bergelar isteri.
Oleh kerana desakan, aku terpaksa mengisi borang tersebut dan menghantarnya sendiri ke Jabatan Pendidikan Selangor. Sebaik sahaja melangkah ke pejabat tersebut aku mulai ragu-ragu apakah soalan yang akan ku hadapi. Sebaik sahaja aku sampai di pejabat tersebut, tersedia tiga orang pegawai . Mereka bertanya kepadaku.Aku langsung ditegurnya. Cikgu ni belum lagi melangsungkan perkahwinan dah mohon pertukaran. Cikgu tahu tak , ada yang dah berkahwin pun bercerai, inikan pula cikgu, panas telingaku mendengarnya. Aku juga ketakutan kerana ini baru bulan Mei sedangkan bulan Julai nanti adakah aku pasti akan jadi berkahwin atau sebaliknya.
Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Memandangkan air muka begitu, akhirnya pegawai tersebut pun berkata," hai datang tadi cantik-cantik dah jadi begini !." Tak apelah, borang ini akan kami terima tetapi hantar surat nikah secepat mungkin supaya dapat kami memproses permohonan pertukaran ini. Setelah aku berpindah ke Pulau Pinang, barulah aku tahu bahawa suamiku terpaksa membuat surat akuan bernikah dan pengesahan melalui ketua jabatannya.

KISAH 1985 ( SK SERI SUBANG JAYA 2)
Ketika itu baru saja mengajar di sebuah sekolah di Selangor. Kekawanku semuanya guru baru posting. Yang ku ingat nama-nama mereka Halimah, Salmah, Noreha, Jamlus, Rais , Mariam dan dua orang yang bernama Zainab. Seorang dari Melaka dan seorang lagi dari Selangor. Sekolah Sri Subang Jaya 2 nama diberi. Sekolah itu baru sahaja dibuka sama usianya dengan pangalaman kami. Ada 4 orang guru lama yang berkhidmat di sekolah itu.
Guru besar pula bernama Encik Abdul Wahab. Orang agak lembut dan baik.
Seorang guru besar yang rajin dan bertanggungjawab manakan tidak, sekolah kami tidak ada kerani, oleh itu beliau sendiri yang membuat gaji kami. Walaupunkami guru baru cukup sebulan kami dah dapat gaji. Beliau juga telah memastikan kerusi dan meja mencukupi sebelum kelas bermula.
Aku mengajar tahun 2. Seingatku peristiwa yang paling lucu ialah ketika aku mengganti kelas tahun Satu. Pada mulanya Cikgu Rais mengganti kelas itu . Seorang murid lelaki telah memohon izin keluar kerana melepaskan hajatnya. Kemudian aku pula mengganti kelas itu. Maka budak lelaki itu pun bertanya kepadaku, " Teacher, Where is the big teacher?." Dalam hatiku tersenyum sahaja. Apa pula yang akan dikatakan selepas aku keluar kelas itu kelak. Tentu dalam hatinya berkata , "Teacher, Where is the small teacher?." Memanglah cikgu yang pertama masuk ke kelasnya tadi orangnya tinggi dan berbadan besar manakala aku pula rendah dan berbadan kecil sahaja.
Kini peristiwa itu semua seudah berlalu kerana ketika ini aku dah mengajar 28 tahun. Kawan-kawanku yang dulu setakat ini sukarku jejaki kecuali Zainab bt Awang itu pun dah terputus hubungan apabila aku berpindah ke Sabah.

Subscribe to:
Posts (Atom)