Thursday, November 24, 2011
CIKGU AYU | Himpunan Kisah-Kisah Teladan: CIRI-CIRI MEMBAWA KEPAPAAN
CIKGU AYU | Himpunan Kisah-Kisah Teladan: CIRI-CIRI MEMBAWA KEPAPAAN: ciri-ciri yang membawa kepada kepapaan :
Wednesday, November 23, 2011
Cabaran hidup di Sabah -( 2)
Seminggu sahaja aku di sini, berderai air mataku apabila anak keduaku Nur Syarafina kemalangan motosikal. Nasib baik tak cedera teruk. Cuma bekas atau parut mencacatkan sedikit tangan dan kulit kakinya.
Tanggal 26 November 2010 pula ayah mertuaku meninggal dunia. Arwah juga kemalangan motosikal. Rumahku menjadi tumpuan dan berkumpulnya saudara-mara sebelah suamiku. Nasib baik aku ada di rumah. Kalau tidak sukar juga untuk mengurus hal-hal pengebumian dan sebagainya. Suamiku balik 2 hari selepas itu. Maklumlah jauh dan kalau ada kematian memang tak sempat melihat kali terakhir.
Tanggal 30 Jun 2011pula, pemergian ibu mertuaku. Memang arwah agak kecewa dan terkilan kerana tidak sempat meminta maaf pada saat akhir kerana bapa mertuaku sesak nafas, panggil ambulans , nafas terhenti sebelum sampai ke hospital. Ibu mertuaku menyesal agaknya. Lama juga dia termenung 2 hingga 3 hari semasa tinggal di rumahku cuti bulan November 2010 itu.
Oleh kerana kami tiada di rumah, urusan pengebumian dijalankan di rumah anak saudara arwah kerana kawasan perkuburan berhampiran. Kenduri dan tahlil juga diadakan di situ. Syukur ,alhamdulillah segala-galanya selamat dan kami juga tak sempat melihat wajahnya kali terakhir. Nasib baik suamiku sempat berjumpa ibunya bulan lima semasa mesyuarat di Port Dickson.
Jarak Melaka dengan Sabah dipisahkan laut China Selatan memakan belanja yang agak tinggi , sekali terbang , melayang-layang terbang atau koyak duit saku. Semakin jauh, semakin tebal duit kalau disusun terbang melayang. Tiada maknanya dapat elaun/bayaran insentif wilayah dan elaun perumahan wilayah, kalau tinggal jauh dari bandar dan barang-barang makanan serta kos hidup tinggi.

Cabaran hidup di Sabah -( 1)
Hadirku tidak dipinta, datangku tak dijemput. Oleh itu ku bermohon kepada-Mu ya Illahi, Tuhan yang Maha Kaya, Agung, dan segala-galanya. Permudahkanlah urusan perpindahanku ini.
Kembali ke semenanjung adalah doaku sehari-hari. Bayangkanlah dua minggu hadir suamiku di sini dan kena darah tinggi. macam mana tak tention ,barang-barang tak ada, yang ada hanya tilam bujang itupun diberi pinjam jiran sebelah, dan sebeg pakaian . Barang-barang peralatan rumah sampai dua bulan kemudian.
Pertengahan bulan Mac pula kena ghouts sebab jiran jamu makan seafood. Dia jenis tak mahu kecilkan hati tuan rumah. Aku pula pada masa itu sibuk dengan persiapan untuk urusan perpindahan sekolah anak bongsuku, pencerapan Nazir dan kemas barang-barang di sekolah.
Hendak tinggalkan rumah juga kena fikir. Tinggalkan anak dara tentulah panjang akalku tambahan pula rumahku agak terpencil. Jiran sebelah Pak Imam dan isterinya sahaja. Lagi kecut perutku kalau apa-apa terjadi kepada mereka.
Oleh itu, aku siapkan pintu pagar automatik, ganti grill depan sliding door, ganti dua pintu bilik air dan menambah bilik belakang agar mudah ditempatkan mesin basuh dan tempat menyidai pakaian. Semuaku lakukan sendiri, kerana suamiku hanya mengadap dan setia serta patuh arahan pekerjaan. Kekadang kecil hatiku, kalau tanya pendapatnya mengenai rumah. Oleh itu pandai-pandailah aku menguruskannya.
Aku berharap dengan adanya pintu automatik itu dan alat penggera yang rosak telah dibaiki malah ditambah satu loceng di belakang rumah keselamatan akan terjamin. Itu sahaja yang boleh ku lakukan untuk keselamatan anak-anakku. Siapakah ibu bapa yang tidak risau dengan keadaan demikian?. Hanya kepada Allah sahaja ku sandarkan , ku pohon keselamatan dan lindungan-Nya.

Pelik tak?
Lihat gambar ini? Cuba perhatikan. Apa yang pelik?
Pokok betik ini tumbuh di belakang rumah sewaku. Tetapi adakah orang tanam betik di dalam longkang. Betik ini tumbuh sendiri. Tetapi bagaimana?
Pokok ini tumbuh dicelah lubang simen longkang itu. Tak lama lagi berbuahlah pokok ini. Selamat tinggal pokok betik.

Air Kelapa Muda
Buah kelapa yang telah dikopek dan diambil isinya.
Isi dan air kelapa muda sesuai untuk penawar dan ubat.
Galah yang kuguna untuk mengait buah kelapa
Pokok kelapa di hadapan sewaku berbuah lagi. Lebat sungguh buahnya. Dahulu bebudak di sini sibuk nak minta petik atau panjat buahnya. Kalau dengar suaraku, tentu mereka cabut lari.
Isi dan air kelapa muda sesuai untuk penawar dan ubat.
Galah yang kuguna untuk mengait buah kelapa
isi dan air kelapa yang siap untuk diminum
Aku teringat kata-kata seorang dari rakanku, jangan sesekali beri kebenaran , kalau kita beri bermaksud terpakai seumur hidup. Bercerita tentang masyarakat di sini , bermacam-macam gaya dan gelagat yang ku peroleh. Mereka amat berbeza dari segi budaya, adat resam dan agama. Walaupun beragama Islam, namun ada dan budaya susah hendak dikikis. Tambahan pula guru agama dan peranan pendakwah agak berkurang. Cuma yang ada ustaz dan ustazah sekolah dan Felda.
Oh ya, terkeluar pulak dari tajuk. Hari ini aku mengait kelapa muda. Empat biji untuk minum air kelapa muda dan 2 biji buat inti . Rasa-rasanya nak buat kuih gulung atau kuih ketayap.
rumah sewaku di Felda Sahabat
Aku mula tinggal di sini mulai 16 April 2010, ku jejak kaki ke rumah ini rasa-rasa petang pukul 5.30 petang, Jauhnya perjalanannya, pepagi naik kapal terbang 8.20 sampai di Tawau pukul 1130 pagi.
Perjalanan sejauh 270km membuatkan aku mengantuk. Terlentok-lentok kepalaku, kekadang walaupun pakai tali pinggang tetapi tersengguk-sengguk hinggakan suamiku yang memandu kereta menahan dengan tangan kirinya agar badanku tak terus terlentok. Aku tabik kepadanya boleh memandu sejauh itu pergi dan balik.
Aku singgah di bandar Lahad datu untuk makan dan cari kasut. Maklumlah kasutku hanya sepasang sahaja. Puas ku baik bangunan Milimewa , masuk kedai dari satu kedai ke kedai yang lain. Susahnya hendak cari kedai kasut Bata. Akhirnya ku beli juga kasut walaupun tidak berapa berkenan,
Oh, ya anakku tetiba sahaja bertanya kepada ayahnya, "Jauh lagi sampai?. Jawab suamiku , lambat lagi. Kenapa? .Nak buang air besar, katanya. Kenapa tak beritahu awal-awal?. Maka kami pun berhenti di Petronas .
Kemudian kami meneruskan perjalanan. Perjalanan sarat dengan ladang kelapa sawit, hutan simpan Madai dan kelapa sawit lagi. Kemudian bandar dan melalui kepala sawit di samping jalan yang berliku-liku dan berlubang-lubang.
Aku memang terlalu penat sebab kemas rumah di Melaka, singgah di Kuala Lumpur. Malam itu juga terkenang rumah,balik semula. Agak-agak pukul 12.00 balik semula ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur agak mudah kerana anak buahku anak menghantar aku dahulu.
Jalan masuk ke rumahku, Jalan Halia E26B
Pandangan ke jalan hadapan lagi.
Pandangan rumah sebelah, berkembar dua-dua.
Pokok kelapa din hadapan rumah sewaku
di belakang rumahku
kawasan tanah lapang yang dijadikan padang bola sepak
Inilah rumah sewaku di felda Sahabat, jauhnya dari Bandar Lahad datu lebih kurang 120 km . Kalau pergi bandar tengah hari tak sempat nak beli-belah. Perjalanan sahaja 1 1/2 jam . Kalau nak beli-belah betul-betul kena plan , kalau tidak hampeh.

Tuesday, November 22, 2011
tragedi Tahun 2000 - SKPK
Pada tahun 2000, aku mengajar murid-murid tahun 3. Aku guru kelas, almaklumlah 2 tahun menginap di kelas itu. Padaku bangunan lama dua tingkat yang menempatkan murid-murid di situ, padaku tidak sesuai. Banyak kali aku mengutarakan rasa tidak puas hati.
Pertama, lantainya sudah reput, almaklumlah bangunan kayu, entah berapa usianya aku tak ambil tahu. Aku memaklumkan perkara ini kepada guru besar dan pentadbir. Tambahan pula kelas ini banyak burung yang suka hinggap, jadi tahu-tahulah tahinya kan banyak, boleh dikatakan tempat sarang burung merpati. Kata orang tahinya bahaya, boleh penyebab kanser.
Kekadang sedang kita mengajar , seekor burung masuk ke dalam bilik darjah, pada masa itu kipas angin berputar, maka terputarlah kepala burung merpati itu. Apalagi menyembur darah keluar. Murid-murid tahun 3, tahu menjerit sahaja. Tambahan pula kalau cuaca panas, kelas itulah yang terhangat.
Nak jadikan cerita, suatu hari sedang Cikgu Johari mengajar matematik, tetiba seorang murid perempuan, Siti Marziah terperosok kakinya ke lantai yang reput itu. Apalagi terjeritlah dia.
Aku guru kelas buat tak tahu. Maka Cikgu Johari pun mengeluarkan kenyataan, "Tulah tak percaya Cikgu Kalsom cakap!" . Kini terpulanglah kepada pentadbir, baru hendak bertindak. Sejak hari itu, JKR datang dan memeriksa. Kami pindah kelas lain. Cuti sekolah lantai tersebut diganti.
gambar hiasan sahaja...burung merpati

Subscribe to:
Posts (Atom)