Saturday, December 3, 2011

Tinggal kenangan- sekolahku 1985-2011

Ada sesiapa bekas murid atau guru yang ingin menjejak kasih.  Bahawasanya jika kita ditakdirkan pada masa dan ketika ini, sila layarilah blog saya.  Bukan minta simpati tetapi sekadar setitis ingatan.
  1985-1989 Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya 2, Selangor
  1989-1990  Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal, P.Pinang
  1990-1992  Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, P. Pinang
  1992-2001  Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, P.Pinang
   2002-Mac- Sek. Keb Lendu, Alor Gajah,Melaka
   2002-April 2010 Sekolah Kebangsaan Dato' Naning, Melaka
   2010-31 Jan 2012  Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 , Lahad Datu Sabah.
Segala-galanya telah jadi sejarah semalam. Semoga segala kenangan indah akan menjadi ingatan sepanjang zaman.

Basikal besi putih

 Ingatkan senang membeli basikal dari besi putih rupa-rupanya tidak.  Kata tauke kedai itu, basikal ini dijamin tak berkarat.  Anakku suka akan basikal ini.  Katanya, boleh kayuh petang-petang di tepi laut pantai Felda Sahabat.
   Kini segala-galanya dah berlalu.  Aku masih teringat kata-katanya dulu, "Mak, anjing itu kejar oranglah". Alahai penakutnya.  Baling sahaja anjing itu dengan batu larilah dia.

  Basikal itu kuguna untuk mengajar anak bongsuku.  Aku paksa dia mengayuh basikal.  Nak tergelak pun ada.  Susah sangat hendak belajar mengayuh basikal.  Akhirnya berjaya juga dia, malangnya baru sekali pergi ke kedai, balik tolak basikal.  Basikal dah rosak katanya.  Mengapa? rupa-rupanya sepit  udang dah bengkok.  Akhirnya  basikal itu tidak dapat digunakan kerana tidak ada sparepart, nak betulkan kat sini kena tunggu dua tiga bulan order dari Kuala Lumpur.  Akhirnya basikal itu jadi gajah putih.  Nanti balik di Semenanjung baru boleh kubetulkan.

Ikan segar

 Ada sesiapa yang pernah beli  ikan macam ini.  Uniknya ikan satu tali, 12 ekor ikan kembong.  Masih ada lagi tradisi menjual ikan secara ini.  Mereka menjual dari rumah ke rumah.  Ku perhatikan mereka.  Timbul rasa kasihan.  Mereka berkaki ayam.
   Dari segi pakaian macam biasalah orang yang tinggal di tepi laut.  Beginilah ikan yang kami beli .  Harganya RM 5.00.  Teringat dulu pergi ke Penaga, di Pu;lau Pinang harga sepinggan ikan RM`1.00, tahun 1990-an.  Masa itu ikan murah.  Seronok tinggal di Pulau Pinang, kata orang tentang makanan umpama "Syurga dunia".

Thursday, December 1, 2011

Lempeng dan Cucur Udang

  Tinggal 10 hari lagi , kami akan berangkat pulang ke Melaka.  Inilah tiket percuma yang kami gunakan.  Kemalangan yang ku kalui meninggalkan kesan yang amat mendalam.  Kereta sudah sebulan duduk di bengkel.  Entah bila siap malas aku nak menelefonnya.  3 kali pergi menjengoknya tetapi masih pada takuk lama.
   Nak cerita , hari ini aku buat lempeng orang kaya,  Apa tidaknya, tepung gandum dah habis, jadi aku gunalah tepung kek .  Lempeng ini kena pandai buat.  Kalau bancuhan tepung terlalu cair, lempengnya melekit, nanti jadi roti lembik.  Kalau pekat pula, lempeng tebal.  Ada orang suka makan lempeng garing.  Aku biasanya buat   yang tidak tebal dan tidak terlalu nipis macam capati.
  Lempeng sedap dimakan semasa panas dan dicicah dengan kari atau lauk ikan.  Biasanya kami makan cicah lauk ikan tenggiri  asam pedas atau kari ayam ataupun sambal ikan, udang atau bilis.





  Masih ada lagi tepung kek ini, hari ni 2/12 aku gunakan tepung ni buat cucur udang pula dicampur dengan tepung gandum.  Kucampurkan udang kering yang ditumbuk, daun bawang, daun sup, garam  dan sedikit bikarbonate soda.  Pencicahnya pula sambal ikan.  Ikan di Sabah ni sedap kerana ikan-ikannya masih segar. Sedapnya apabila dimakan panas-panas.  Anak bongsuku selalu tanya ,"Mak bubuh apa ikan ni?, sedap.

Wednesday, November 30, 2011

Masa mengubah segalanya

    Allah telah menentukan sesuatu itu dengan penuh hikmah-NYa.  Aku begitu buntu,  Aku fikir apakah dosaku ini?  Berdosakan aku mencari jawapan atas segala kejadian.
    Adakahperistiwa ini  menguji kesabaran dan keimananku.  Entahlah Dia sahaja yang mengetahuinya.  Semasa mula-mula membeli kereta Vios ini dalam hatiku adalah untuk memudahkan urusanku, tambahan pula aku memang memerlukannya untuk ke sekolah, ke kelas tambahan dan sebagainya.
  Ku renungi dan tafsir apakah hikmahnya, apakah kesalahanku dan dosaku?. Aku tidak sangka masa begitu cepat merubahnya.  Sejak kemalangan itu dan berita perpindahan ini amat menguji keimananku.  Berbagai dugaan yang berlaku dan berbagai cabaran terpaksa ditempuhi.
  Tengoklah sejak 25/10 sudah sebulan lebih kereta ini duduk di bengkel.  Sedetik sahaja telah merubah keadaannya.  Dari sebuah kereta menjadi rangka sahaja.  Inilah perkembangannya pada 30/11/2011. Aku telah pergi 6 kali, tanda tangan, jumpa bos, ke Urus Setia Lahad Datu, untuk memberi persetujuan kereta itu diganti bumbung dan ada perubahan sedikit pada  struktur kereta itu. Sekarang ini tengah tunggu pesanan alat gantian dari Thailand pula .Terbengkalai lagi. Terpaksa pula diperiksa Puspakom , macam lambat lagi .  Semoga Allah memberikan aku kesabaran dalam menunggu pelbagai cabaran hingga semua urusan selesai.
                             Kemalangan 2 km lagi tiba ke pekan  Cenderawasih.
         Kereta berpusing ke arah bertentangan , terlanggar tiang telefon dan termasuk ke dalam parit.
     Cermin belakang pecah, bumbung kemek, pintu belakang kemek,bumper depan pecah dan lain-lain yg tidak diketahui.






 Gambar ini akan jadi kenangan seumur hidupku.   Kemalangan ini akan terpahat dalam hatiku semoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hidup ini.
  Aku terpaksa balik ke Semenanjung sebelum sempat kereta ini siap.  terpaksa buat surat lagi dan meminta pertolongan orang lain dalam menguruskan hal ini.  Apa-apa pun aku seharusnya lebih berhati-hati pada tahun 2012 /1433 H ini.

Tuesday, November 29, 2011

Panorama di bandar Lahad Datu

 Bandar Lahad Datu adalah bandar yang paling hampir dengan Felda Sahabat.
Bandar ini telah pesat membangun.  Hampir dua tahun di sini, terdapat beberapa bangunan yang akan menarik ramai lagi penduduk datang berhijrah atau menjadi pemustautin di sini.
    Baru-baru ini kompleks beli-belah Servay dan  hotel telah dibina di Taman Seri Perdana .Bnnyak lagi taman perumahan, balai polis baru dan Jaya Jusco yang akan dibina di tepi laut. Apa yang kulihat di sini, orang  kaya semakin kaya, orang miskin akan lebih miskin.  Perbezaan dari segi ekonomi amat ketara.  Kasihan kepada penduduk-penduduk yang di pedalaman, kos hidup  amat tinggi.  Harga rumah di sini berlipat ganda berbanding di Semenanjung kecuali kalau kahwin dengan orang kaya Sabah, barulah selesa.  Kalau tiidak sengsara bha.
   Apa-apa pun sebenarnya kita mestilah berusaha, kalau dapat kahwin dengan orang kaya pun belum tentu kaya kecuali  dia dah wasiatkan semua hartanya kepada kita.   Itu hakikat kehidupan. Kita mestilah berusaha sendiri untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.
  Lihatlah panorama bandar Lahad Datu yang terletak di pinggir laut.






                                     Pasar ikan dan pondok guna sama
                                  di hadapan pasar di tepi laut
                                        Pemandangan rumah di tepi laut.

Unik

  Dalam perjalanan balik dari Pantai Kahapan pada 28 November semalam, kami terlihatlah beberapa panorama.

   Antaranya adalah gambar lori ini.   Ada sesiapa boleh kritik membina sahaja. lori yang sepatutnya tidak boleh dipandu di jalan raya kerana terlalu buruk, berkarat, tak ada plate/ nombor pendaftaran dan rasa-rasanya macam nak terbarai sahaja...tengok tu...berlubang-lubang badan  lori ni.  Di Sabah ini tidak ada penguatkuasa yang melilau kalau ada tentu dah kena saman.....