Bandar Lahad Datu adalah bandar yang paling hampir dengan Felda Sahabat.
Bandar ini telah pesat membangun. Hampir dua tahun di sini, terdapat beberapa bangunan yang akan menarik ramai lagi penduduk datang berhijrah atau menjadi pemustautin di sini.
Baru-baru ini kompleks beli-belah Servay dan hotel telah dibina di Taman Seri Perdana .Bnnyak lagi taman perumahan, balai polis baru dan Jaya Jusco yang akan dibina di tepi laut. Apa yang kulihat di sini, orang kaya semakin kaya, orang miskin akan lebih miskin. Perbezaan dari segi ekonomi amat ketara. Kasihan kepada penduduk-penduduk yang di pedalaman, kos hidup amat tinggi. Harga rumah di sini berlipat ganda berbanding di Semenanjung kecuali kalau kahwin dengan orang kaya Sabah, barulah selesa. Kalau tiidak sengsara bha.
Apa-apa pun sebenarnya kita mestilah berusaha, kalau dapat kahwin dengan orang kaya pun belum tentu kaya kecuali dia dah wasiatkan semua hartanya kepada kita. Itu hakikat kehidupan. Kita mestilah berusaha sendiri untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.
Lihatlah panorama bandar Lahad Datu yang terletak di pinggir laut.
Pasar ikan dan pondok guna sama
di hadapan pasar di tepi laut
Pemandangan rumah di tepi laut.
No comments:
Post a Comment