Cuti bermula 23/3 -31/3/2013 selama seminggu. Bermula cuti sibuk dengan majlis pertunangan anak buahku di Kuala Lumpur. Berjumpa saudara-mara adalah peluang dan kesempatan yang sungguh bererti.
24/3/2013 setelah selesai majlis , betolak balik ke sabak Bernam. Operasi membasuh pakaian, mengemop lantai dan bersiap pulang ke kampung. Pukul 3.30 petang 25/3/2013 , dari SBPI Sabak Bernam memandu kereta bersama ibu dan anak bongsuku menuju ke Melaka. Sampai di Melaka pukul 7.45 malam.
26/03/2013 melawat sepupu yang bersalin anak keenam di rumah sewanya di Cheng. Bertemu dan berbual-bual adalah rutin apabila lama sudah tidak bertemu. Bercerita pengalaman melahirkan anak tatkala usia 40 tahun adalah berisiko terutama kewujudan darah tinggi kerana sebelum ini dia tidak ada penyakit itu. Anaknya pula terlebih hari, 9 bulan 2 minggu.
27/03/2013 menziarahi biras pula di Hospital Besar Melaka. Dia dibedah kerana sakit kanser usus. Pertama kali dibedah di Hospital Putra , sebanyak RM30,000 terpaksa dibayar, malangnya doktor tidak boleh berbuat apa-apa seperti sekadar membelah perut ikan, kemudian jahit semula.
Pembedahan tersebut dibuka semula untuk melihat ketumbuhan tersebutdi Hospital Besar Melaka. Doktor mendapat ketumbuhan itu sebesar bola rugbi berhampiran dekat pembuluh darah dan di sebelah luar usus juga ada. Kali ketiga pembedahan memakan masa dari pukul 2.00 petang hingga 9.00 malam. Darah perlu dimasukkan 6 pain. Itu yang ku dengar daripada suamiku. Dia belum sedar sepenuhnya pada hari Sabtu sejak pembedahan pada hari Jumaat. Semoga Allah melindungi-Nya dan cepat sembuh. Dengar kata, terpaksa dibedah semula kerana ketumbuhan kecil di luar usus tetapi tidak tahu bila.
30/3/2013 bertolak balik ke Sabak Bernam, singgah di Kuala Lumpur hantar ibuku, kemudian ke Shah Alam menghantar GPS kepada anakku. Syukurlah selamat sampai ke Sabak Bernam pukul 8.40 malam.
31/3/2012 mengemas rumah , memasak dan mengisi borang isytihar harta sambil menonton televisyen.
Esok, 1/4/2013 pastinya memandu lagi ke sekolah ....hehehe . Semga Allah memberikan aku kesihatan yang baik demi melaksanakan tugas yang sedia menanti....aamiin.
Sunday, March 31, 2013
Thursday, March 28, 2013
seharian bertangas nampaknya!
Setelah dua hari , akhirnya aku mengumpul semangat untuk mengemas dedaun kering di sekeliling rumahku. Inilah rutin cuti sekolah.
Selain bersemut, dah dispray ubat semut di sekeliling rumah, kini dedaun pula mengganggu . Sudahlah jiran sebelah rumahku membuang sampah pokok ubinya di kebunku, sakit mataku. Namun apa dayaku! Pak Imam gelarannya!, mahu ku maki sumpah seranah, namun orang kampung katakan. Simpan sahaja kemarahanku, semoga Allah membalasnya.
Pagi tadi menyapu daun kering halaman di sebelah kanan rumahku, petang ni halaman di sebelah kiri pula. Dedaun pokok jambu dan pokok kelapa dah banyak yang kering dan bertaburan. Sedang aku menyapu pula , hujan hendak turun. Sempat menarik pelepah kelapa kering dan membakarnya manakala dedaun jambu menyapu sebahagian sahaja. Hujan dah turun. Terpaksalah berhenti. Kira-kira bertangaslah aku hari ini, menyimbah peluh dek menyapu daun dan bertangas terkena bahang api yang membakar daun.
menyapu dedaun kering pokok mangga sebelah pagi dan membakarnya
sebelah petang pula halaman di sebelah kiri rumahku, jambu madu ini manis buahnya sayang sekali suka diserang ulat.

hujan dah turun terpaksa berhenti.
Wednesday, March 27, 2013
Menyirap Darahku.
Selalunya cuti sekolah aku balik kampung jenguk rumah dan tanah sekangkang kera. Di belakang rumah ku tanam pokok buah-buahan. Adalah sepokok dua, rambutan, cempedak, pulasan, mata kucing, durian dan mangga. Pokok manggaku ini tidak berbuah. Jadi , kepada penyewa tanah ku harapkan ditebang sahaja.
Tetapi kali ini berlainan pula. Kalau dahulu , pokok petaiku disodoknya, kali ini pokok cempedakku pula. Menyirap darahku! tengok pula ni, setelah jadi padang, ada pula lembu dilepaskan dalam kebun. Dahulu , aku ada juga membela kerbau, tetapi tidaklah kerbauku merempat makan rumput di kebun orang. Tuan lembu pun macam lembu!.
Kalau anda bagaimana? Inilah manusia cakap tak serupa bikin. Kekadang hendak kudoakan sahaja yang buruk-buruk kepada penyewa tetapi aku manusia biasa, tanah ini milik Allah, aku hanya pemilik sementara. Memang tanah ini banyak rahsianya...

Sayang pokok cempedakku berbuah lebat, isinya tebal dan rapat. Rasanya pula manis.
Aku ibarat kiambang di air
Aku ibarat kiambang di air, akar tak jejak ke tanah dan terapung di air. Mengapa? Semuanya ini gara-gara mencari rezeki dan ,mungkin telah ditakdirkan.
Hidup umpama dilambung ombak. Kalau dulu hidup dalam kemiskinan. Rumah kayu peninggalan ayah semakin usang. Kemudian rumah kayu arwah bapa saudara ditukarkan dengan mesin jahit dan basikal, mungkin kasihan kepada kakaknya (ibuku) dan anak-anak yatim (aku dan adik -beradik) maka dibenarkan kami mendiami rumahnya. Tambahan pula bapa saudaraku tinggal di felda Gemas dan berjaya membina kehidupan di situ.
Kini , aku mendirikan rumah batu di tanah pusaka ayahku. Namun aku perantau. Baru mendiami 8 tahun, bertugas di Sabah 2 tahun , kini di Selangor.
Bagaimana dengan rumahku sendiri di Melaka? Dua orang anak masih menuntut di UiTM dan seorang masih lagi sekolah, semuanya di Selangor, walaupun berlainan daerah. Mungkin takdir juga berkumpul di Selangor.
Aku tidak kisah kalau tinggal di Selangor tetapi yang bermasalah aku umpama kiambang. Di mana kariahku ? Aku tinggal menyewa di Sabak Bernam,mengajar di Sungai Sireh, Tanjung Karang manakala rumahku sendiri di Melaka ditinggalkan. Tiga tempat yang berlainan, aku semakin jadi terasing. Entah bila dapat kudiami rumah sendiri atau dengan kata lain tempat lahirku. Kekadang rumahku umpama kera di hutan disusui anak di pangkuan kebuluran... rumah sewa dijaga, rumah sendiri berkaparan...dengan pokok bunga mati kelayuan dan yang sakitnya telingaku apabila kedengaran suara -suara rumahku tidak berseri lagi.

Monday, March 25, 2013
Majlis Pertunangan dan Perkahwinan
Pertunangan adalah hari yang dinantikan oleh seorang perempuan kerana dengan termeterai perjanjian antara dua pihak lelaki dan perempuan yang akan mendirikan masjid. Memang fitrah manusia hidup berpasangan yang dituntut oleh Islam dengan ikatan pernikah.an.
Semoga ikatan pertunangan akan disusuli dengan ikatan perkahwinan. Majlis pertunangan sekarang ini sudah berubah . Majlis ini seakan-akan majlis pernikahan pula kerana 'package nak andam' .
Perbelanjaan majlis pertunangan pun memakan belanja yang banyak. Apalagi majlis perkahwinan. Diharap kita tidak membazirkan wang untuk majlis yang semakin 'grand' sekarang ini. Kalau zaman dahulu, masyarakat Melayu akan bergotong-royong memasak untuk menyediakan lauk-pauk untuk sesuatu majlis. Tetapi sekarang ini katering, khemah, mak andam dan pelamin serta fotografi adalah set lengkap dalam suatu majlis perkahwinan yang memakan belanja puluhan ribu ringgit. Semakin besar majlis semakin banyak dapat pujian tetapi semakin sakit keluarga pengantin menanggungnya kecuali orang-orang berada. Tambahan pula hantaran perkahwinan semakin mahal kekadang mengikut taraf pendidikan atau perasaan ingin berlumba-lumba dan bangga dengan hantaran yang tinggi.
Dengan adanya majlis seperti ini berkumpullah saudara-mara
Majlis perundingan antara pihak perempuan dan pihak lelaki
Pelamin untuk majlis pertunangan
khemah untuk jamuan makan
ahli keluarga sempat merakam gambar
Semoga kita tergolong dalam golongan bukan membazir seperti datuk nenek kita yang terpaksa bergolok gadai menjual tanah ketika hendak mengadakan majlis perkahwinan.
Seperkara lagi, majlis sekarang ini kurang dilakukan di rumah. Kebanyakan majlis dibuat di dewan atau di hotel-hotel atau tempat tertentu yang 'grand'.
Oleh itu marilah kita renung-renungkanlah.

Friday, March 22, 2013
Kasihannya!
Tahun ini 2013, aku dapati seorang muridku ini agak istimewa. Mengapa? tengoklah kertas jawapan Bahasa Melayu ini, bagaimana nak baca? Ini adalah kali pertama murid tahun 4 yang tidak boleh baca menulis jawapan sebegini.
Kalau dahulu selalu aku beritahu,kalau tak tahu tulis salin sahaja soalan. Apanak buat dengan dia ni? Aku dah buat 2 kali pemulihan tetapi sayangnya selalu dia ponteng sekolah. Aku kasihan juga kepadanya sebab baru-baru kehilangan ibu . (meninggal dunia).
Apabila diajar bukanlah teruk sangat sampai tak kenal huruf. Dia boleh mengeja 2 suku kata, kvkv atau vkv. Malangnya dia tidak mahu berfikir. memang agak sukar jugalah mungkin di rumah tak membaca buku. Akan ku jadikan ia sebagai anak angkat(Mentor dan mentee) semoga dia akan terus berminat untuk belajar. Aku berharap dapat mengajarnya sekurangnya boleh membina ayat mudah.

Thursday, March 21, 2013
MInatnya mereka!
Murid-muridku kelas hujung. Tahukan di mana kelemahan mereka. Tulisan kurang cantik, tidak kemas dan banyak kesalahan ejaan selain membaca pun merangkak-rangkak. Aku rasa serba -salah mengajar murid yang berbagai ragam dan kecerdasan yang berbeza.
Kekadang mati akal dibuatnya. Sudahlah tidak berapa pandai, banyak mulut ditambah tidak berapa rajin. Banyak kerja bertulis tidak disiapkan. Memang perangai tak berubah, susahnya. Kerja semalam buat hari ini, kerja hari ini bila pula nak disiapkan, jadi p & p ku selalu tertangguh.
Penggunaan pelbagai kaedah untuk menarik minat mereka bukanlah mudah. Selain meminta mereka menyalin jawapan kerja-kerja latihan, aku juga gunakan LCD projektor dan CD Rom Bahasa Melayu Tahun 4 . Perisian interaktif menarik minat mereka. Tetapi jangan terkejut, mereka ni suka menayangkan tangan-tangan di hadapan layar LCD. Menyirap darah juga tetapi apabila mengenangkan mereka ini ,apa nak kata mereka ini kurang pandai, tak apalah daripada mereka kurang fokus, biarlah.
Lihatlah semoga dengan pelbagai kaedah yang ku gunakan dapat menarik minat mereka terhadap pembelajaran dan dapat mengubah sikap mereka sedikit demi sedikit.
Laptop, pembesar suara, pemain cakera/ CD, LCD projektor adalah hak milik sendiri. Hanya layar atau skrin sahaja hak milik sekolah.
Kalau macam ini kan bagusnya!
Minatnya mereka dengan soalan interaktif -soalan dengan animasinya serta bunyi.
Wajah kelasku tahun 2013....penatnya nak menghias kelas sedangkan biaya sendiri tanggung. Aku tak tahu berapa kosnya...sebab beli peralatan sedikit demi sedikit. Nampak macam senang, tetapi memakan masa untuk menghias kelas seperti mengecat, memasang langsir dan menampal bahan-bahan pembelajaran , "melaminate" dan melekatkan huruf-huruf bagi kata-kata motivasi.

Subscribe to:
Posts (Atom)