Kelas tambahan hari ini hanya 7 orang sahaja yang hadir. 7 orang lagi dah hilang. Walaupun guru berkorban mengadakan kelas tambahan namun murid ku tidak ada kesedaran untuk belajar. Dalam pada meneruskan pengajaran dan pembelajaran , adalah dua orang muridku membawa telefon bimbit. Yang seorang itu pandai menyembunyikan dan matikan taliannya atau perkhidmatan.
Malangnya yang seorang ini bermain telefon dan ada panggilan. Membawa telefon ke sekolah adalah dilarang. Bukankan dengan adanya panggilan tersebut mengganggu pembelajaran. Memang ku perhatikan hanya beberapa orang muridku yang serius terhadap pembelajaran. Kalau diperhatikan memang zero dan tidak ada persediaan untuk belajar.
Berbalik kepada muridku seorang ini. Aku rampas telefon tersebut dan menyimpannya di dalam beg tanganku. Sedang mengajar, aku sibuk menyemak hasil kerja mereka. Aku terlupa hendak menutup beg tanganku sementelah ku duduk jauh dan dekat dengan murid, kononnya berkat mengajar murid berdekatan dengan guru.
Tetapi aku kecewa. Masuk masa kedua selepas rehat ku dapati murid tersebut dah hilang, ponteng kelas waktu kedua. Aku pun teringat akan telefon bimbit yang kurampas. Memang sah dan berani betul dia! Dia ambil telefon tanpa memberitahuku. Aku tanya bila dia ambil telefon tersebut, Ada muridku nampak dia menghampiri beg tanganku. Geram sungguh aku kepadanya. Berani betul, tak menghormati barang guru. Aku takut aku kehilngan wang atau barang-barang lain. Dia hanya ambil telefonnya sahaja.
Sakit hatiku dengan sikapnya itu, Memang dasar kurang ajar! Aku pun pelik mengapa murid-murid sekarang begitu kurang ajar. Semakin banyak sekolah dan semakin lama mengajar hampir 30 tahun semakin pelik-pelik kujumpa. Entahlah , zaman sekarang murid tak boleh terima kesalahan diri sendiri..biarkanlah suatu hari nanti Allah akan beri balasan kepadanya.
Hari ini 3/6/2014 murid tersebut tidak hadir ke kelas tambahan dan teknik menjawab . Mungkin dia takut aku memberitahu kepada guru disiplin dan GPK HEM.. Nasib kamulah , kamu sendiri yang pilih jalan sama ada jalan lurus atau jalan yang berbengkang-bengkok.
ReplyDelete