Harga tiket RM38 dewasa , kanak-kanak bawah 4-18 tahun RM22 seorang , warga emas 60 tahun RM22 dan kanak-kanak bawah umur 4 tahun adalah percuma.. Oleh kerana ingin mengalami pengalaman bagaimana kenderaan ini bergerak di atas jalan raya dan di dalam air , kami pun membeli tiket.. Tepat pukul 12.45 tengah hari kami menaiki kenderaan tersebut.
Perjalanan di jalan raya agak lambat dan perlahan sekali terutama apabila kenderaan empat roda ini mahu membuat pusingan di selekoh. Gegaran berlaku apabila kereta ini memasuki perairan dari darat ke laut dan dari laut naik ke daratan. Seronoknya dapat melihat keindahan perkampungan nelayan, kapal-kapal di pelabuhan. Inilah pengalaman pertama penulis menaik Langkawi Duck Tour. Dalam kata lain, L:angkawi Duck Tours adalah sebuah bas dan sebuah boat. Di darat dikatakan berlari (running), di laut -menyimbah, (splashing) dan berlayar (sailing).
penumpang dikehendaki memakai jaket keelamatan
kapal-kapal di pelabuhan
perkampungan nelayan
"G: Feng Shui Spot" - Light House
penumpang dikehendaki memakai jaket keelamatan
kapal-kapal di pelabuhan
perkampungan nelayan
"G: Feng Shui Spot" - Light House
Langkawi Duck Tours di hadapan pintu masuk tempat meletak kereta di hadapan kereta kabel .
Peta perjalanan dari tempat letak kereta ke Pantai Kok.
No comments:
Post a Comment