Dah lama ku tinggalkan Pondok LINUS. sebagai setiausaha, penggunaan pondok LINUS agak menyedihkan atau mendukacitakan. Bekas pondok usang diberi wajah baru...dipasang tikar getah, berdindingkan banner yang tidak digunakan lagi, di atasnya dilekatkan gambar-gambar dan alat bantuan mengajar sebagai pameran atau sebagai rujukan kepada murid-murid selain menarik minat untuk membaca.
Kini, LINUS bersuara lagi. Pihak sekolah mendapat surat, pemantauan untuk pertandingan tersebut akan diadakan pada 14-25 Julai 2014. Kami baru sahaja mengadakan perjumpaaan ibu bapa/waris murid-murid tersebut . Aku pula membuat laporan ringkas dan membuat persediaan untuk pemantauan.
Huruf-huruf dan peraturan yang telah ku sediakan belum lagi diusik. Semalam, aku meminta AJK LINUS menyiapkannya. Aku memberikan idea dan terpaksa menyiapkan pada hari ini 11/7/2014. Sambil mengajar aku melekatkan bahan-bahan dan gambar-gambar semasa aktiviti LINUS. Untuk memasang peraturan-peraturan yang sepatutnya dipasang di pondok LINUS, aku meminta bantuan Ustaz Mohd Rais untuk memakukan pada kayu di situ manakala En Mohd Nasreen ku minta melekatkan semua bahan-bahan yang tertanggal seperti turutan huruf abjad. Pn Asiah pula ku minta melaminatekan bahan-bahan laporan dan maklumat terkini untuk dipamerkan di papan kenyataan. Pn Maya menyiapkan satu papan tanda "JOM BACA'" - MEMBACA ASPIRASI KEJAYAAN" . Papan tanda itu belum lagi siap. Insha-Allah pada hari Isnin 14 Julai , siaplah dan boleh dipasang sebagai motivasi kepada murid-murid.
Syukurlah sudah ada sedikit catatan penggunaan pondok LINUS. Akan ku baiki sedikit demi sedikit prosedur untuk menarik hari si pemantau LINUS . Semoga Allah memberkati usaha kami demi mempertingkatkan prestasi pembelajaran murid -murid SKMT.
murid-murid membaca di pondok LINUS
bahan-bahan bacaan yang terdapat di Pondok LINUS
Meminta murid mencatatkan bahan bacaan mereka
Pelbagai gaya pembelajaran di pondok LINUS -
meminta rakan mereka mengeja atau menyebut atau membatang perkataan
Peraturan-peraturan yang perlu dilengkapkan
Aktiviti mengira sambil bersantai seamasa pembelajaran Matematik di pondok LINUS
Pembilang daripada kulit siput
pengajaran dan pemudah bicara yang menggantikan pdp
Penilaian LINUS telah dinilai oleh pegawai Bahasa Inggers LINUS pada 7 Ogos 2014, semoaga kami berjaya mendapat tempat sebagai pemenang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete