Sukan kali ke -43 dan kali pertama aku di sini. Hari sukan diadakan pada 26 Jun 2014 hari Khamis. Pada pagi Khamis itu, kami sibuk di padang. Kami menghias khemah pasukan rumah masing-masing selain persiapan tempat, hadiah, dan padang.
Manakala guru ketua rumah sibuk dengan persiapan murid-murid untuk acara perbarisan. Acara perbarisan akan dipertandingkan manakala hiasan khemah tidak terlibat. tetapi guru-guru diingatkan agar menghias khemah pasukan rumah agar mencerminkan suasana dan semangat kesukanan.
Setelah semuanya siap, acara raptai telah diadakan pada pukul 11.00 pagi. Pada pukul 2.00 petang semua murid bersedia untuk acara perbarisan. Guru-guru mempersiapkan murid-murid mereka dengan hiasan yang menarik tetapi "simple" maklumlah kurang bajet.
Aku pula sibuk membeli kertas kuning, bunga manggar, tali rafia dan plastik/alas meja kuning untuk hiasan khemah. Kami berbincang bersama-sama untuk persiapan perbarisan pasukan rumah kuning/ Syahbandar.
Acara sukan bermula tepat masanya kerana perasmian dibuat semasa majlis penutup dan penyampaian hadiah. Acara-acara yang dipertandingkan ialah acara sukaneka bagi murid prasekolah dan tahun 1 dan dua. Acara lari 80 meter bagi murid tahun 1 dan 100m, 4x100m, 200 m bagi lelaki dan perempuan A dan B.
Sukan berakhir pada pukul 6.30 petang tetapi aku terpaksa beredar pada pukul 6.00 petang untuk mengambil anak di sekolah yang kebetulan di sekolahnya ada majlis sukan tahunan. Sebelum sempat sampai ke sekolahnya, dia telahpun sampai ke rumah. Syukurlah majlis sukan telah berjalan dengan lancar. sekolah kami mengambil cuti peristiwa pada hari Jumaat , Pada hari Ahad 29 Jun , kami menyambut awal Ramdhan dan pada hari Isnin merupakan hari cuti umum di Melaka sempena menyambut awal Ramadhan 1435 Hijrah.
Masih meriah perhiasan belon bagi rumah kuning/Syahbandar
Khemah Pasukan rumah hijau
Hiasan belon di rumah Merah dah pecah .
Bersama-sama dengan ketua rumah Pn Aminah Mustafar dan Pn Surianti Hamdan David.
Beginilah persiapan yang sederhana bagi kejohanan sukan kali ke -43.
No comments:
Post a Comment