Tuesday, September 9, 2014

Tragedi 8 September 2014

Ketika sedang makan di kantin SKMT pada pukul 10.00 pagi, kami dikejutkan dengan kehadiran Ustazah Siti Aminah.  Beliau menunjukkan kepulan asap yang hitam dan besar umpama serombong mencecah awan.  Kewujudan kepulan asap ini diutarakan oleh murid tahun 2 yang berada di koridor.
 Kami, En Mohd Isha, Pn Surianti dan berapa orang guru lain melihat kepulan asap itu semakin banyak.  Dalam masa 15 minit , asap semakin hitam,kemudian kami mendengar bunyi siren bomba.
  Dari kantin kami nampak kepulan asap itu dekat dengan sekolah selang beberapa buah rumah. Tetapi apabila kami turun ke bawah, kami melihat 4 deret atau 4 pintu rumah sewa telah terbakar.  Kereta bomba tidak dapat turun berdekatan dengan rumah tersebut kerana jalan yang sempit dan kecil .  Kemungkinan bear paip bomba berada di ataskerana rumah yang terbakar itu di bawah bukit.
Ahli bomba tidak dapat memadamkan api tersebut kerana tekanan air rendah,  Dalam masa 20 minit api berjaya dipadamkan. Namun semuanya telah hangus dimakan api yang marak itu tambahan pula rumah sewa 4 pintu itu sudah lama .
  Berbagai versi atau andaian yang dibuat daripada versi wartawan yang tidak bertauliah.  Mangsa yang berjaya menyelamatkan diri ada yang semput dan langsung terkena kejutan jantung dari Hospital Alor Gajah dihantar ke Hospital Besar Melaka.  Sebenarnya keempat-empat keluarga ini semuanya keluarga SKMT.  Salah seorangnya muridku, Faten Hamamah yang akan menduduki UPSR pada hari Selasa 9 September 2014. Berbagai cerita tentang punca kebakaran tersebut.
Salah satunya, seorang suami yang hendak membakar isterinya kerana tidak dapat memenuhi keinginannya untuk mendapatkan wang daripada isterinya. Satu versi lagi, pasangan muda yang selalu berkelahi.  Entah mana yang sahih, kami pun tak tahu.
  Pengajaran daripada peristiwa ini ialah janganlah bergaduh suami isteri sehingga hendak membakar pasangan, akhirnya orang lain yang terima tempiasnya bukan calang-calang kesannya, sehingga semua keluarga tinggal sehelai sepinggang.  Walau bagaimana pun tidak ada mangsa yang kehilangan nyawa .



Pihak sekolah memanggil guru yangterlibat untuk berbincang apa yang perlu dilakukan kepada mangsa.  Setelah berbincang kutipan derma dikutip daripada guru dan murid=murid sekolah. Ada mangsa yang dibenarkan menginap di Dewan Jeperun dan ada yang menumpang di rumah ahli keluarga terdekat.  Kasihan aku kepada anak muridku, Faten Hamamah yang akan menduduki peperiksaan UPSR, ada guru yang menawarkan menumpang di rumahnya yang kebetulan anaknya sebaya dengan Faten.  Semoga semua keluarga mangsa bersabar atas dugaan yang telah ditetapkan oleh Allah s..w.t.

No comments:

Post a Comment