Nasib baik ada anak sulungku yang boleh memasak dan memandu kereta. Memang agak sukar aku meninggalkan mereka. Aku juga bersyukur anak sulungku boleh mengghantarku di Bahagian teknoligi Pendidikan Negeri ,Bukit Katil , Melaka kerana semua guru yang berkursus menungggu bas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Kami bertolak dari BTPN pukul 11.55 pagi . Walaupun disenaraikan 23 orang namun hanya 19 orang sahaja yang menaiki bas pada hari itu. kami berhenti makan tengah hari di R& R Seremban pada pukul 1.00 dan pada pukul 1.40 petang kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di hotel pada pukul 2.45 petang. Kami berehat hingga pukul 3.30petang untuk minum petang dan taklimat bermula pada waktu malam pukul 8.00.
Seronok berbengkel , kami menggubal soalan dan memurnikan soalan sambil merujuk kepada contoh soalan yang diberi. Kerja kami siap setelah berbincang dan mengedit soalan serta membentangkannya bagi memurnikan soalan baru yang digubal bersama. Sesungguhnya bengkel ini memerlukan kerjamasa semua pihak semua pihak. Sesungguhnya kegunaan Wifi amat penting dalam melaksanakan kerja-kerja mengedit soalan memerlukan teknoloji serta omputer , mesin pengimbas atau scanner , pencetak, LCD serta speaker atau mikrofon.
Syukurlah setelah selesai kerja, kami bersiar-siar selama 4 jam di GM, Jalan Chow Kit. Melihatkan panorama di situ, agak terkejut juga memandangkan kesibukan lalu lintas dan pergerakjan warga kota. Semacam duduk di dalam dinding batu dan berjalan atau bersiar-siar di dinding batu melewat bandar raya Kuala Lumpur.
Pada 5 September 2014, pukul 12.15 tengah hari , kami bertolak pulang ke Melaka, bas berhenti di Dataran Keris , Alor Gajah memudahkan aku balik ke rumah.
Hidangan makanan di Hotel ini sangat memuaskan hati kerana pelbagai makanan disediakan seperti ubi rebus cicah kelapa, cucur jagung, cucur udang, rojak, pecal, bubur ayam, dan sebagainya.
Selain berbengkel, kami berkenalan dengan rakn-rakan sejawat. Salam perkenalan dan semoga ikatan rakan setugas berterusan.....aamiin.
No comments:
Post a Comment