Orang lain gembira mendapat hadiah sempena Hari Guru tetapi berlainan dengan aku. Jam 4.30 petang 15/5/2015 terpapar kisah seorang guru mengikat tangan murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang, Semut Harian membuat onak kepadaku, memviralkan gambarku yang diedit bersama -sama kecederaan murid budak tersebut. Gambar itu di siarkan dalam facebook oleh Semut Harian.
Nasib aku baik kerana salah seorang daripada rakan yang sama mengajar di Sabah, mengetahui hal ini dan mentioned namaku di fb. Bimbang diviralkan atau disharekan oleh orang-orang tertentu, maka aku share dahulu gambar tersebut di fbku. Ramai kawan yang menyarankan agar aku membuat saman malu. Dengan bertindak cepat , aku membuat aduan ke balai polis dan aduan kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Aku pergi ke balai polis dan menghabiskan masa daripada pukul 5.30 hingga 7.15 malam,
Dalam pada itu , aku masih membaca komen kawan-kawan. Selang beberapa minit kemudian, ku dapati keratan gambarku telah digantikan dengan gambar lain. Pada jam 8.00 malam, mungkin Semut Harian dah kepanasan kot, jadi dihilangkan gambarku. Tahukah kamu gambar tersebut telah kurakam dan kuabadikan dalam fbku. Sedihnya aku, Hadiah Hari Guru Tahun 2015 adalah kisah yang memalukan. Gambarku diviralkan seolah-olah akulah guru yang mengikat tangan murid perempuan itu. Apakah kesilapanku maka diambil gambarku dan ditempelkan di situ?
Jika kuajukan kepada pembaca,apakah tindakan yang sepatutnya aku ambil. Malas ku nak layan kerja-kerja yang membabitkan hal remeh-temah dengan siasatan dan turun naik mahkamah. Memang mencemarkan nama baikku , kewibawaanku sebagai seorang guru telah tercabar, di manakah harus ku dapatkan keadilan, saman memang baik, tapi tak berbaloi kot dah tercalar di hatiku , dah terpahat dan sukar dikikis malahan telah diviralkan kepada 51 share , dan mungkin diviralkan lagi.
Diharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua yang suka mengambil kesempatan atas kelonggaran menuntut hak kita sendiri. Wallahu'alam bissawab.
byk kes2 edit gambar utk memalukan cikgu...http://www.kickstory.net
ReplyDeletesehingga kini 16 hrs dah 86 komen yg diterima, ada yg menyakitkan hati, ada yg berpihak kepada sy. perlu juga dambil tindakan agar perkara ini tidak menjadi mangsa kpd guru lain.
DeleteBangun cikgu...walaupun leceh tapi kita mahu semua org jgn perleceh guru...ada seorg peguam yg menawarkan khidmat konsultant percuma utk guru..cb tanya admin kgm
ReplyDeletememang betul sikap kita yg kurang tegas beginilah yg terjadi.
Delete