Kami membuat persediaan dengan perbelanjaan terhad. Setiap pasukan rumah diberi RM50, maklumlah sekolah kami kecil, bajet pun kecil, kalau boleh semua dijimatkan. Dengan peruntukan yang kecil itulah , pandai-pandailah setiap guru menguruskan perancangan mereka . Kami menetapkan setiap guru menyumbang RM15 untuk menampung makanan murid , minuman, dan keperluan lain seperti hiasan khemah dan perbarisan. Murid-murid ditetapkan membayar RM5 untuk makanan dan air iaitu nasi lemak berlaukkan ayam dan air sunquick.
Kami guru pasukan rumah Hijau atau Hulubalang bersepakat merancang untuk memenangi pertandingan dan cuba menjuarai kejohanan sukan pada tahun ini. Beginilah perancangan kami tetapi yang menentukan hanyalah Allah s.w.t. Pada masa hari sukan pula hujan turun selebat-lebatnya dan kami bernasib baik dapat melaksanakan sukan tersebut setelah hujan reda. Kami beruntung kerana walaupun hujan , acara dijalankan dan tidak ada petir dan kilat. Sekiranya berlaku, tentulah kami terpaksa tunda sukan tahunan tersebut. Syukur Alhamdulillah , semuanya selamat .
Hujan turun dengan lebatnya.
Persiapan khemah
Johan perbarisan
No comments:
Post a Comment