Sebelum mengisi borang, banyak perkara yang perlu ku persiapkan. Nasib baik segala maklumat ada dalam fail seperti gambar-gambar, surat-surat dan dokumen mengenai sumbangan -Bahagian P d P, kokurikulum dan tugas khas . Almaklumlah penilaian dari tahun 2012-2014, bermakna ketika aku bertugas di SK Sungai Sireh dan SK Masjid Tanah.
Markah LNPT tidak menjadi masalah kerana aku masih ingat lagi markah tersebut ketika memohon guru cemerlang. Cuma markah LNPT di SKMT tidak kuketahui. Masalah utamanya ialah untuk mendapatkan penilaian daripada guru besar SKMT. Mantan guru besar perlu menjadi pegawai penilai pertama kerana pada tahun 2014 dan 2015 aku adalah pegawai di bawah penilaiannya. Oleh kerana itu, aku terpaksa ke rumahnya untuk melengkapkan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru Tahun 2014. Aku bernasib baik kerana telah menelefon pihak jabatan dan kerani sekolahku mendapatkan pengesahan bahawa mantan guru besar adalah pegawai penilai pertama walaupun telah bersara dua bulan.
Setelah melengkapkan borang tersebut , ada beberapa borang lain yang perlu diisi termasuklah 3 tahun markah LNPT. Markah 2012 - 94.30%, 2013 - 95.60 % dan 2014 - 93.25%. Markah tersebut akan dijumlahkan 100% , diambil kira 20%, 35% dan 45%. bagi turutan tahun tersebut. Aku sebenarnya kurang berpuas hati dan terdetik di hatiku , terdapat kesilapan terhadap pengiraan markah tersebut. Oleh kerana , borang tersebut telah lengkap dan aku hendak cepat , maka ku matikan hasrat untuk menyemaknya.
Maka aku menghantar sendiri borang tersebut ke JPM . Di pejabat Pendidikan pula , tersentap hatiku, apabila kerani yang bertugas itu mempertikaikan markah prestasiku. Akhirnya, dengan memandang wajahnya, dia terasa seolah-olah aku merenungnya. Aku pun tak tahu bagaimana roman mukaku apabila dia menyatakan , "Tingginya markah cikgu ni , hebat sangatkah? ". Agak berasa bersalah,dia pun bertanya kepadaku, ni cikgukah?". "Ya, saya " , jawabku. Maka dipendekkan cerita dia meminta aku menyerahkan surat-surat lampiran supaya PAR menghantar ke PPD.
Setelah balik ke rumah, baharu aku mengira semula markahku. Aku tidak berpuas hati lalu menelefon keraniku dan ke sekolah untuk menunjukan cara pengiraan markah tersebut serta meminta dia membetulkan kesilapannya. Dengan segera dia menelefon kerani di jabatan dan kerani tersebut menyatakan borang penilaian tersebut akan dibuat semula mengikut kiraan mereka. Aku ingat tugasku dah selesai , rupa-rupanya tidak.
Pada keesokan harinya, aku pun mula bergerak untuk ke Kelantan bersama suami dan anakku menghadiri majlis resepsi anak buah suamiku ke rumah pengantin lelaki . Kami baharu bergerak , ketika sampai di Maybank Alor Gajah, aku mendapat panggilan telefon. Keraniku pula meminta salinan surat isytihar harta pula. Dari dahulu aku dah beritahu kerani, apakah dokumen yang perlu ku isi dalam fail peribadiku. Nah, ternyata menyukarkan aku. Aku terpaksa berpatah balik dan menghantar salinan tersebut ke sekolah. Nasib baik, mood suamiku ok, kalau tidak memang , tak tahulah aku. Sebenarnya , dulu dia pantang berpatah balik. Ni , memandangkan permohonanku terlewat, maka dia memberikan kerjasama yang baik walaupun dia mempertikaikan kerani tersebut kerana sepatutnya butiran tersebut boleh didapati daripada data HRMIS, mungkin salinan surat isytihar harta itu perlu dilampirkan. Syukurlah aku masih menyimpan semua surat -surat dan dokumen dalam fail, jadi tak bermasalah.
Dengan kemelut ynag kulalui, akhirnya terlerailah sudah. Syukur Alhamdulillah apabila pada 11/11/2015 aku terbaca keputusan naik pangkat. Sebelum itu, kerani sekolahku menyatakan keputusan permohonanku agak lewat. Tetapi aku tidak mempercayainya. Terbaca keluhan -keluhan guru-guru dalam FB, maka aku pun menyatakan ketidakpuasan hatiku, Dengan tak semena-mena, aku terbaca komen seorang guru, dia pun menyuruhku menyemak dalam portal semakan kenaikan pangkat secara online.
Walaupun meraguinya, dalam diam-diam aku menyemaknya. Syukur Alhamdulillah, namaku ada tersenarai dan keputusan terbentang di hadapan mataku. Tarikh kenaikan pangkat sama dengan tarikh lantikan GC, 24/08/2015 dan tarikh Lembaga Bersidang pada 27/10/2015 serta tarik muat data 03/11/2015 dan tarikh kusemak online pada 11/11/2015. Syukurlah ....sehingga kini 27/11/2015, aku belum dapat surat kenaikan pangkat....masih menunggu . Semoga Allah mempernudahkan urusanku....aamiin.
Akhirnya pada aku berjaya mendapat kenaikan DG 44-48 secara timebased pada genap 8 tahun denan menggunakan exPPPLD 3 tahun dan Guru Cemerlang 5 tahun...pada 24/8/2015...syukur Alhamdulillah .
ReplyDelete