Setelah gagal dalam permohonan guru cemerlang, aku memohon timebased DG48 berdasarkan 5 tahun pengalaman DG44 dan 3 tahun expppld . Aku bernasib baik kerana berjaya dalam permohonan Guru Cemerlang pada tahun 2010 kerana kenaikan DG pada masa itu memerlukan perkhidmatan 10 tahun, jadi aku belum gunakan lagi expppld itu.
Biarlah ku ceritakan rentetan peristiwa yang terpaksa kulalui. Pertama , aku baru sahaja di sekolah ini. Memang ada guru yang menyatakan aku terlalu awal memohon guru cemerlang kerana aku baru 6 bulan berpindah di sekolah ini. Permohonanku walaupun disokong tetapi pada masa pemantauan terlalu banyak perkara yang perlu kuhadapi dengan persediaan kelas, buku-buku latihan, fail-fail, kelas tambahan tahun 6 dan tahun pertama aku mengajar tahun 1 (pengalaman mengajar banyak tahun 4 hingga 6) serta aku sendirian menghadapi masalah perpindahan bersama-sama anakku yang bongsu tingkatan 5. Aku juga terkilan atas pengakuan status guru besar yang menyatakan, aku guru baharu di sekolah ini. Dia tidak kenal denganku. Ah, biarkanlah bukan rezekiku! Tambahan pula penyataan nazir yang menyatakan akan ada pertambahan gc di sekolahku. Namun hampa, mungkin kuota guru cemerlang semakin mengecil dan terhad ditambah lagi dengan bilangan SIC +....
Permohonanku ini pun agak kontroversi. Aku terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Memang kusedari , aku sepatutnya memohon lebih awal tetapi tawaran permohonan itu agak tak berapa jelas, maka ku diamkan sahaja. Aku sering bertanya kepada kerani sekolahku. Entah mengapa, perkara ini ada kubincangkan kepada suamiku. Memandangkan dalam surat tawaran itu berdasarkan kenaikan pangkat fasa 1, maka ku biarkan berlalu.
Aku pula sibuk membaca fb tentang guru-guru yang memohon kenaikan pangkat melalui web KGM. Aku juga mencari maklumat daripada beberapa web PPD. Tersentak aku apabila aku membaca web PPD Kulai Jaya, yang menyatakan tarikh permohonan tutup ke Kementerian tinggal 2 hari lagi. Berdasarkan surat tersebut aku pun mendesak suamiku mencetaknya. Selepas mencetak syarat permohonan , aku pun mengemukakan surat tersebut kepada kerani sekolahku.
Sudah kunyatakan , permohonan ku mesti secara manual tetapi keraniku masih ingin memohon secara online, apabila dia mengakses namaku tidak muncul. Puas dicubanya, tak boleh dan namaku tidak ada , Hampanya aku , mengapa dia tak percaya kepadaku. Selepas itu , aku menyatakan rasa tidak puas hati kepada suamiku. Suamiku pula menyatakan mengapa dia bersikap begitu, dah terang dan nyata , permohonan tersebut mesti dibuat secara manual.
Sekali lagi aku berjumpa dengan keraniku. Pada mulanya, dia akui. Kemudian timbul pula permohonan baru, katanya lambat lagi tarikh tutup permohonan tersebut. Bengang dengan keengganannya, maka ku telefon JPM. Kerani JPM pula dengan tegasnya menyatakan permohonan itu dah tutup , maka dia pun menelefon keraniku. Entah betul atau tidak ,aku pun tak tahu.
Kali ini , kerani sekolahku mengikut kehendakku. Borang-borang permohonan ku cetak sendiri. Aku bernasib baik suamiku memang arif tentang komputer dan memuat naik ke dalam word. Jadi mudahlah aku mengisi atau melengkapkannya.
- Bersambung bahagian 2.
No comments:
Post a Comment