Pokok mangga dan pokok jambu yang ku upah tebang RM750 bersama 2 batang pokok mangga serta sebatang pokok jambu yang dibuang dahan. Aku katakan harganya agak mahal, walaupun saudara Midon tu ada kena mengena dengan mak mertuaku. Maklumlah apabila duit ,mana ada ingat hubungan saudara mara.
Terkena batang hidungku apabila ketiga-tiga orang polis yang datang ke rumah. Omelannya, rumah besar, orang tiada dan perlukan pekerja kemaskan rumah. Bagaikan panahan petir bagiku. Tak kisahlah rumahku. Memang aku tak berdaya untuk membuat semuanya. Harapkan yang lain seolah-olah menyepi nampaknya.
Hari ini, aku mengumpulkan kudrat tulang 4 kerat, membakar batang-batang kayu tersebut yang dah benar-benar kering. Sejak semalam , petang Jumaat pukul 6.00 petang aku membakar batang-batang kayu tersebut. Hari ini, Sabtu aku meminta anak sulungku angkat beberapa batang kayu untuk membakarnya sementara si suami mengangkat sedikit. Puas ku minta dia membakarnya, namun lain pula yang dibuatnya, meracun rumput pula dah. Aku minta dia racun di kawasan bawah di pagar tu,nampaknya banyak pokok-pokok yang melilit. Tambah marah , aku dengan jiran sebelah, semua sampah-sampah diletakkan di tepi pagar, hangin juga.
Untuk menjimatkann masa, aku membuat 4 longgokan. Kira dari petang semalam ada bara, senanglah api membakar kayu-kayu tersebut, kalau buat lemang sedapnya....tapi siapa pula yang ada kemahiran. Teringat pula arwah ibu mertuaku, dulu rajin juga dia bakar lemang, maklumlah ada kudrat sikit tetapi akhirnya dah bercucu -cicit , dah tak buat.
Syukurlah , selesai juga kayu-kayu tersebut, petang pula bakar yang di bawah. Aku kelilingi dengan siraman air takut mati pula pokok pisang dan pokok manggaku yang masih belum berbuah.
syukurlah selesai juga tugasku.
Saturday, March 19, 2016
Thursday, March 17, 2016
Insiden 17 Mac 2016
Pagi-pagi lagi lebih kurang pukul 7.30 , suamiku bertanya kepadaku, beg duit siapa di atas kusyen. Nampak sahaja beg hitam tu, tentulah kepunyaan ibuku, bila masa pula dia keluar rumah, Sejak kebelakangan ini dia hanya tidur, bangun dan makan. Aku pun tak fasal-fasal berleter, entah mana duit RM60.00 dibuang.
Kemudian suamiku menuju ke keretanya. Barulah dia tahu ada orang pecah cermin keretanya. habis diselongkar dashboard . berseleraklah surat-surat di dalamnya. Habis duit simpanan RM400 yang disimpan diselit-selitnya. Dia pun hairan kerana bilamasa pula dia tak tutup cermin tingkap.
Sebenarnya malam tadi, aku ada terdengar bunyi , krik, krik,krik. tetapi bunyi itu sekejap sahaja. Kadangkala bunyi tersebut mungkin kucing atau musang. Kejadian ini merupakan kali ketiga kecurian di rumahku.
Kali pertama, bulan puasa lebih kurang 3.15 pagi pada tahun 2001. Mereka masuk ke rumahku melalui pintu gril dan sliding door. Suamiku terjaga , dan melihat seorang demi seorang masuk ke dalam rumah dengan berseluar pendek. Suamiku bingkas bangun dan menutup pintu sambil menyuruhku mengambil mertun di bawah katil. Mereka berpaling dan kami berlawan tutup dan buka pintu. Akhirnya kami berjaya menutup pintu. Aku pula mula menarik sliding windor dan menjerit, tolong, tolong, tolong!. Aku diminta tidak menjerit , suara dari luar tingkap siap mengetuk cermin tingkap dan mengarahkan aku jangan menjerit.. Memandangkan semua dah terjaga , mereka keluar dari rumah dan suamiku pula memasang semua lampu di dalam dan di luar rumah . Sempat juga dia mengejar pencuri tersebut. Mereka lari dan melompat pintu pagar rumahku. Keesokannya, ku lihat dawai pagarku telah dipotong. Mereka membuat dua lubang, di depan dan di belakang rumahku.
Kali kedua pula, balik dari sekolah gril tingkapku dah senget . aku tanya ibuku, katanya ada orang masuk ke dalam rumah dan minta duit daripadanya. Nasib baik tak diapa-apakan ibuku. Semasa kejadian mungkin pukul 12.00 tengah hari lebih...semasa itu akan akan pulang dari sekolah. Aku dah lupa kejadian itu mungkin tahun 2008, sebab kejadian itu berlaku ketika aku membaiki dapur rumahku yang terbakar.
Dalam kejadian ini, gerak hatiku sentiasa benar tetapi aku ini jenis tak berapa kisah sangat. Mungkin Allah mengujiku....selalunya begini apabila kejadian itu sudah berlaku barulah aku ingat segala-galanya. Berbalik insiden tadi,polis hanya datang merakamkan gambar selain mengambil gambar nombor rumah. Mereka datang bertiga. Kami disarankan pasang cctv, dan mereka menyatakan suspek mungkin budak Lendu yang baru keluar parol ,adalah dua tiga orang yang habitnya mencuri, tertoleh pula mereka pekerja kebun sayur di sebelah rumahku, mereka ingatkan pekerja Indonesia, tetapi pekerja Bangladesh....wallahu'alambissawab...semoga kejadian ini tidak berulang lagi....aamiin.
Kehilangan wang adalah dalam RM460 dan baiki cermin kereta RM200 termasuk upah. Kehilangan wang boleh dicari tetapi kehilangan kepercayaan bahawa kampungku dah tak aman lagi........

Wednesday, March 16, 2016
sejarah bukit supai -Kota Bukit Kini
Pemandangan di atas Bukit Supai
laluan dari tepi laut ke restoran Terapung ikan bakar
beberapa pucuk meriam di atas Bukit Supai
Namun begitu, perjanjian persefahaman antara Belanda dan Bugis tidak kekal lama. Akhirnya Belanda meninggalkan kota ini tidak lama selepas kota ini disiapkan. Antara nama lain kota ini ialah "Dutch Fort", "Broken Cannon Fort" dan "Filipina Fort (diberi nama sempena anak perempuan jacob Mosel Governor General Dutch East India Company)"
Hari ini, disepanjang pantai berhampiran Kota Supai ini terdapat banyak chalet-chalet yang boleh disewa. Pantainya juga cantik dan boleh untuk bermandi manda.
Anda boleh ke berehat-rehat di pantai berhampiran dan kemudian melawat tapak bersejarah ini.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke sini, anda boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan exit Port Dickson menuju ke Melaka. Anda akan melalui kawasan-kawasan berikut :- Port Dickson-Kampung Sungala, Kampung Teluk Kemang, Si Rusa, Kampung Tanjung Pelandok, Pasir Panjang, Kampung Batu Tembok, Kampung Tanjung Agas, Jambatan Sungai Linggi,Kampung Kuala Linggi.
Manakala, kalau dari Lebuharaya Utara Selatan exit Alor Gajah pula anda akan melalui :- Alor Gajah, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi.
Anda juga boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan exit Air Keroh-Sungai Udang, Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi.
Semoga anda dapat menikmati sejarah Malaysia yang mungkin anda tidak ketahui,
Tuesday, March 15, 2016
kem Motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan UPSR SKMT 2016
Kem Motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan UPSR 2016 telah diadakan pada 12-15 Mac di Hutan Rekreasi Paya Laut, Kuala Linggi.
Pelbagai acara telah disusun khas untuk murid-murid tahun 6, Seramai 32 orang yang menyertai kem tersebut. 4 orang tidak hadir. Semua guru SKMT telah hadir kecuali beberapa orang yang terkecuali mungkin ada hal kot musim-musim cuti ini.
Antara slot yang dilaksanakan ialah slot motivasi yang diuruskan sendiri , guru besar baharu SKMT dibantu dengan GP.K Terapi minda dan slot motivasi dengan senaman pagi, petang , dan rekreasi berjalan kaki dari kem motivasi hingga ke restoran terapung medan ikan bakar naik ke Bukit Supai dan terus ke Pantai Bukit Supai , slot recall. serta slot refleksi. Semoga semua murid dapat manfaatnya.
Manakala slot teknik menjawab soalan ditugaskan kepada guru subjek masing-masing dengan kerjasama ahli panitia. Walaupun selama 4 hari 3 malam, rasanya untuk slot teknik menjawab soalan agak pendek, iaitu setiap subjek selama 6 jam bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala subjek Matematik dan Sains hanya sempat 4 jam bagi kedua-dua slot tersebut,
Guru-guru juga bermalam di kem tersebut bagi mengawasi murid-murid agar selamat. Tugas menjaga keselamatan murid digalas oleh guru manakala barisan PIBG ada juga yang membantu hingga ke malam atau hadir sekadar melihat perjalanan program tersebut. Terima kasih kepada ahli ibu bapa yang hadir memberi kerjasama dan sumbangan tenaga yang tidak terhingga.
Semoga murid-murid tahun 6 dapat mengurus masa belajar dan menggunakan teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga anak didik mendapat kejayaan yang cemerlang...amiin. Format Baharu UPSR semakin hampir....5-8 September 2016
Suatu pengalaman yang hadir dalam program tersebut adalah pengalaman melihat banjir kilat sekejap sahaja iaitu pertembungan air pasang penuh antara muara sungai Kuala Linggi dengan laut, Air pasang berlaku ketika bulan penuh selama 3 hari...air naik hingga ke paras lantai sahaja di bilik seminar yang hanya dapat menampung lebih kurang 40 orang peserta.
pemandangan di atas Bukit SUPAI
kami guru-guru SKMT berehat di tepi pantai Bukit Supai
ceramah motivasi oleh Ustaz Mohd Rais
aktiviti rekreasi di tepi pantai - bermain air laut dan membina istana pasir
motivasi yang dikelolakan oleh Sir Jay- Gelaran gb kami.
aktiviti berkumpulan Bahasa Melayu
Pn Asiah Bt Hashim dan Encik Amirul Hazman sebagai fasilitator Bahasa Melayu
Barisan di belakang guru-guru yang bertugas menyediakan makanan murid-murid - memasak dari hari pertama hingga hari ketiga....kumpulan memasak dan menyediakan makanan

Tuesday, March 1, 2016
hilangnya sebutir Mutiara SKMT
Sebaik sahaja mendapat berita yang sahih, masih terngiang-ngiang di telingaku luahan hatinya dan harapan guru besar terhadapku. Aku tidak kisah. Tetapi kini sudah nyata. Pada 22 Februari 2016, kalau tidak silap , beliau dilantik sebagai GPK kokurikulum di Sekolah Bukit Beringin bermula dari tarikh itu.
Satu majlis besar-besaran dibuat khas untuknya. Almaklumlah beliau berkhidmat di sekolah ini selama 22 tahun 3 bulan. Selama berkhidmat di sekolah ini, beliau pernah memangku sebagai GPK termasuklah Guru Penolong Kanan Kurikulum. Aku mengenalinya sejak tahun 2007, beliau sebagai ketua pemeriksa Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR. Aku menjadi pemeriksa sejak dari tahun 2007-2009, kemudian aku berpindah ke Sabah (2010-2012) dan ke Selangor (2012-2013). Hubungan antara pemeriksa dan ketua pemeriksa terputus. Akhirnya, kami berjumpa di sekolah ini pada tahun 2014. Beliau sebagai ketua Panitia Bahasa Melayu, guru disiplin dengan gelaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu 2003-2014.
Sebagai guru senior , beliau memanglah pakar . Aku tidak tahu sejak bila beliau mengajar Bahasa Melayu Tahun 6. Banyak pengalaman dan pengetahuannya tentang Bahasa Melayu termasuk sebagai penggubal soalan, pengedit bahan-bahan bacaan bagi pihak BTP serta aktif dalam permainan bola tampar.
Beliau juga mempunyai sikap kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mukanya nampak serius dan garang namun beliau mempunyai sikap penyayang. Kebanyakan murid suka akan beliau. Beliau juga mempunyai bakat dalam nazam . Kepimpinannya yang baik dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Oleh itu, sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, satu majlis perpisahan telah dibuat secara besar-besaran. Lihat sahajalah persiapan pentas, Semua guru sibuk menghias pentas, membuat persiapan dengan membuat pulut kuning, kek dan jamuan. Majlis ini diserikan dengan sambutan hari ulang tahun kelahiran guru-guru yang lahir dalam bulan Januari hingga Februari.
Diharapkan Cikgu Mohd Isha tidak melupakan kita semua di SKMT ini. Semoga beliau dapat bertugas di tempat baharu dengan lebih cemerlang. Sesungguhnya SKMT kehilangan sebutir mutiara yang begitu berharga. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini. Ingat SKMT sampai bila-bila......hehehe.
Bagaikan pahlawan, kehadirannya diiringi dengan bunga manggarbagaikan raja duduk di singgahsana
ucapan kali terakhir di sekolah ini
Nazam khas ditujukan buat insan yang diraikan , Cikgu Mohd Isha bin Bakar
bergambar buat kali terakhir di SKMT
Dengan geng TKRS
Subscribe to:
Posts (Atom)