Tuesday, March 1, 2016

hilangnya sebutir Mutiara SKMT

Sebaik sahaja mendapat berita yang sahih, masih terngiang-ngiang di telingaku luahan hatinya dan harapan guru besar terhadapku.  Aku tidak kisah. Tetapi kini sudah nyata. Pada 22 Februari 2016, kalau tidak silap , beliau dilantik sebagai GPK kokurikulum di Sekolah Bukit Beringin bermula dari tarikh itu.
   Satu majlis besar-besaran dibuat khas untuknya.  Almaklumlah beliau berkhidmat di sekolah ini selama 22 tahun 3 bulan. Selama berkhidmat di sekolah ini, beliau pernah memangku sebagai GPK termasuklah Guru Penolong Kanan Kurikulum. Aku mengenalinya sejak tahun 2007, beliau  sebagai ketua pemeriksa Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR. Aku menjadi pemeriksa sejak dari tahun 2007-2009, kemudian aku berpindah ke Sabah (2010-2012) dan ke Selangor (2012-2013).  Hubungan antara pemeriksa dan ketua pemeriksa terputus. Akhirnya, kami berjumpa di sekolah ini pada tahun 2014.  Beliau sebagai ketua Panitia Bahasa Melayu, guru disiplin dengan gelaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu 2003-2014.
    Sebagai guru senior , beliau memanglah pakar . Aku tidak tahu sejak bila beliau mengajar Bahasa Melayu Tahun 6. Banyak pengalaman dan pengetahuannya tentang Bahasa Melayu termasuk sebagai penggubal soalan, pengedit bahan-bahan bacaan bagi pihak BTP serta aktif dalam permainan bola tampar.
    Beliau juga mempunyai  sikap kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Walaupun mukanya  nampak serius dan garang namun beliau mempunyai sikap penyayang. Kebanyakan murid suka akan beliau.  Beliau juga mempunyai bakat dalam nazam .  Kepimpinannya yang baik dapat membantu  meningkatkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum.
    Oleh itu, sebagai menghargai jasa dan sumbangan  beliau, satu majlis perpisahan telah dibuat secara besar-besaran.  Lihat sahajalah persiapan pentas, Semua guru sibuk menghias pentas, membuat persiapan dengan membuat pulut kuning, kek dan jamuan.  Majlis ini diserikan dengan sambutan hari ulang tahun  kelahiran guru-guru yang lahir dalam bulan Januari hingga Februari. 
    Diharapkan Cikgu Mohd Isha tidak melupakan kita semua  di SKMT ini.  Semoga beliau dapat bertugas di tempat baharu dengan lebih cemerlang.  Sesungguhnya SKMT kehilangan sebutir mutiara yang begitu berharga.  Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini.  Ingat SKMT sampai bila-bila......hehehe.
            Bagaikan pahlawan, kehadirannya diiringi dengan bunga manggar
                                                    bagaikan raja duduk di singgahsana
 
                                                        ucapan kali terakhir di sekolah ini
                      Nazam khas ditujukan buat insan yang diraikan , Cikgu Mohd Isha bin Bakar
                                                    bergambar buat kali terakhir di SKMT
                                                              Dengan geng TKRS


No comments:

Post a Comment