Kem Motivasi dan bengkel teknik menjawab soalan UPSR 2016 telah diadakan pada 12-15 Mac di Hutan Rekreasi Paya Laut, Kuala Linggi.
Pelbagai acara telah disusun khas untuk murid-murid tahun 6, Seramai 32 orang yang menyertai kem tersebut. 4 orang tidak hadir. Semua guru SKMT telah hadir kecuali beberapa orang yang terkecuali mungkin ada hal kot musim-musim cuti ini.
Antara slot yang dilaksanakan ialah slot motivasi yang diuruskan sendiri , guru besar baharu SKMT dibantu dengan GP.K Terapi minda dan slot motivasi dengan senaman pagi, petang , dan rekreasi berjalan kaki dari kem motivasi hingga ke restoran terapung medan ikan bakar naik ke Bukit Supai dan terus ke Pantai Bukit Supai , slot recall. serta slot refleksi. Semoga semua murid dapat manfaatnya.
Manakala slot teknik menjawab soalan ditugaskan kepada guru subjek masing-masing dengan kerjasama ahli panitia. Walaupun selama 4 hari 3 malam, rasanya untuk slot teknik menjawab soalan agak pendek, iaitu setiap subjek selama 6 jam bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala subjek Matematik dan Sains hanya sempat 4 jam bagi kedua-dua slot tersebut,
Guru-guru juga bermalam di kem tersebut bagi mengawasi murid-murid agar selamat. Tugas menjaga keselamatan murid digalas oleh guru manakala barisan PIBG ada juga yang membantu hingga ke malam atau hadir sekadar melihat perjalanan program tersebut. Terima kasih kepada ahli ibu bapa yang hadir memberi kerjasama dan sumbangan tenaga yang tidak terhingga.
Semoga murid-murid tahun 6 dapat mengurus masa belajar dan menggunakan teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga anak didik mendapat kejayaan yang cemerlang...amiin. Format Baharu UPSR semakin hampir....5-8 September 2016
Suatu pengalaman yang hadir dalam program tersebut adalah pengalaman melihat banjir kilat sekejap sahaja iaitu pertembungan air pasang penuh antara muara sungai Kuala Linggi dengan laut, Air pasang berlaku ketika bulan penuh selama 3 hari...air naik hingga ke paras lantai sahaja di bilik seminar yang hanya dapat menampung lebih kurang 40 orang peserta.
pemandangan di atas Bukit SUPAI
kami guru-guru SKMT berehat di tepi pantai Bukit Supai
ceramah motivasi oleh Ustaz Mohd Rais
aktiviti rekreasi di tepi pantai - bermain air laut dan membina istana pasir
motivasi yang dikelolakan oleh Sir Jay- Gelaran gb kami.
aktiviti berkumpulan Bahasa Melayu
Pn Asiah Bt Hashim dan Encik Amirul Hazman sebagai fasilitator Bahasa Melayu
Barisan di belakang guru-guru yang bertugas menyediakan makanan murid-murid - memasak dari hari pertama hingga hari ketiga....kumpulan memasak dan menyediakan makanan
No comments:
Post a Comment