Cuba kita lihat di sekelilling kita. Banyak perkara atau barang-barang atau produk dicipta oleh manusia. Manusia pula mempunyai berbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.
Cuba kita lihat daripada sekeping papan, ditoreh atau dipotong untuk mecipta sesuatu.
Benda ini saya beli di pasar gantung Tawau. Mula-mula takut juga hendak dirikan benda ini, amat sensitif, kalau salah , terburai.
Malangnya setelah beberapa kali buka tutup atau pasang tutup, tiba-tiba sahaja tangkainya patah. Hendak buang sayang sebab belum gunakan. Jadi dicari gam Gajah digamkan semula, dah cacat sikit. Benda ini sebenarnya tempat letak barang atau buah-buahan . Sebelum kembali ke Semenanjung adalah beberapa buah tangan yang dibeli untuk kenangan semasa berkhidmat di sana.
Friday, December 16, 2011
Thursday, December 15, 2011
Teknik Bacaan Kuat
Kita sebagai guru mestilah sesekali menguji bacaan murid kita yang selalu gagal dalam subjek Bahasa Melayu. Walaupun kita tahu BM adalah subjek yang dianggap mudah tetapi tidak semua murid kita menguasai kemahiran membaca. Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa daerah atau loghat bahasa.
Untuk mengetahui bacaan mereka lancar atau tidak, kita mesti uji mereka dengan bacaan kuat. Walau aliran kini tidak menitik beratkan bacaan kuat tetapi sebagai guru kita mestilah mengetahui kelemahan murid.
Kaedah bacaan kuat ini khas untuk murid PROTIM atau murid yang lembab atau kurang cerdas IQnya. Kekadang mereka menulis perkataan dengan ejaan salah. Semasa saya mengajar di Sabah, banyak kesalahan ejaan,
lain dieja lain dibatangkan/menyebut bunyi perkataan tersebut.
Contoh-contoh kesalahan paling kerap, mereka eja meraka-puas dibetulkan masih lagi salah. Cedera- cederah, (ditambah h )parah dieja para (dilenyapkan h). Susah betul hendak mengajar mengikut sebutan yang betul, kv, kvkv, kvk dan sebagainya walaupun dibantu dengan kemudahan komputer. Perisian program PROMILL amat membantu saya. Kekadang 'fed up' juga asyik ulang-ulang dan selalu tidak hadir ke sekolah.
Gambar di bawah sekadar hiasan

alat atau BBM nilai murni
Sebagai guru Tahun 6, bukan mudah untuk mengajar nilai-nilai murni kertas Penulisan bahagian C. Aku sudahpun lupa bila agaknya aku mengikuti kursus format baru bagi kertas penulisan ini, kalau tak silap tahun 2004, dan format baru ni bermula pada tahun 2005.
Untuk mengajar nilai-nilai murni ni sebenarnya murid-murid yang rajin membantu ibu bapa di rumah dan rajin membaca boleh mengenal pasti nilai-nilai murni serta boleh membezakan nilai-nilai tersebut kerana nilai-nilai murni ini kadang-kala bersangkut -paut.
Untuk lebih menarik lagi, kalau dulu nilai murni ini ku buat dalam bentuk daun, atau baju, sekarang ini ku buat dalam bentuk bunga dan dipamerkan di dinding atau di papan kenyataan supaya mereka dapat mengingati dan menghayatinya. Selalunya , aku memberikan petikan pendek untuk mereka mengesan nilai murni tersebut secara lisan, kemudian barulah menjawab latihan secara bertulis, itupun setelah mengadakan perbincangan. Kadang-kala beri masa 20 minit pun tak siap, jadi terpaksalah kuberikan jawapan penuh terutama kepada murid yang lemah .

Kaedah mengajar secara individu
Apabila kita berdepan dengan murid yang kurang membaca atau tidak pandai membaca , sebagai guru kita mestilah membimbing mereka secara individu. Anak murid tahun 6 ada yang tidak keliru tentang huruf abjad, terutama b dan d, huruf kecil dan huruf besar.
Langkah pertama mengimbas balik huruf abjad - besar dan kecil. Kemudian ,ku guna perisian PROMILL- Program Pemulihan Latihan Lanjut. Mereka boleh akses sendiri di pusat akses untuk latihan pengukuhan .
Langkah kedua cara menulis huruf , aku gunakan buku garis tiga yang ada warna merah dan dua baris biru. Cukup susah nak megajar mereka kerana mereka main hentam sahaja. Penat aku tuliskan contoh tulisan tersebut.
Langkah ketiga , aku mengajar membaca ikut modul PROTIM. Jangan marah cikgu kalau cikgu naik angin kerana cikgu hanya ajar beberapa kali , sepatutnya kamu sendiri yang mengulang kaji di rumah. Ini tidak, kalau ada cikgu ajar, adalah belajar. Kalau tidak hilang semua, ajar semula. Tetapi syukurlah daripada 14 orang murid PROTIM , lulus 9 orang, murid yang lima orang ni memang ada yang tak menduduki kelas tahun 1 , kekadang lompat terus tahun 3 tetapi seorang murid perempuan yang ada kemahuan berusaha bersungguh-sungguh lompat terus tahun 4 boleh membaca. Itulah hakikatnya , kalau hendak seribu daya. Beginilah ragamnya murid-murid ada yang lambat daftar kerana masalah surat lahir atau surat beranak, tinggal jauh dari sekolah, kemiskinan dan ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak. Kita sebagai guru hanya boleh membantu dan membimbing mereka jika mereka ke sekolah, masalah ponteng satu hal pulak.
Jom Operasi mengemas rumah
Sejak balik dari 5 Disember 2011, aku asyik mengemas rumah. Sedikit demi sedikit. Mula-mula rumput yang panjang telah di mesin oleh suamiku. Anak bongsuku ini agak lambat sedikit buat kerja, malahan kerja mesti dibuat bersama-sama dengannya.
Mengemas di dalam rumah dan diluar rumah amat memenatkan. Maklumlah sudah lama tak kerja keras. Di luar rumah pokok duri tujuh bilah ni dah sama tinggi mencecah bumbung. Kata orang makan pucuknya baik untuk elak kanser, aku pula tanam sahaja.
Buaian ku ini dah mula berkarat. Kalau dulu ibuku selalu duduk di buaian ini. Kini beliau tinggal di Kuala Lumpur. Aku mesti cat semula supaya tidak cepat berkarat dan reput. Sudah lama tak main cat, maksudnya mengecatlah.
Pokok-pokok di tepi pagar ni pula dah tinggi. Terpaksa dibuang sahajalah nampaknya. Pokok daun merah ni orang kata buat kibas orang yang kena buatan orang,aku tanam sahaja sebab nampak cantik sedikit . Siapa pulak nak jadi bomoh tukang kibas. Kini terpaksa ku buang supaya tumbuh daun yang lain. Inilah nampaknya aktiviti aku semasa cuti sekolah ini,
Bahaya sungguh pokok bunga kertas ini, tajam durinya.
Ini daun pokok bunga merah , aku dah lupa namanya.
Terpaksalah buang pokok peria katak yang memanjat pagar ni, kata orang buah peria ubat kencing manis dan daun berguna untuk sesiapa yang sangat kulit , gatal-gatal.

Tuesday, December 13, 2011
UPSR 2010 - 2 Sekolah dalam setahun 2010
Pada tahun 2010 memang bersejarah buatku. Aku mengajar di dua buah sekolah- satu di Sekolah Kebangsaan Dato' Naning dan kedua di Sekolah kebangsaan Sahabat 4, Sabah.
Aku mengajar murid tahun 6 di SKDN, Melaka. Aku sebenarnya begitu berat meninggalkan murid-muridku yang bakal menduduki UPSR. Aku guru Bahasa Melayu mereka dari tahun 4 hingga 6. Aku ambil mereka dari kelas PROTIM dan ku didik hampir 3 tahun malangnya aku meninggalkan mereka pada 16 April kira-kira 5 bulan lagi mereka akan menghadapi peperiksaan.
Aku cuba mencadangkan Cikgun Hamidah sebagai ganti tugasku. Cadanganku diterima. Alangkah gembira hatiku apabila mendapat keputusan yang begitu menggembirakan apabila keputusan UPSR diumumkan , Pemahaman mendapat 99% seorang sahaja calon gagal dan Penulisan 96% . Guru besar dan guru-guru tahun 6 berterima kasih kepadaku.
Manakala di Sabah , aku mengajar STF bagi murid tahun 6 di sekolah itu dan sempat memberi ceramah Teknik menjawab kertas Penulisan di SK Sahabat 4, SK Cenderawasih, SK Tanjung Labian, SK Fajar Harapan dan Kolej Kini. Sempatlah jberjumpa murid-murid yang berlainan budaya, bahasa, adat dan kepercayaan. Memang jelas dan nyata kebolehan mereka amat berbeza dengan murid-murid di Semenanjung.

Thursday, December 8, 2011
Episod pindah 2010- Sabah
Pertukaran suamiku Ke Sabah amat mengejutkan aku. Memang aku tidak bersedia hendak mengikutnya. Tetapi dia menyuruhku mengisi borang pindah.
Semasa itu borang pindah mula-mula diperkenalkan secara online. Oleh kerana online bulan April, maka aku mengisi borang secara offline.
Beginilah kisahnya. Aku hantar sendiri borang itu di kaunter di Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Tiba di kaunter, kerani yang bertugas enggan menerima borangku. Dia memintaku menunggu pertukaran secara online. Aku pun berbalas jawab. Aku memberikan alasan ada dua jenis pertukaran: online dan offline. Offline untuk kes-kes kronik dan kritikal.
Dalam pada bertengkar itu, keluarlah seorang pegawai. Aku sudah lupa namanya. Apa masalah ini?. Aku pun menerangkan masalahku. Dia pun melihat borangku. "Oh, Isteri timbalan Penolong Pegawai Pejabat Daerah Melaka Tengah. Maka kerani tadipun menerima dan meneliti borangku dan ada surat keizinan suami yang tidak ku sertai. Aku terus menelefon suamiku yang berada di Sabah minta fakskan surat tersebut. Maka selesailah masalahku dan borang diproses dengan cepat. Hantar pertengahan bulan Februari, pertengahan bulan Mac dah ada keputusan. Cuma menunggu jawapan dari Jabatan Pelajaran Sabah. Aku lagi terkejut apabila JPNS telefon bertanyakan statusku dan PPD Lahad Datu meminta aku memilih sekolah yang berdekatan. Syukur alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)