Sebagai guru Tahun 6, bukan mudah untuk mengajar nilai-nilai murni kertas Penulisan bahagian C. Aku sudahpun lupa bila agaknya aku mengikuti kursus format baru bagi kertas penulisan ini, kalau tak silap tahun 2004, dan format baru ni bermula pada tahun 2005.
Untuk mengajar nilai-nilai murni ni sebenarnya murid-murid yang rajin membantu ibu bapa di rumah dan rajin membaca boleh mengenal pasti nilai-nilai murni serta boleh membezakan nilai-nilai tersebut kerana nilai-nilai murni ini kadang-kala bersangkut -paut.
Untuk lebih menarik lagi, kalau dulu nilai murni ini ku buat dalam bentuk daun, atau baju, sekarang ini ku buat dalam bentuk bunga dan dipamerkan di dinding atau di papan kenyataan supaya mereka dapat mengingati dan menghayatinya. Selalunya , aku memberikan petikan pendek untuk mereka mengesan nilai murni tersebut secara lisan, kemudian barulah menjawab latihan secara bertulis, itupun setelah mengadakan perbincangan. Kadang-kala beri masa 20 minit pun tak siap, jadi terpaksalah kuberikan jawapan penuh terutama kepada murid yang lemah .
No comments:
Post a Comment