Pada tahun 2010 memang bersejarah buatku. Aku mengajar di dua buah sekolah- satu di Sekolah Kebangsaan Dato' Naning dan kedua di Sekolah kebangsaan Sahabat 4, Sabah.
Aku mengajar murid tahun 6 di SKDN, Melaka. Aku sebenarnya begitu berat meninggalkan murid-muridku yang bakal menduduki UPSR. Aku guru Bahasa Melayu mereka dari tahun 4 hingga 6. Aku ambil mereka dari kelas PROTIM dan ku didik hampir 3 tahun malangnya aku meninggalkan mereka pada 16 April kira-kira 5 bulan lagi mereka akan menghadapi peperiksaan.
Aku cuba mencadangkan Cikgun Hamidah sebagai ganti tugasku. Cadanganku diterima. Alangkah gembira hatiku apabila mendapat keputusan yang begitu menggembirakan apabila keputusan UPSR diumumkan , Pemahaman mendapat 99% seorang sahaja calon gagal dan Penulisan 96% . Guru besar dan guru-guru tahun 6 berterima kasih kepadaku.
Manakala di Sabah , aku mengajar STF bagi murid tahun 6 di sekolah itu dan sempat memberi ceramah Teknik menjawab kertas Penulisan di SK Sahabat 4, SK Cenderawasih, SK Tanjung Labian, SK Fajar Harapan dan Kolej Kini. Sempatlah jberjumpa murid-murid yang berlainan budaya, bahasa, adat dan kepercayaan. Memang jelas dan nyata kebolehan mereka amat berbeza dengan murid-murid di Semenanjung.
No comments:
Post a Comment