Friday, February 19, 2016

Hari Ketiga - 6 Disember- Rumah Kelahiran Dr Hamka,

Setelah sarapan pagi,  kami ke melewati Perkampungan Sungai Landa, Ambun Pagi untuk mengambil gambar.  Perjalanan diteruskan ke Rumah Kelahiran Buya Hamka, seorang tokoh  ulama dan sasterawan yang terkenal. Untuk ke rumah nya, sebanyak 44 selekohnya agak tajam menuruni bukit menuju ke Tasik Malinjau .  Pemandu kami yang cekap dan mahir dengan tempat ini pun, agak mengerunkan kami apabila bertembung dengan kenderaan semasa menuruni bukit. Jalannya agak kecil .
   Pada asalnya ,kami sepatutnya berhenti di kelok 37  untuk menikmati pemandangan danau Maninjau yang sangat cantik. Malangnya kerana kesuntuk masa, kami hanya melihat dari pandangan atas bas melihat keindahan Tasik Malinjau. Kami berasa selama 2 jam di rumah kelahiran Dr HAMKA, mendengar penjelasan dan sejarah Dr Hamka.  Yang menariknya, semasa kanak-kanak Dr Hamka merupakan kanak-kanak yang nakal. Beliau tidak mahu ke sekolah kerana menurutnya guru-guru hanya mnembuang masa , mengulang-ulang pelajaran yang sama.  Oleh sebab itu ,beliau bersekolah setakat darjah dua sahaja,  sedangkan ayahnya seorang ulama yang berpendidikan tinggi.
  Perceraian antara ayah dan ibu beliau menyebabkan beliau mencari ilmu atau berguru dengan bapa saudaranya. Beliau sangat suka mencari ilmu dengan kepintarannya sendiri , bermusafir mencari ilmu hingga ke Mekah.  Dengan kebijaksanaan dan pertolongan kawan-kawan, akhirnya beliau menjadi ulama yang terkenal di seluruh negara. Di Mekah, beliau menjadi penterjemah dan penulis Jawi kepada ulama-ulama Arab. Malaysia merupakan rumah keduanya kerana beliau selalu singgah di Malaysia sebelum kembali ke tanah airnya, Indonesia.

  Kami kembali ke Bukit Tinggi dan membeli-belah di Pasar Atas dan Jam Gadang . Kemudian kami makan malam.  Setelah dihidangkan dengan masakan padang, kami beralih kepada menu gorengan atau menu moden, malangnya tidak menepati cita rasa kami.
Anak saudara Dr HAMKA, petugas di rumah kelahiran Buya Hamka, memberi ceramah dan penjelasan mengenai Dr Hamka, seorang ulama, sastrawan, penulis dan sebagainya.
         Para pserta mendengar penjelasan daripada beliau.
         barangan yang terdapat di rumah kelahiran Dr HAMKA

                               Rumah kelahiran beliau berhadapan dengan Tasik Malinaju

Pemandangan balik dari rumah kelahiran Dr HAMKA.
       Beli-belah di pasar atas dan berjalan-jalan di Jam Gadang
  Banyak gambar di hadapan pasar Atas dan kompleks beli-belah yang saya terdelete.  Kami menunggu bas, sambil mencuci mata melihat telatah pengunjung di situ.  Sempat meminjam seekor arnab yang jinak,penjual sedang membeli minuman, pinjam sekejap ya.
                                          Bank Rakyat di sebelah pasar raya Bukit Tinggi
                                      Boleh menaiki kuda (sewa )  di sekitar bandar Bukit Tinggi

                                                                           Plaza Bukit Tinggi
 

Hari Kedua - 5 Disember 2015- Lubang Jepang

Hari kedua, sarapan pagi di Hotel Cambiago, Setelah sarapan pagi, kami mengunjungi Ngarai Sianok, Lubang Jepang , sebuah kubu bawah tanah yang dibina oleh tentera Jepun.  Dari bawah laut dan di atas kawasan bukit, 40m ke  bawah paras laut .  Daripada petugas di situ, pihak Jepun membina Lubang   Jepang ini memakan masa 3 bulan.  Lubang Jepun ini dibina mengikut bentuk segi empat, segi lima berasaskan ketahanan daripada gempa bumi.  Untuk mengelakkan daripada serangan musuh, ada markas senjata, penjara dan peralatan perang, dindingnya dibuat daripada batu asli agar tidak bergema dan dapat dikesan oleh pihak musuh. Tentera Jepun  menggunakan kerahan tenaga dari luar Bukit Tinggi supaya markas ini tidak diketahui umum. Sungguh bijak tentera Jepun ini  .Dalam perjalanan ,kami singgah sebentar di Kampung Baso untuk beli-belah di Hjh Rosmah Embroidry.
   Perjalanan diteruskan di Istano Basa Pagarruyuang . Perjalanan kembali ke Bukit tinggi ,






dari atas kami menurun anak tangga menuju
ke dalam /bawah tanah.






          di bawah tanah terdiri daripada markas Jepun, penjara, bilik mesyuarat dan bilik tahanan.
Kami menuruni anak tangga hingga keluar di pintu  ini.

Kemudian berhenti di Tabek Patah dan membeli di Kopi Kiniko dan Pisang Salai serta minuman rempah seperti cengkih dan mulberi


                                                       View dari atas bukit

Perjalanan diteruskan di Istano Basa Pagarruyuang Perjalanan kembali ke Bukit tinggi ,

                                                          Singgah dan makan durian .



                      Kemudian makan dan menikmati cultural Show di medan Nan Balinduang.




          Persembahan tarian piring kemudian piring dipecahkan dan memijak kaca  tersebut

Saturday, February 13, 2016

cuti-cuti 4Hari 3 malam di Bukit Tinggi, Sumatera- hari Pertama -4 Disember 2015

Sebelum cuti sekolah bermula pada 21 Disember 2015, suamiku meminta aku mengisi borang keluar negeri. Aku tidak ingat tarikhnya.
  Pada 4 Disember, pukul 3.00 pagi, kami   bergerak ke SMK Naning . Kami sekumpulan 6 orang termasuk mantan Pengarah JPN dan isterinya, dua orang pengetua , aku dan suamiku . Bas sampai lebih kurang pukul 4.00 pagi dan bergerak menuju ke KLIA 2. Pukul 6.00 pagi kami semua mengangkat beg-beg untuk check in . Agak lambat juga apabila dalam kumpulan ini kerana berat beg perlu dimbil kira. Berat beg bagi setiap individu mestilah tidak lebih daripada 7kilo.
  Kami sembahyang dan sarapan pagi di KLIA2.  Sarapan pagi kami berdua sahaja RM75.00 - hanya roti, sosej, kentang dan air koko. Pada pukul 7.30  Semua mesti berada di balai menunggu. Kami berlepas dengan kapalterbang Air AsiaAK 403 pada 4 Disember 2016.
  Sebaik sampai di Lapangan Terbang Padang, kami disambut oleh pemandu pelancong .  Kemudian , kami singgah di Soto Garuda untuk sarapan pagi. Perjalanan menuju ke Bukit Tinggi memakan masa selama 1 jam 30 minit.  Dalam perjalanan , kami singgah di Lembah Anai, sebuah tempat rekreasi air terjun, di mana air terjun ini akan kering jika musim kemarau. Sepanjang jalan , kami melalui  City Tour Kampong Cina, Jambatan Siti Nurbaya dan Muaro Padang.
   Kemudian, kami singgah di Pandai Sikek, pusat kerajinan tenunan dan ukiran khas,Sumatra Barat. Kami lawati  Kampung Pariangan yang merupakan kampung tertua di Minangkabau. Di rumah minangkabau yang dipanggil rumah gadang merupakan rumah adat.  Semua ahli keluarga tinggal di situ.  Anak lelaki yang bujang dihantar belajar agama manakala anak dara belajar menjahit dan memasak. Di bahagian bawah rumah disediakan pakaian pengantin perempuan dan lelaki untuk disewa. Harga sewa 35 00o0 rupiah.
     Sebelum sampai ke hotel kami membeli belah lagi dan makan malam. Pada pukul 10.00 malam , kami check in di Campago Resort Hotel.
 
                                                             Selepas bersarapan pagi
                                             posing Pintu gerbang di Air Terjun Lembah Anai

                                           Air terjun yang akan kering pada musin kemarau
Pemandangan di Rumah Gadang- kami disambut oleh penyambut tetamu dan diberi penerangan oleh petugas di situ.
 
                        Mendengar penerangan daripada petugas mengenai rumah gadang
                                                   Pengawai penerangan rumah gadang
                                               Sudut fotografi -pakaian  adat orang Minangkabau
                                                 Pakaian pengantin disewa 35000 rupiah

                                                                Tempat menyimpan padi
                                  Tempat menyimpan padi semasa kecemasan umpama harta  perbendaharan
                                                              Di hadapan rumah Gadang




  Coretan ini sekadar dalam ingatan dan pengalaman saya.....bersambung


Tuesday, February 9, 2016

Persiapan goodies

   Kami menempah Isda Cetering yang lengkap dengan package - pelamin, solekan , khidmat juru foto atau gambar ,  dan makanan untuk majlis resepsi atau menerima menantu.  Kami menempah 1500 orang dengan hargaRM18.90. Kami gunakan  Dewan Asyakirin Masjid Alor Gajah yang disewa RM850 sehari pada 22 Julai 2015.
   Sebelum itu, kami mengira perbelanjaan goodies yang mengambil kira beg, bakul telur, dan bunga telur.  Untuk bunga telur kami membeli dua ratus untuk diletakkan di pelamin.  Bunga yang dipilih warna biru dan warna pink. Semuanya kami beli di Nilai.
  Barang-barang hantaran seperti dulang telah ku beli di Kelantan, kebetulan anak buah sepupu berkahwin dengan orang Kelantan.  Di pasar Khadijah, aku membeli telekung, 2 helai kain songket , kain ela untuk dibuat baju agar seragam kami  bertiga anak-beranak, dulang , cadar dan telekung.  Aku tak ingat berapa semua perbelanjaannya, yang pastinya aku keluarkan  duit RM1500 di mesin ATM, habis semuanya. Kemudian  ditambah lagi kali kedua.
  Untuk goodies , kami belanja beli beg kertas dan bakul telur  hampir RM900 yang masing berjumlah 1500 dan 200 untuk bunga telur. Kemudian kami menempah cup cake  yang berharga RM0.80 sebiji sebanyak 1800 biji. Jumlah harga kek sahaja RM1440.  Manakala telur sepapan RM8.50 (30 biji). Aku menempah sebanyak 1800 biji berharga RM650.
  Aku bernasib baik ibu saudara dan sepupuku datang membantu  merebus telur dengan kukus  pada hari Khamis 20/7/2015. Beginilah caranya kami merebus telur. Telur dikukus 200 biji sekaligus, Kami menggunakan dua loyang bermula pukul satu lebih sehinggalah 8.00 malam dengan bantuan 3 orang . Selepas itu, kami memasukan telur ke dalam kotak telur,  yang terlebih dahulu kami persiapkan.
    Pada sebelah malamnya pula , sepupuku anak- beranak serta isterinya datang membantuku. Riuh-rendah rumah kami dengan lawak jenakanya. Malam itu juga besanku datang membantu. Masalah timbul apabila kek tidak dapat dihantar. Maka dihantarnya 900 sahaja, kemudian pada pagi Jumaat kami bertungkus -lumus mengisi goodies tersebut.  Syukur Alhamdulillah semua selesai diisi sehingga petang dengan  bantuan kakakku anak -beranak. Besanku pula menambah biskut .  Maka banyaklah isian goodies ini, telur, kek, biskut dan cukup biskut ,kami gantikan kerepek pisang atau biskut bawang.
  Pada malam Sabtu, kami membawa pula semua goodies itu ke dewan Asyakirin Masjid Alor Gajah. Di dewan beberapa pekerja Isda Cetering memasang pelamin dan menyusun meja serta skirting.
  Perbelanjaan  goodies sahaja sebanyak RM3140.
                   
  
 Telur direbus didalam kukus yang besardan disusun sebanyak 200 biji selama 10 minit dengan air yang cukup panas
                                         Sepupu dan isterinya membantu mengisi goodies
                               
                                                                Ibuku turut membantu
               Anak buahku dan suami mengisi goodies dan di dalam plastik oren siap dibawa ke dewan
                          Sempat bergambar di pelamin bersama-sama dengan kakakku
                                                 Goodies yang disusun di belakang dewan

                                             Sempat bergambar sebelum tetamu hadir