Kami menempah Isda Cetering yang lengkap dengan package - pelamin, solekan , khidmat juru foto atau gambar , dan makanan untuk majlis resepsi atau menerima menantu. Kami menempah 1500 orang dengan hargaRM18.90. Kami gunakan Dewan Asyakirin Masjid Alor Gajah yang disewa RM850 sehari pada 22 Julai 2015.
Sebelum itu, kami mengira perbelanjaan goodies yang mengambil kira beg, bakul telur, dan bunga telur. Untuk bunga telur kami membeli dua ratus untuk diletakkan di pelamin. Bunga yang dipilih warna biru dan warna pink. Semuanya kami beli di Nilai.
Barang-barang hantaran seperti dulang telah ku beli di Kelantan, kebetulan anak buah sepupu berkahwin dengan orang Kelantan. Di pasar Khadijah, aku membeli telekung, 2 helai kain songket , kain ela untuk dibuat baju agar seragam kami bertiga anak-beranak, dulang , cadar dan telekung. Aku tak ingat berapa semua perbelanjaannya, yang pastinya aku keluarkan duit RM1500 di mesin ATM, habis semuanya. Kemudian ditambah lagi kali kedua.
Untuk goodies , kami belanja beli beg kertas dan bakul telur hampir RM900 yang masing berjumlah 1500 dan 200 untuk bunga telur. Kemudian kami menempah cup cake yang berharga RM0.80 sebiji sebanyak 1800 biji. Jumlah harga kek sahaja RM1440. Manakala telur sepapan RM8.50 (30 biji). Aku menempah sebanyak 1800 biji berharga RM650.
Aku bernasib baik ibu saudara dan sepupuku datang membantu merebus telur dengan kukus pada hari Khamis 20/7/2015. Beginilah caranya kami merebus telur. Telur dikukus 200 biji sekaligus, Kami menggunakan dua loyang bermula pukul satu lebih sehinggalah 8.00 malam dengan bantuan 3 orang . Selepas itu, kami memasukan telur ke dalam kotak telur, yang terlebih dahulu kami persiapkan.
Pada sebelah malamnya pula , sepupuku anak- beranak serta isterinya datang membantuku. Riuh-rendah rumah kami dengan lawak jenakanya. Malam itu juga besanku datang membantu. Masalah timbul apabila kek tidak dapat dihantar. Maka dihantarnya 900 sahaja, kemudian pada pagi Jumaat kami bertungkus -lumus mengisi goodies tersebut. Syukur Alhamdulillah semua selesai diisi sehingga petang dengan bantuan kakakku anak -beranak. Besanku pula menambah biskut . Maka banyaklah isian goodies ini, telur, kek, biskut dan cukup biskut ,kami gantikan kerepek pisang atau biskut bawang.
Pada malam Sabtu, kami membawa pula semua goodies itu ke dewan Asyakirin Masjid Alor Gajah. Di dewan beberapa pekerja Isda Cetering memasang pelamin dan menyusun meja serta skirting.
Perbelanjaan goodies sahaja sebanyak RM3140.
Telur direbus didalam kukus yang besardan disusun sebanyak 200 biji selama 10 minit dengan air yang cukup panas
Sepupu dan isterinya membantu mengisi goodies
Ibuku turut membantu
Anak buahku dan suami mengisi goodies dan di dalam plastik oren siap dibawa ke dewan
Sempat bergambar di pelamin bersama-sama dengan kakakku
Goodies yang disusun di belakang dewan
Sempat bergambar sebelum tetamu hadir
No comments:
Post a Comment