Pada 4 Disember, pukul 3.00 pagi, kami bergerak ke SMK Naning . Kami sekumpulan 6 orang termasuk mantan Pengarah JPN dan isterinya, dua orang pengetua , aku dan suamiku . Bas sampai lebih kurang pukul 4.00 pagi dan bergerak menuju ke KLIA 2. Pukul 6.00 pagi kami semua mengangkat beg-beg untuk check in . Agak lambat juga apabila dalam kumpulan ini kerana berat beg perlu dimbil kira. Berat beg bagi setiap individu mestilah tidak lebih daripada 7kilo.
Kami sembahyang dan sarapan pagi di KLIA2. Sarapan pagi kami berdua sahaja RM75.00 - hanya roti, sosej, kentang dan air koko. Pada pukul 7.30 Semua mesti berada di balai menunggu. Kami berlepas dengan kapalterbang Air AsiaAK 403 pada 4 Disember 2016.
Sebaik sampai di Lapangan Terbang Padang, kami disambut oleh pemandu pelancong . Kemudian , kami singgah di Soto Garuda untuk sarapan pagi. Perjalanan menuju ke Bukit Tinggi memakan masa selama 1 jam 30 minit. Dalam perjalanan , kami singgah di Lembah Anai, sebuah tempat rekreasi air terjun, di mana air terjun ini akan kering jika musim kemarau. Sepanjang jalan , kami melalui City Tour Kampong Cina, Jambatan Siti Nurbaya dan Muaro Padang.
Kemudian, kami singgah di Pandai Sikek, pusat kerajinan tenunan dan ukiran khas,Sumatra Barat. Kami lawati Kampung Pariangan yang merupakan kampung tertua di Minangkabau. Di rumah minangkabau yang dipanggil rumah gadang merupakan rumah adat. Semua ahli keluarga tinggal di situ. Anak lelaki yang bujang dihantar belajar agama manakala anak dara belajar menjahit dan memasak. Di bahagian bawah rumah disediakan pakaian pengantin perempuan dan lelaki untuk disewa. Harga sewa 35 00o0 rupiah.
Sebelum sampai ke hotel kami membeli belah lagi dan makan malam. Pada pukul 10.00 malam , kami check in di Campago Resort Hotel.
Selepas bersarapan pagi
posing Pintu gerbang di Air Terjun Lembah Anai
Air terjun yang akan kering pada musin kemarau
Pemandangan di Rumah Gadang- kami disambut oleh penyambut tetamu dan diberi penerangan oleh petugas di situ.
Mendengar penerangan daripada petugas mengenai rumah gadang
Pengawai penerangan rumah gadang
Sudut fotografi -pakaian adat orang Minangkabau
Pakaian pengantin disewa 35000 rupiah
Tempat menyimpan padi
Tempat menyimpan padi semasa kecemasan umpama harta perbendaharan
Di hadapan rumah Gadang
No comments:
Post a Comment