Bermula jam 6.00 pagi, 5 Disember 2011, semua barang-barang dan kereta Unser telah mula bergerak dari Felda Sahabat. Aku mula menaiki van SMK Desa Kencana pukul 8.40 pagi bersama suami dan anak bongsuku. Kami sampai ke Lapangan terbang Lahad Datu pukul 10.00 pagi. Kemudian ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke KLIA. Kami tiba di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam, di Lendu, Melaka.
Pada 1.00 petang , 1.1.2012, lori pun sampai ke rumah guru di SBPI Sabak Bernam membawa barang-barang dari Pelabuhan Kelang. Semua barang-selamat sampai tetapi aku begitu terkejut apabila kerusi kayuku tidak dibalut seperti syarikat kargo dahulu. Kaki kipas anginku pula dah pecah. Sekarang tugasku pula membuka dan menyusun semua barang . Syukur alhamdulillah , walaupun menghadapi taufan washi, janji petang Sabtu 31.12. 2011, kemudian pada pukul 3 atau 4 pagi, perjalanan kargo memakan masa lebih kurang 3 minggu, tetapi kalau mengikut tahun tentulah setahun. 5.12.2011 - 1.1.2012.
Saturday, December 31, 2011
Tuesday, December 27, 2011
Jom sihatkan badan
Sempena cuti sekolah ni, agak banyak masa . Jom kita sihatkan badan dengan senaman. Di rumahku ini banyak alat-alat menjaga kesihatan yang kami beli. Suamiku ini banyak beli alatan kesihatan tetapi kurang menggunakannya.
Jadi sambil berkemas dan membuat kerja-kerja rumah, sempatlah aku menggunakan alat senaman tersebut. Malangnya akubukanlah orang yang sangat berdisiplin, tetapi cuba mencuri waktu bersenam pada sebelah pagi dan sebelah petang 30 minit cukuplah. Jom kekawan dan anak-anak sekalian bersenamlah, jaga kesihatan.
Teringat pula ketika di klinik, ada seorang mak cik tu memberi pendapatnya. Mengikutnya orang-orang sekarang ini tak macam dulu. Orang dulu kuat dan bertenaga walaupun sudah berumur. Apa pendapat anda? .
Alat senaman yang ada di rumahku, basikal proform CardioCrosstrainer dan body tone II kubeli pada 28.03.2004.
Mesin urut dan urut kaki ini suamiku beli , dia tak guna, jadi kugunakanlah sayang dari tersimpan sahaja. Ada lagi tilam batu jed tersimpan di bilik atas , jadi gajah putih.
Alat kuning yang ada pedal ni untuk urut kaki, lengan dan peha, boleh terbalikkan, tetapi ku terbalik dah tergelincir mesinnya, jadi sekarang kena urut menghadap atas sahaja.
Alat ini untuk rampingkan pinggang, boleh twist.
Kalau bosan-bosan bolehlah pergi gym kecil saya ni.

Pokok bunga
Pada masa dulu, rajin tanam bunga. Lihat ini banyak pokok bunga yang dah mati. Jadi ku susun sahaja pasu bunga ini. Ingatkan nak simpan di bawah dekat dengan reban ayam. Aku pun dah tak bela ayam sejak tinggalkan rumah bulan 4 tahun 2010. Pokok-pokok bungaku banyak yang dah mati.
Kini, sepanjang cuti sekolah asyik mengemas dan pokok-pokok bunga yang terbiar ni tak berjaga. Hari ini sempatlah menggemburkan tanah di dalam pasu bunga. Pokok-pokok bunga macam dah merajuk, ada yang layu dan ada yang hidup subur hingga menjalar-jalar .
Banyaknya pasu yang dah ditelangkupkan apabila banyak pokok bunga yang dah mati
Berserabutnya pokok ni, sepatutnya pokok bunga ini ada tiang untuk memanjat, tapi ku buang saja, tanam yang anak .
Pokok bunga yang tak berjaga
Aku sebenarnya suka tanam pokok bunga yang berbunga.
Dah alih anak pokok ni, kuranglah serabutnya.
Jadi hari ini, ubah anak pokok dan pokok-pokok bunga yang dah merimbun , ku alihkan ke pasu lain. Buang terlalu banyak. Biarlah pokok bunga ini hidup subur. Kalau boleh bercakap, tentu dia kata apalah tuan aku ni, biarkan aku begini. Aku memang tak pandai kot untuk menghias rumah atau aku tak cukup tangan. Aku sebenarnya suka tanam pokok bunga yang berbunga, pokok berdaun hijau ini sebenarnya sesuai ditanam di bandar sebab di bandar hutan batu di kampung hutan hijau. Dulu, cantik pemandangannya sebab suka tanam bunga daisy, bunga matahari dan bunga yang berwarna-warni. Kawan pun melihat rumahku macam tanam bunga, kini tidak.

Thursday, December 22, 2011
Terseliuh sampai 4 orang tukang urut
Ketika sibuk membeli-belah di Tesco buat persiapan kedua-dua anakku ke SBPI dan SMK Syarifah Rodhiyah , suatu peristiwa yang tak mungkin kulupakan telah terjadi . Sibuk setiap hujung minggu, mana nak masak, mana nak pergi menziarahi mereka kerana seorang di Selandar dan seorang lagi di Semabuk. Pada masa itu kalau pergi menziarahi mereka dari 10.00 pagi hingga balik pukul 10.00 malam.
Kakiku terseluh di depan Tesco, terkulai hendak pijak pun susah,jadi terpaksa diampuh. Semua ini gara-gara nak cepat balik ke rumah, nak sembahyang zohor di surau Tesco, agak keberatan almaklumlah aku tak bawa telekung, nak guna telekung di situ tak tahan baunya. Jadi aku terkocoh-kocoh dalam pada itu aku tergelincir betul-betul depan pintu keluar. Sakitnya betul-betul tapak kaki tidak boleh pijak.
Aku terus ke rumah ibu saudaraku, dia memang pandai mengurut. Dia terkejut melihat aku terpaksa dipapah kerana kaki sebelah kananku itu. Dia mengurut dan membalut kakiku dengan jadam dan kain. Sejak hari itu terpaksalah jalan berjengket. Setelah berurut 3 kali masih lagi sakit.
Di sekolah semua rakan sejawat terkejut. Mereka sibuk menyindir hai main bolakah sampai cedera, aku buat tak kisah. Tak simpatipun. Pada masa itu aku mengajar tahun 5 , kelas di tingkat 4, nak naik satu cerita, nak turun rupa-rupanya lagi sakit, mungkin berat badan kita menekan ke tapak kaki.
Sejak dari itu, aku sibuk mencari tukang urut. Setelah 3 orang mengurut masih lagi belum sembuh. Menurut seorang kawan, ada tukang urut yang pandai. Dia urut lembut sahaja. Aku pun pergi kepadanya. Mula-mula tension juga dengannya, dia sibuk mencari kad pengenalannya. Lama juga aku menunggu. Akhirnya sekali pegang dan urut pada urat yang terseliuh itu berbunyi , tup. Dia pun berkata ha dan masuk semula urat tu, sebab itu kaki kamu sakit. Setelah tiga kali berurut, kakiku pun sembuh. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006 ketika anak sulungku memasuki SBPI di Selandar.

Friday, December 16, 2011
uniknya, menghargai kemahiran
Cuba kita lihat di sekelilling kita. Banyak perkara atau barang-barang atau produk dicipta oleh manusia. Manusia pula mempunyai berbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.
Cuba kita lihat daripada sekeping papan, ditoreh atau dipotong untuk mecipta sesuatu.
Benda ini saya beli di pasar gantung Tawau. Mula-mula takut juga hendak dirikan benda ini, amat sensitif, kalau salah , terburai.
Malangnya setelah beberapa kali buka tutup atau pasang tutup, tiba-tiba sahaja tangkainya patah. Hendak buang sayang sebab belum gunakan. Jadi dicari gam Gajah digamkan semula, dah cacat sikit. Benda ini sebenarnya tempat letak barang atau buah-buahan . Sebelum kembali ke Semenanjung adalah beberapa buah tangan yang dibeli untuk kenangan semasa berkhidmat di sana.

Thursday, December 15, 2011
Teknik Bacaan Kuat
Kita sebagai guru mestilah sesekali menguji bacaan murid kita yang selalu gagal dalam subjek Bahasa Melayu. Walaupun kita tahu BM adalah subjek yang dianggap mudah tetapi tidak semua murid kita menguasai kemahiran membaca. Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa daerah atau loghat bahasa.
Untuk mengetahui bacaan mereka lancar atau tidak, kita mesti uji mereka dengan bacaan kuat. Walau aliran kini tidak menitik beratkan bacaan kuat tetapi sebagai guru kita mestilah mengetahui kelemahan murid.
Kaedah bacaan kuat ini khas untuk murid PROTIM atau murid yang lembab atau kurang cerdas IQnya. Kekadang mereka menulis perkataan dengan ejaan salah. Semasa saya mengajar di Sabah, banyak kesalahan ejaan,
lain dieja lain dibatangkan/menyebut bunyi perkataan tersebut.
Contoh-contoh kesalahan paling kerap, mereka eja meraka-puas dibetulkan masih lagi salah. Cedera- cederah, (ditambah h )parah dieja para (dilenyapkan h). Susah betul hendak mengajar mengikut sebutan yang betul, kv, kvkv, kvk dan sebagainya walaupun dibantu dengan kemudahan komputer. Perisian program PROMILL amat membantu saya. Kekadang 'fed up' juga asyik ulang-ulang dan selalu tidak hadir ke sekolah.
Gambar di bawah sekadar hiasan

alat atau BBM nilai murni
Sebagai guru Tahun 6, bukan mudah untuk mengajar nilai-nilai murni kertas Penulisan bahagian C. Aku sudahpun lupa bila agaknya aku mengikuti kursus format baru bagi kertas penulisan ini, kalau tak silap tahun 2004, dan format baru ni bermula pada tahun 2005.
Untuk mengajar nilai-nilai murni ni sebenarnya murid-murid yang rajin membantu ibu bapa di rumah dan rajin membaca boleh mengenal pasti nilai-nilai murni serta boleh membezakan nilai-nilai tersebut kerana nilai-nilai murni ini kadang-kala bersangkut -paut.
Untuk lebih menarik lagi, kalau dulu nilai murni ini ku buat dalam bentuk daun, atau baju, sekarang ini ku buat dalam bentuk bunga dan dipamerkan di dinding atau di papan kenyataan supaya mereka dapat mengingati dan menghayatinya. Selalunya , aku memberikan petikan pendek untuk mereka mengesan nilai murni tersebut secara lisan, kemudian barulah menjawab latihan secara bertulis, itupun setelah mengadakan perbincangan. Kadang-kala beri masa 20 minit pun tak siap, jadi terpaksalah kuberikan jawapan penuh terutama kepada murid yang lemah .

Subscribe to:
Posts (Atom)