Bagi kami yang menunggu dari pagi hinggga ke petang tak muncul-muncul, kami membantu packing barang-barang masuk kotak. Kami bertegas kami mesti selesaikan kerja-kerja dan angkut barang -barang dulu sebab akan kami meninggalkan rumah sewa E26B, Jalan Halia, Felda Wilayah ini sebelum pukul 8.00 pagi. Mereka mula membuat kerja dan mendaftar semua barang bermula pukul 10.20 sehingga pukul 5.30 pagi barulah selesai. Itupun banyak kerja mereka yang telah kami bantu. Mereka hanya buka meja bulat itu sahaja. Katil dan tilam sudah kami cerakinkan macamlah buat pengiraan matematik. Mereka sepatutnya ada perkiraan waktu.
Kami yang biasa pindah -randah pun pandai target dan bajet masa. Dulu dari Pulau Pinang sebelum lori angkut barang bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari , kira-kira pukul 1.00 tengah hari semuanya dapat diselesaikan. Kerja-kerja ini mudah, angkat barang masuk kontena. Bayarannya pula RM800 ringgit dari 864, Paya Keladi Masjid menuju ke Lendu , Melaka.
Pengangkutan kargo berisko sebab barang dimasukkan ke dalam kotak dan dibalut dengan palstik. Kalau banyak kotak banyaklah kerja. Itupun kami dan bantu mereka. Sakit pinggang angkat barang dan urat saraf sebab tidak pernah kerja berat seharian suntuk.
Dari felda sahabat 8. 30 pagi sampai ke Lapangan Terbang Lahad Datu pukul 10.00 pagi. Pukul 11.35 kami kapal terbang kipas MH 3015 sampai Ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu pukul 1.00 petang. Sementara menunggu pukul 3.25 ke KLIA kami sembahyang dan akses fb. Kami sampai ke KLIA pukul 6.00 petang. Anakku yang sulung sampai pukul 7.00 malam. kami ambil kereta dan terus pulang ke rumah. Kami selamat sampaio ke rumah lebih kurang pukul 10.00 malam. Sayonara Felda Sahabat dan Sabah. Mungkin sesekali peristiwa semalam menggamit memori. Maafkan daku wahai warga Sabah sekiranya kenangan semalam mengguris hati dan perasaan. kita sebagai manusia saling memerlukan dan hidup dengan aman serta bahagia.
No comments:
Post a Comment