Wednesday, February 19, 2014

Berkunci dan terkunci


Bulan yang lalu, sibuk nak mengecat kelas, berkunci pula grille di tangga tingkat  satu  merupakan laluan naik ke tingkat atas , kelasku di tingkat 3, maka tak dapatlah naik dan mengecat kelas.  Hajat terhenti di situ.

 Semalam  14/2/2014 tercatat dalam sejarah.  Sedang asyik di kelas tahun 1 Arif menyiapkan kerja bertulis di dalam buku supaya murid dapat mengikut contoh tulisan., kemudian  aku terus ke kelas 6 Bestari kononnya nak menyambung sedikit keceriaan kelas- kerja tampal -menanpal di papan kenyataan, lain pula jadinya. . .
  Aku ingatkan pintu grille di tangga bawah tak akan dikunci kerana aku letakkan keretaku betul-betul di tangga supaya mereka tahu aku masih berada di kelas. Malangnya ketika hendak balik  pada pukul 1.30 petang, grille di bawah berkunci pula. Bagaimana nak keluar? Aku berjumpa pengawal keselamatan, Puan Masitah , katanya dia tak tahu aku berada di kelas.  Dia tidak boleh membantu, kalau ada Pak Ali tentu dia boleh membantu mengambil kunci di rumah cikgu Aminah.  Aku pun menelefon cikgu Aminah untuk mendapatkan maklumat nombor telefon kerani.  Malangnya dia pun tidak menyimpannya.  Dia membantu aku namun gagal.  Kemudian aku menelefon GPK 1, untuk mendapatkan nombor telefon kerani.  Dia telah menghubungi kerani malangnya telefon tidak dijawab.  Aku juga menelefon kerani , masih juga tak dijawab.  Alamat tinggallah aku di kelasku.
   Sementara menunggu kerani balik bertugas semula, aku membuat kerjaku sehingga pukul 2.30 petang.  Akhirnya aku dapat pulang kerana grille telah pun dibuka...dulu berkunci kini terkunci....macam-macam hal di sekolah baru.

1 comment:

  1. 19/2/2014 - balik lambat lagi menambahkan keceriaan - masih byk lagi ruang kosong...hari ini Cikgu Maya memuji kelasku ..cantik suka akan keceriaannya manakala komen Ustazah Salwa tampalan bahan-bahan bacaan ada yang macam turun bukit bermaksud tak lurus , bahan bacaan tersebut senget...tak apalah buat seorang diri, kalau ada masa barulah betulkan.

    ReplyDelete