Kami sampai di Sekolah kebangsaan Lahad Datu 3 pada pukul 9.00 pagi. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi. Sebaik sahaja tiba, kami sibuk menyiapkan peserta dengan pakaian dan makeup. Aku bernasib baik membawa sedikit sebanyak renda dan jarum peniti yang dipinjam dari Pn Juwaida bt Juwahir. Peserta kami menyertai pertandingan sukan ria ,gubahan, senamrobik dan tarian.
Kami bersyukur kerana berjaya mendapat johan bagi pertandingan gubahan untuk majlis perkahwinan, tempat ketiga bagi pertandingan tarian, tempat keempat bagi acara sukanria iaitu memancing tin, memasukkan air ke dalam botol dengan span, dan menambil pundi kekacang dengan chopstick. Bagi pertandingan senamrobik pula kami tidak bernasib baik kerena tidak mendapat tempat. Secara keseluruhannya , kami tempat kedua . Peserta-peserta dari sekolah lain tidak kurang hebatnya.
Aku pula telah memandu kereta Unser suamiku untuk membawa murid ke sekolah tersebut. Oleh kerana sukanria tersebut bergabung dengan sekolah menengah , ada guru SM Desa Kencana menyangka bahawa suamiku hadir bersama di sekolah itu. Anak sulungku yang kebetulan bercuti mengikut serta membantu memantau murid berkenaan. Memang kedua-dua anakku pernah menjadi guru ganti di sekolah ini. Syukurlah ....dapat juga aku memberi khidmat kepada sekolah semasa bertugas di sana.....bersama ini ku pahatkan kenangan bersama-sama mereka.
murid-murid SK Sahabat 4 sedang bersenamrobik
Hasil gubahan yang menjadi johan bahan-bahan terdiri daripada coklat dan gula-gula, gubahan tuala berbentuk buah diletakkan di dalam bakul, semua renda , rama-rama dan alas gubahan dipinjam daripada Pn Juwaida bt Juwahir.
No comments:
Post a Comment