11/2/2014 adalah kali pertama ,penulis mengenalkan murid-murid tahun 1 dengan pembelajaran melalui komputer dan CD. CD Pemulihan Bahasa Malaysia , KPM ini sesuai dengan murid tahun satu, jadi penulis gunakannya. CD dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah.
Laptop dan pemain cakera keras ini pernah penulis bawa ke Thailand semasa mengadakan perkongsian ilmu atau ceramah Bahasa Melayu untuk guru-guru Thailand belajar Bahasa Melayu, kini laptop berubah arah ke SKMT pula. Ini bermakna laptop ini telah berada di Sabah, Selangor dan Melaka mengikut si pemilik.
Hari ini tertinggal pula speaker, alamat penulis menggunakan suara sendiri. Murid-murid tahun satu memang berminat dengan teknologi terkini, namun penulis tidak boleh selalu menggunakan laptop, LCD, speaker dan pemain cakera kerana susah hendak mengangkat barang-barang sendiri. Walaubagai manapun penulis cuba memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik di dalam kelas.
Perisiannya mudah dan menarik juga daripada guru bercakap sendiri. Murid-muridk ini sangat aktif tetapi banyak yang lemah, maklumlah walaupun tinggal di pekan tetapi keadaan latar belakang sosio ekonominya kurang menggalakkan.
Penulis bersyukur dapat menjalankan pembelajaran dan pengajaran dengan cara ini walaupun semua bahan dan peralatan penulis beli sendiri. Dalam CD ini ada konsep, aktiviti dan penilaian. Bukan penulis tidak mahu mengeluarkan idea tetapi kesuntukan masa menyebabkan penulis menggunakan media terkini dengan kata lain buku digital.
berebut nak menjawab soalan
No comments:
Post a Comment