Semua murid sangat bersemangat untuk bertanding. Masing-masing dengan gaya dan pakaian tersendiri. Persiapan dewan telah diatur dan backdrop dibuat begitu 'simple' . Murid-murid membantu guru mengangkat kerusi. Keadaan bertambah meriah apabila semua guru dijamu dengan bihun dan air sirap tajaan seorang guru sempena hari ulangtahun kelahirannya pada hari tersebut.
Ada jiga guru yang menghidangkan puding, pisang dan keledek goreng .
Ada 8 kelas bertanding,muraid tahun 3,4, 5 dan 6. Masing-masing mempamerkan kehebatan , kelebihan dari segi pakaian, lagu dan iringan muzik 'minus one". Mereka bersentap hebat. Adatlah dalam pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Masalahnya ada kelas yang tidak mengakui atau menerima kekalahan mereka. Syukurlah murad-murid kelasku tidak ada yang komplen . Mereka dah lakukan yang terbaik, kita terpaksa terima kelemahan dan kehebatan orang lain.
Backdrop yang paling sempoi - huruf-huruf pertandingan lagu-lagu patriotik digunting oelh murid-murid Tahun 6 Arif - terima kasih atas bantuan
Murid-murid tahun 6 Bestari
Barisan hakim terdiri daripada Pn Maya, En Mohd Isha, En Zainal dan En Azmi
Persembahan daripada murid Tahun 5 Arif
Persembahan daripada murid tahun 6 Arif
Keputusan hakim pertandingan lagu-lagu patriotik , juara menjadi milik 5 Arif, naib johan murid tahun 4 Arif dan tempat ketiga 3 Arif.
No comments:
Post a Comment