Monday, February 24, 2014

Keceriaan Kelas 6 Bestari Fasa 3



24/02/2014 Isnin -  menyambung kerja  menampal bahan-bahan bantu belajar dan kata-kata motivasi.  Kelasku sudah cantik sekarang, begitulah pujian daripada guru-guru.  Ini bermakna aku berjaya menceriakan kelas.  Maka , ramai guru yang bertanya bilakah masanya aku menghias kelas.  Aku menyatakan aku lekatkan bahan-bahan tersebut sedikit demi sedikit dan buat perlahan-lahan.
    Masalahku sekarang ialah hendak membentuk disiplin pelajar.  Pertama, murid kelasku hanya 14 belas orang tetapi bermasalah.  Ada yang perlu ditegaskan dan ditegur.  Masalah kebersihan diri dan kebersihan kelas. Di samping masalah tidak membuat kerja rumah malahan kerja rutin yang diberikan pun tidak siap. Ada 3 orang muridku yang terpaksa mengeja sebelum dapat membaca.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk berubah.  Mereka perlu berubah untuk membentuk disiplin diri yang baik dan penampilan diri  di samping dapat meningkatkan prestasi pembelajaran.
   Nah, Inilah hasil kerjaku selama hampir 2 bulan ini , daripada kelas yang ada sedikit bahan bantu mengajar , dah bertambah.  Perbelanjaan yang ku tampung hampir mencecah RM500. Ada lagi yang ruang kosong yang belum dipenuhkan.  Semoga aku dapat membentuk disiplin dan mengubah tingkahlaku muridku  yang negatif kepada yang lebih baik....aamiin.

                            Bahagian hadapan kelas jam globe berharga RM29.90 -jaminan setahun
                                         Bahagian belakang kelas di sudut bacaan
                                               di bahagian belakang kelas
bahagian hadapan kelas- carta yang dibeli digunting dan dilaminatekan.


                      meja guru diletakkan di bahagian belakang dan meja murid dihiasi 'skirting"

Sunday, February 23, 2014

merentas desa SKMT

Sabtu, 22/02/2014 - kali pertama bertugas sebagai checkpoint 4 bagi program merentas desa di SKMT.  Sudahlah baru bertugas, cikgu -cikgu lama di sekolah itu berebut-rebut dengan checkpoint, jadi kami mengalahlah, check point 4 jadi check point 5.
  Program bermula pukul 8.30 pagi setelah mendengar taklimat dan senaman aerobik.  Majlis berjalan dengan lancar lebih kurang pukul 9.45 pagi ,  semua murid selesai kembali ke sekolah.  Ada murid yang hadir dan ada yang tak hadir.  Jumlah murid sedikit sahaja.  Murid yang berjaya mendapat tempat 1-20 diberi hadiah  medal. Ada dua  kategori murid perempuan A , B  dan lelaki kategori A dan B.  Kalau dihitung semua murid boleh mendapat medal kalau kuantiti muridnya sedikit atau tidak mencukupi.
   Syukurlah acara merentas desa ini berjalan dengan baik atas bantuan ajk PIBG dan 4 orang polis yang membantu mengawal lalu lintas dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.







  Program ini memerlukan pengorbanan guru bertugas pada hari Sabtu,  Guru memang banyak berkorban sama ada dalam bentuk tenaga, wang dan perkhidmatan....itulah pengorbanan seorang guru yang tidak kaya dan tidak miskin........hidup secara sederhana...aamiin

Sukanria Persatuan Pandu Puteri 2011

Pada 7/2/2011 aku telah membawa murid-murid  Pandu Puteri dalam pertandingan sukanria di Lahad Datu, Sabah . Aku baru bertugas tahun kedua di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4, Sabah. Pengalaman pertama membawa murid-murid Pandu Puteri bagi menampung murid yang lain menaiki van.  Kami seramai 4 orang guru pengiring iaitu Pn Junida bt Yusup, Pn Nor Kartini bt Ghazali, Pn Sanuri bt Lasio dan penulis beserta dengan 24 orang murid Pandu Puteri.

  Kami sampai di Sekolah kebangsaan Lahad Datu 3 pada pukul 9.00 pagi. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi.  Sebaik sahaja tiba, kami sibuk menyiapkan peserta dengan pakaian dan makeup.  Aku bernasib baik membawa sedikit sebanyak renda dan jarum peniti yang dipinjam dari Pn Juwaida bt Juwahir. Peserta kami menyertai pertandingan sukan ria ,gubahan, senamrobik dan tarian.

  Kami bersyukur kerana berjaya mendapat  johan bagi pertandingan gubahan untuk  majlis perkahwinan, tempat ketiga bagi pertandingan tarian, tempat keempat bagi acara sukanria iaitu  memancing tin, memasukkan air ke dalam botol dengan span, dan menambil pundi kekacang dengan chopstick.  Bagi pertandingan senamrobik pula kami tidak bernasib baik kerena tidak mendapat tempat.  Secara keseluruhannya , kami  tempat kedua . Peserta-peserta dari sekolah lain tidak kurang hebatnya.

  Aku pula telah memandu  kereta Unser suamiku  untuk membawa murid ke sekolah tersebut. Oleh kerana sukanria tersebut bergabung dengan sekolah menengah , ada guru SM Desa Kencana menyangka  bahawa suamiku hadir bersama di sekolah itu.  Anak sulungku yang kebetulan bercuti mengikut serta membantu memantau murid berkenaan. Memang kedua-dua anakku pernah menjadi guru ganti di sekolah ini. Syukurlah ....dapat juga aku memberi khidmat kepada sekolah semasa bertugas di sana.....bersama ini ku pahatkan kenangan bersama-sama mereka.
                                       murid-murid SK Sahabat 4 sedang bersenamrobik

                                      penulis bergambar dengan murid-murid
 Hasil gubahan yang menjadi johan bahan-bahan terdiri daripada coklat dan gula-gula, gubahan tuala berbentuk buah diletakkan di dalam bakul, semua renda , rama-rama dan alas gubahan dipinjam daripada Pn Juwaida bt Juwahir.




Wednesday, February 19, 2014

Berkunci dan terkunci


Bulan yang lalu, sibuk nak mengecat kelas, berkunci pula grille di tangga tingkat  satu  merupakan laluan naik ke tingkat atas , kelasku di tingkat 3, maka tak dapatlah naik dan mengecat kelas.  Hajat terhenti di situ.

 Semalam  14/2/2014 tercatat dalam sejarah.  Sedang asyik di kelas tahun 1 Arif menyiapkan kerja bertulis di dalam buku supaya murid dapat mengikut contoh tulisan., kemudian  aku terus ke kelas 6 Bestari kononnya nak menyambung sedikit keceriaan kelas- kerja tampal -menanpal di papan kenyataan, lain pula jadinya. . .
  Aku ingatkan pintu grille di tangga bawah tak akan dikunci kerana aku letakkan keretaku betul-betul di tangga supaya mereka tahu aku masih berada di kelas. Malangnya ketika hendak balik  pada pukul 1.30 petang, grille di bawah berkunci pula. Bagaimana nak keluar? Aku berjumpa pengawal keselamatan, Puan Masitah , katanya dia tak tahu aku berada di kelas.  Dia tidak boleh membantu, kalau ada Pak Ali tentu dia boleh membantu mengambil kunci di rumah cikgu Aminah.  Aku pun menelefon cikgu Aminah untuk mendapatkan maklumat nombor telefon kerani.  Malangnya dia pun tidak menyimpannya.  Dia membantu aku namun gagal.  Kemudian aku menelefon GPK 1, untuk mendapatkan nombor telefon kerani.  Dia telah menghubungi kerani malangnya telefon tidak dijawab.  Aku juga menelefon kerani , masih juga tak dijawab.  Alamat tinggallah aku di kelasku.
   Sementara menunggu kerani balik bertugas semula, aku membuat kerjaku sehingga pukul 2.30 petang.  Akhirnya aku dapat pulang kerana grille telah pun dibuka...dulu berkunci kini terkunci....macam-macam hal di sekolah baru.

Thursday, February 13, 2014

menambah keceriaan 6 Bestari

Hari ini, 13/2/2014, menambah keceriaan di kelasku.  Kelas-kelas yang lain memanglah penuh bahan bantu atau maklumat di kelas mereka.  Aku pula, baru nak menghias kelas. Buat sedikit demi sedikit.  Hari ini aku melekatkan bahan-bahan yang ku dapati daripada internet , web cikgu-cikgu Tice Su dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan atau alatan menceriakan kelas.
  Malam tadi , dah laminatekan gambar-gambar tersebut. Nah, lihatlah hasilnya.  Aku melekatkan gambar tersebut dengan menggunakan pita lekat warna putih yang bersaiz besar , pita ini adalah lebihan daripada kegunaan barang-barang kargo semasa berpindah ke Sabah tahun 2010 dulu.  Aku memang suka berjimat, kalau beli pita pelekat yang berwarna hitam itu lebih mahal. Tambahan pula aku selalu gunakan pita ini semasa melekatkan gambar-gambar di SK Sungai Sireh dahulu.
  

                                              carta ini dibeli dengan harga RM5.90 sekeping, 

pantun ini didapati daripada blog cikgu-cikgu yang berkongsi idea untuk menceriakan kelas.

SPS- sistem pengurusan sekolah . Memudahkan?

Berbagai-bagai persoalan timbul di hati guru.  Benarkan SPS memudahkan kerja guru dan menggantikan semua e seperti e-operasi, e-pangkat, e-profil dan sebagainya.
  Hari ini 13/2/2014 kami diberi taklimat dan diminta melengkapkan no1-6 dalam perisian tersebut.  Aku pula, guru baru berpindah ke SKMT, Melaka merasa sukar kerana bukan nak mengisi maklumat, nak buka pun tak boleh. Pegawai yang bertugas di PKG, memaklumkan namaku sudah didaftar, malangnya aku tidak boleh membukanya, asyik-asyik salah kata laluan.  Dah diberi kata laluan pun masih loading sahaja.  Buang masa sahaja sebab dua tiga hari dah nak buat, tapi tak boleh.
  Gambar di bawah menunjukkan kami diberi taklimat di PKG, Masjid Tanah.




Semoga dengan sistem yang dibangunkan ini dapat menyelesaikan masalah guru yang sentiasa mengisi maklumat baru. Ya, Allah permudahkanlah urusan kami...aamiin.

Monday, February 10, 2014

pembelajaran melalui CD

11/2/2014 adalah kali pertama ,penulis  mengenalkan murid-murid tahun 1 dengan pembelajaran melalui komputer dan CD.  CD Pemulihan Bahasa Malaysia , KPM ini sesuai dengan murid tahun satu, jadi penulis gunakannya. CD  dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah.
  Laptop dan pemain cakera keras ini pernah penulis bawa ke Thailand semasa mengadakan perkongsian ilmu atau ceramah Bahasa Melayu untuk guru-guru Thailand belajar Bahasa Melayu, kini laptop berubah arah ke SKMT pula.  Ini bermakna laptop ini telah berada di Sabah, Selangor dan Melaka mengikut si pemilik.
  Hari ini tertinggal pula speaker, alamat penulis menggunakan suara sendiri.  Murid-murid tahun satu memang berminat dengan teknologi terkini, namun penulis tidak boleh selalu menggunakan laptop, LCD, speaker dan pemain cakera kerana susah hendak mengangkat barang-barang sendiri.  Walaubagai manapun penulis cuba memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik di dalam kelas.
  Perisiannya mudah dan menarik juga daripada guru bercakap sendiri.  Murid-muridk ini sangat aktif tetapi banyak yang lemah, maklumlah walaupun tinggal di pekan tetapi keadaan latar belakang sosio ekonominya kurang menggalakkan.
  Penulis  bersyukur dapat menjalankan  pembelajaran dan pengajaran dengan cara ini walaupun semua bahan dan peralatan penulis beli  sendiri.  Dalam CD ini ada konsep, aktiviti dan penilaian.  Bukan penulis tidak mahu mengeluarkan idea tetapi kesuntukan masa menyebabkan penulis menggunakan media terkini dengan kata lain buku digital.


                                             berebut nak menjawab soalan




 

keceriaan kelas 6 bestari -Fasa 2

Kelmarin, hari Jumaat sibuk mencari jarum , pergi mencari ke kedai Singer di Masjid Tanah, kedai kedua beru jumpa, itupun saiz besar , untuk kain yang lebih tebal.  Nasib baik, jarumnya ngam dan boleh menjahit tepi.
  Jadi malam hari , sibuk menjahit tepi.  Hari Sabtu, ada ladap pula.  Selepas ladap mendengar ceramah daripada Ustaz Mohd Kazim, aku ke Melaka mencari buku untuk anak bongsu .  Aku tidak ketinggalan membeli carta sebanyak 12 keping yang berharga RM60 setelah diskaun. 
  Hari mingggu sibuk menjahit kain ropol untuk meja murid.  Kemudian ada 2 carta yang dibeli di Sabak Bernam, digunting kecil dan 'dilaminatekan'. Tajuknya good habbit dan vegetables.  Semuanya digunting kecil untuk dilekatkan di papan kenyaataan.   
  Hari ini ,10/2/2014b ermula pukul 2.00 hingga 3.30 petang sibuk menampalkan bahan-bahan tersebut di papan kenyataan.  Kemudian  aku melekatkan simpulan bahasa di bunga telur yang ku kutip semasa majlis perkahwinan anak buahku.  Sekarang sudah jadi bunga pahar simpulan bahasa.  Aku buat muka tak malu meminta daripada saudara-maraku bunga telur tersebut.  Semuanya sibuk bertanya," nak buat apa?".  Inilah hasilnya.
 


Carta-carta lain belum dapat lagi dilekatkan di dinding, ni nak fikir lagi untuk menambahkan keceriaan kelas.  Kalau cikgu lain tak kisah, mereka sudah lama mengajar di sekolah ini, tentu dah banyak khazanah yang mereka kumpul.  Penulis hanya baru masuk bulan kedua di sekolah ini......semoga dipermudakan urusan dalam mendidik anak-anak.

Saturday, February 8, 2014

Uniknya majlis perkahwinan

Setiap orang meraikan majlis perkahwinannya dengan berlainan cara.  Seperti adat kelazimannya, majlis perkahwinan tidak akan meriah tanpa majlis persandingan.  terpulang kepada kita untuk menilainya.  Memang sukar mengikis adat temurun yang telah kita warisi.
   Majlis perkahwinan disambut berbeza antara negeri.  Kalau di sebelah utara seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, majlis seperti biasa, hanya pengantin lelaki berbaju Melayu dan pengantin perempuan berbaju kurung moden atau kurung biasa dihiasi dengan makeup yang sederhana.
Tetapi kalau di sebelah selatan seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor , Perak , Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur majlis dibuat dengan meriah.  Selain acara persandingan, diserikan dengan persembahan silat, nyanyian atau karaoke.  Ada juga yang mengadakan sambutan meraikan atau mengiringi pengantin dengan kenderaan bermotor atau berkereta, maklum sekarang banyak sangat persatuan berkenderaan seperti kereta Grand Livina, Wira, atau motor berkuasa tinggi.  Majlis perkahwinan pun sekarang ada yang menelan belanja cecahan  puluhan ribu atau semakin besar periuk semakin besarlah keraknya. Ada yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel , di taman  atau tempat khas yang menelan belanja yang banyak.  Kita sebagai insan yang kurang berkemampuan, perlulah berbelanja dengan secara berhemat.  Adalah lebih baik  wang yang dibelanjakan itu digunakan untuk perkara yang lebih memerlukan dengan kata lain bersederhanalah dalam perbelanjaan.
 


   Gambar di bawah, majlis perkahwinan anak saudara penulis di  rumah pengantin lelaki di Titi Gajah, Kedah yang diadakan pada ! Feruari 2014.
                    Majlis disambut dengan kehadiran berkenderaan bermotosikal dari Kulim
             
                                              majlis diserikan dengan persembahan silat
                                                          kehadiran para jemputan
                                           Pelamin -majlis persandingan
                                                     Hidangan meja pengantin

Penulis bersama-sama dengan ahli keluarga .
                                         
  Rombongan sebelah pengantin perempuan dari Kuala Lumpur , menyewa bas Universiti Malaya seramai 40 orang hadir tepat masanya semasa majlis persandingan.  Kami menjadi tetamu menginap di Damia Homestay, Titi Gajah 1 kilometer  jaraknya dari rumah pengantin lelaki.

  Kalau dikira perbelanjaan sekarang ini memanglah besar berbanding zaman dahulu di mana sikap bergotong-royong diamalkan dan  saling membantu sebelum dan selepas kenduri-kendara.  Saudara-mara pula bertungkus lumus membantu memasak dan persiapan untuk majlis tersebut.  Oleh itu, kerja yang berat akan menjadi  ringan selain mengeratkan tali persaudaraan dan saling mengenal saudara-mara.

Ceramah ustaz Kazim

Pada 8/2/2014 , kami berpeluang mendengar ceramah Ustaz Mohd Kazim bin Elias sempena sambutan Maulidur Rasul di padang Taman Setia, Ramuan Cina Besar , Melaka. Ramai sungguh penonton dalam anggaran 2000 orang.  Antara acara sambutan Maulidur Rasul ialah perarakan dan ceramah Ustaz Mohd Kazim.
  Majlis itu ditaja oleh beberapa individu yang menyedaiakan makanan dan munuman percuma.
Peralatan serti khemah, kerusi dan kipas angin disediakan untuk mengelakkan daripada panas matahari.  Penulis, suami , anak sulung dan anak bongsu ikut serta mengikuti ceramah ustaz Mohd Kazim yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.10 tengah hari.  Kebolehan beliau membuat jenaka dan menyanyi semasa berceramah menarik minat para hadirin.  Beliau tidak menyindir atau memperlekehkan orang lain.
  Menariknya ceramah beliau ialah penggunaan lidah yang akan membuat kita menambah dosa kerana manusia suka mengata atau memfitnah.  Beliau seterusnya menggalakkan kita berbuat baik semasa di dunia dan beribadat serta tinggalkan amalan khurafat atau syirik kepada Allah.
     Penentangan penggunaan God untuk Allah memang ditentang sekeras-kerasnya kerana matlamat tersebut akan memusnahkan akidah umat Islam di Malaysia.  Golongan tersebut akan meminta adan mendesak supaya Agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan digugurkan.   Berbagai-bagai cara muslihat digunakan untuk mempengaruhi umat Islam.  Oleh itu , kita mestilah mempertahankan kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja.  Biarlah negara lain seperti Indonesia, \Mesir dan Arab membenarkan penggunaan kalimah Allah kerana sekiranya kita tidak menjaga pengunaan kalimah Allah bermakna kita tidak sayang kepada Allah, bahananya akan diterima oleh kita kelak.
      Kepetahan dan kebijaksanaan beliau berceramah tidak kami sedari kerana masa mencemburui, selama 2 jam 10 minit terasa amat pendek.  Syukurlah semoga kami dan para hadirin yang mendengar ceramahnya mendapat hidayah dan dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.....aamiin.

                                            penulis mengambil tempat di baeah khemah
 
 para penonton terdiri daripada
 penduduk kampung, murid dan pelajar sekolah, pelatih khidmat negara, guru-guru dan tetamu VIP
      Gerai Ustaz Mohd Kazim menjual buku-buku dan produk makanan seperti kismis dan air penawar
untuk menampung sekolah di bawah pimpinannya.
             Gerai-gerai jualan makanan dan peralatan yang lain seperti buku-buku dan CD ceramah agama
                                      Penceramah jemputan Ustaz Mohd Kazim bin Elias

Thursday, February 6, 2014

Keceriaan kelas, terbengkalai juga kerjaku!

Dalam hati nak hias kelas lagi, dah pasang langsir hari Isnin minggu lepas, nak tambah lagi.  Maklumlah kelas baru tahun 6 Bestari di SKMT  Masjid Tanah, Melaka.  Barang-barang lama dah ditinggalkan sedikit di SKSS .  Jadi tahun ini nak mulakan yang baharu dan semangat baharu.....tetapi banyak pula halangannya.
  Meja murid dah dibubuh  alas meja, muridku rajin membantu tetapi maklumlah kerja murid tak selaras dibuatnya.  Apa-apa pun aku terima hasil kerja mereka.  Aku nak tambah skirting pula, baru jahit lapan meja, jarum mesin jahit tepi dah patah.  Hari ini , selepas balik  dari sekolah pergi ke kedai, cari jarum tersebut yang bersaiz 11, tak teliti ingatkan ok , tetapi  tak ngam pula! Dalam hati hendak selesaikan kerja , malangnya  malam semalam , mesin jahit buat hal pula.  Akhirnya siap juga lapan meja. Susahnya nak cari saiz jarum jahit tepi ni, nak cari agen singer jugalah...
  Kain jersey ini kubeli pada tahun 2010 semasa mengajar di SKDN, lama dah simpan, dulu buat langsir kini jadi skirting pula. Ukuran sebuah meja murid ialah  70 cm x 50 cm.  Syukurlah cukup kain untuk membuat skirting yang lebarnya 15 cm.
   Syukurlah sempat pasang lapan meja sahaja.  Malam ni jahit skirting meja guru pula.  Semoga kerjaku akan selesai,  Selepas ini nak tumpu  pdp murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR dan murid Tahun 1 yang nak baru nak menguasai  kemahiran membaca  dan menulis.  Semoga Allah meringankan beban tugasku ...aamiin


 p dp