Aku tidak ingat entah berapa botol aku telan ubat batuk Hurix, batukku tak juga sembuh. Beralih kepada madu pula. Kemudian aku demam disertai dengan batuk dan selesema.
Dengan keadaan yang melemaskan itu membuatkan aku ke Klinik Doktor Insan dan Siti, di Alor Gajah. Semasa mendapatkan rawatan, Doktor Ihsan bertanyakan tentang jerawat di dahiku. Kenapa di dahi tu, dah lamakah?. Selamba aku menjawabnya," Baru tiga hari, " "Oh, begitu, tak mengapalah, kalau dah lama bahaya tu!". Pertanyaannya menimbulkan seribu persoalan kepadaku.
Kemudian, aku ke sekolah . Batuk dah beransur baik dengan memakan ubat antibiotik. Kemudian aku disarankan buat fully check up oleh salah seorang guru memandangkan usia semakin meniti senja. Aku berpuasa untuk membuat fully check up seperti menguji kahak kerana batuk yang berlarutan, x-ray, ujian ambil darah dan air kencing.
Untuk melakukan semua check up penuh ini, aku ke Poliklinik Masjid Tanah. Setelah sebulan ada janjitemu dengan pihak doktor. Keputusannya blood glucose memeranjatkan aku. Keputusan 15.1 mmol/L dan bacaan kolestrol tinggi. Aku tak tanya pula berapa bacaan kolesterol.
Pada saat diberitahu, aku agak terkejut dan rasa susah hati. Aku juga enggan menerima keputusan tersebut. Akhirnya , aku dimarahi oleh doktor bangsa benggali tersebut. Oleh kerana aku enggan makan ubat, maka beliau menulis di kad tersebut sebagai pesakit diabetes. Beliau terus menyimpan rekod tersebut tanpa memberi ubat kerana aku sendiri tidak mahu makan ubat dengan luahan katanya, " Nak buat apa saya bagi ubat kalau mak cik tak mahu makan ubat,".....hehehe , faham-fahamlah sikapku seboleh-bolehnya aku tidak mahu makan ubat dengan alasan sekali , dah makan seumur hidup bergantung hayat kepadanya....Wallah'ualam bissawab.
No comments:
Post a Comment