Semangat kentalku semakin luntur. Ingin ke sekolah terasa berat hati, dan rasa penat yang teramat. Kemudian aku beralih buat fully check up di Hospital Alor Gajah pula. Pertama kali buat check up sama sahaja prosedurnya, dan keputusan gula dalam darah 13 mmol/L dan kolesterol tinggi. Aku diberi setengah biji ubat kolesterol dan sebiji glumet DC makan dua kali sehari sebagai pesakit diabetes.
Walaupun diberi ubat tersebut, aku masih tidak mengubah cara pemakananku. Pagi-pagi minum nesvita 3 in-one dan minum kopi susu pekat manis bervitamin , serta kuih manis. Setelah sebulan diambil darah lagi dan doktor ingin melihat perubahan bacaan gula dalam darah. Keputusan sama, akhirnya aku dimarahi doktor berbangsa Cina itu. Dengan marahnya, dia meminta aku mengambil insulin secara suntikan. Lagilah aku tidak boleh terima. Beliau pun menerangkan bahawa ubat yang aku makan itu tidak berfungsi tambahan pula beliau menerangkan bahawa aku masih muda, kalau tidak buah pinggang dan jantung akan rosak. Aku mendengar sahaja leterannya. Aku memintanya memakan ubat tablet sahaja.
Dengan nada marah , beliau menulis dalam buku pesakit bahawa sepatutnya aku dapatkan suntikan insulin. Walaupun demikian, beliau masih memberikan aku tablet, ditambah dengan tablet Gliclazide 2 biji 2 kali makan ,Gumet DG 2 biji 2 kali makan sehari dan ubat kolesterol sebiji pada waktu malam. Aku diminta mengambil bacaan gula dalam darah sehari 4 kali selama 6 hari.
Oleh kerana terlalu banyak sangat omelannya, maka aku mengambil keputusan untuk membeli alat menguji gula dalam darah. Pada mulanya aku berjanji untuk beli daripada juru rawat yang bertugas di bilik rawatan Diabetes itu tetapi kehabisan, aku menyatakan lain kali aku beli.
Dengan rasa tidak puas hati, aku terus ke Farmasi Saiza untuk membeli susu diabetik dan alat menguji gula dalam darah itu. Kebetulan pula ada beberapa jenama mesin atau alat menguji glokus dalam darah di Klinik Saiza, aku memilih yang paling murah, dan diskaun atau tawaran murah dengan harga RM49.90 dengan syarat menjadi ahli. Kalau tidak harganya RM120 sebuah.
Akhirnya , aku terpaksa terima hakikat bahawa aku seorang pesakit diabetes. Nasihat si pekerja di Farmasi Saiza itu membuatkan aku ada semangat ....."Tak apa, jangan susah hati, kita lawan penyakit tu,". Sejak hari itu aku mula menyukat makanan seharian dan bermulalah kehidupanku sebagai pesakit diabetes........bersambung.
No comments:
Post a Comment