Monday, June 8, 2015

Terbongkar Rahsia- akhirnya aku pesakit diabetes

Bermula dengan kad hijau dan appointment setiap bulan, aku akur sebagai pesakit diabetes.  Rasa yang amat malas dan tidak bertenaga, cepat letih membuatkan aku rasa hendak berhenti kerja.  Tambahan pula bebanan yang banyak yang ku hadapi seperti setiap kali berpindah-randah, memunggah dan menyimpan barang seperti perpindahan dari Melaka ke Sabah 2010-2011, dari Sabah ke Sabak Bernam 2011- 2012, kemudian dari Sabak Bernam ke Melaka mungkin menambah stress kepadaku. Dengan memandu sejauh 121km dari Sabak Bernam ke SK Sungai Sireh selama 2 tahun dan lain-lain dugaan yang perlu ku alami, menjadi penyebab kepada penyakit ini atau inilah dugaan yang perlu ku hadapi.  Aku cuma mencari sebab dan akibat atau punca sebenar penyakitku.
   Tak apalah terima sahaja dan redha sebagai dugaan kepadaku.  Mungkin ada baiknya, Allah memberikan aku peringatan yang lebih awal supaya menjaga pemakanan dan kesihatan.  Bagaimana hendak aku  terima kenyataan sedangkan pemakananku agak terhad.  Aku kurang menikmati makanan yang manis dan nasi pun dalam kuantiti yang sedikit. Rasa haus yang teramat dan ketika berpuasa suatu hari dulu menyebabkan aku seakan-akan kanak-kanak kecil mengeliut kehausan dan mengharapkan agar cepatlah waktu berbuka puasa. Simpton-simpton tersebut membuatkan aku mengalah dan pasrah sebagai  pesakit diabetes.
  Kini aku harus membuktikan kepada doktor Cina tersebut bahawa aku seorang yang berdisiplin dengan menyukat pemakananku.  Semua pesakit diabetes diberi taklimat tentang pemakanan, ciri-ciri pesakit diabetes, senaman. dan cara mengekalkan kesihatan. Seminar tersebut diadakan pada 20/5/2015 selama 3 jam dengan doktor diabetes, pakar pemakanan dan fisoterapi .  Agak bermanfaat juga diberi penerangan tentang pemakanan pesakit diabetes kerana selama ini aku mengambil susu pekat manis, nesvita 3 in-one.  Menurut pakar pemakanannya kalau usia muda lagi makanan dihadkan sebanyak RM12, kalau dah berusia lebih  lanjut terhad kepada RM10. Pesakit diabetes diberi panduan pemakanan yang sihat seperti mengambil banyak mengambil sayur-sayuran  dan buah-buahan serta menjadikannya  sahabat baik
    Sekarang ini,  bermulalah hidupku dengan mengira had jumlah pemakanan, kalau melebihi bermakna melanggar disiplin atau peraturan.  Aku bersyukur dapat banyak info daripada doktor muda Miss Tan yang sudi mengongsikan carta pemakanan pesakit diabetes dengan mengemelkan maklumat tersebut dan meminta aku tidak kongsikan kepada orang lain.  Aku akan memegang amanah tersebut.
   Mungkin ada baiknya Allah menguji aku supaya menerima kenyataan dan menjaga pemakanan serta menerima hakikat kebenaran.  Selain itu, aku juga berusaha menurunkan bacaan gula dengan membuat jus epal + peria katak atau jus kacang panjang + tomato.  Apabila gandingan kedua-dua jus ini , bacaan gula dalam darah mulai turun dan aku juga sudah memberhentikan beberapa ubat-ubatan tradisional seperti ubat resdung, kacip patimah, pil blue berry untuk mata dan pil tambahan untuk kalsium.  Semua ini menjadi bahan uji kajiku supaya bacaan gula dalam darah berkurangan.
   Yang pastinya apabila minum jus kacang hijau + tomato adalah amat berkesan sekali teutama kadar bacaan gula dalam darah akan berkurangan dengan cepat.  Semoga aku menjadi orang yang lebih berdisiplin dalam menangani diabetes.

Patutlah selama ini aku rasa tidak bersemangat dan selalu mengantuk serta tidak berdaya untuk membuat kerja-kerja rumah dan rasa ingin pencen lebih awal.  Tetapi memandangkan banyak tanggungjawab yang belum ku lunaskan , maka hendak tak hendak , aku perlu melangkah dan bergerak ke hadapan demi memenuhi impian dan harapan yang belum tercapai.  Semoga Allah memberikan aku semangat untuk terus berdiri dan berlari........aamiin .

4 comments:

  1. teruskan usaha dalam melawan penyakit ini,saya juga salah seorang pesakit diabetis,tapi sedihnya saya terkena pada usia muda but i dont give up,kerana saya tahu in adalah dugaan Allah untuk saya.hidup mesti diteruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, lama dah tak buka blog ini, semoga kita redha dan berusaha mencari penawarnya. Syukur Alhamdulillah, sy telah pun dpt mengerjakan haji tanpa halangan.setiap hari berdoa penyakit ini tidak menjadi penghalang buat saya mengerjakan ibadat haji...semoga saudara lebih tabah...aamiin

      Delete
  2. saya kena pada usia 25 tahun..makan ubat on off..ssh nk berdisplin...pemakan ssh nak jaga..bile tgk org makan semua rasa nk makan..pling ssh nak kawal nasi dan lauk pauk..kadang makn buah pon gula naik tinggi, 1 alasan menyebabkan mls nk g check up. menuggu lama..kadang datang kol 7am kol 11 baru siap..ssh nk mohon cuti..kadang strss tgu lama2 kat KK tu..kenapa la xde ramai doktor khas di KK memandang kan ramai golongan muda mengalami kencing manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mesti berdisiplin ttg makanan dan kira kalori pemakanan kita. Memang sukar unruk ke hospital dan dpt balik awal semasa rawatan. Saya bernasib baik kerana setiap kali mendapat rawatan cpt sekali. Sy pergi hospital pukul 7.00 pgdan 9.30 pagi dah selesai. Syukur alhamdulillah. Semoga saudara lebih tabah menghadapi situasi ini.

      Delete