Kali ini aku mahu membuktikan bahawa aku bukan diabetes tegar. Aku mahu menunjukkan kepada doktor Cina itu , aku bukanlah seorang yang tidak berdisiplin . Aku kawal pemakanan seperti yang disarankan dalam ceramah , had limitnya RM12.00 buat usia sepertiku,
Aku juga membuat perbandingan dan catatan senarai pemakananku. Mungkin memakan masa, Selain itu juga aku minum jus kacang hijau bersama tomato dan jus epal bersama peria katak. Tetapi dengan minum jus epal dengan peria katak , ku rasakan pedih perut pula seakan-akan gastrik pula. Maka aku beralih kepada minum susu diabetik dan makan quacker oat .
Keputusan catatan pemeriksaan glukose darah diambil dari 8/6 hingga 13 /6 menunjukkan perkembangan positif. Begitu juga dengan keputusan ujian darah yang menunjukkan ada sedikit kencing manis. Kali ini bertemu dengan doktor Melayu pula. Beliau bertanya kepadaku sejak bila menghidap diabetes. Aku nyatakan baharu 6 bulan . Beliau juga menyoalku mengapa doktor sebelum ini memberikan aku ubat diabetes paling maksimum . Malas hendak ku jawab. Aku cuma berdiam diri. Malangnya, beliau tidak mengubah dos ubat tersebut, malah membuat catatan di buku pesakit diabetes. Kali ini aku sendiri akan mengawal dos ubat tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang betul.
Syukurlah, patutlah selama ini aku dapati aku cepat penat dan rasa mengantuk yang teramat sangat di samping tiada motivasi ke sekolah. Mata pula rasa berat dan penglihatan semakin berkurang. Kini , penglihatanku semakin elok dan ada semangat untuk ke sekolah atau mencari rezeki, semoga Allah memberikan aku kesihatan yang elok.....aamiin.
No comments:
Post a Comment