Pantun terdiri daripada pembayang dan maksud. Jika pantun 4 baris., 2 baris di atas ialah pembayang dan 2 baris di baris di bawah ialah maksud. Rima (Hujung perkataan ) bagi baris pertama mesti sama bunyinya dengan rima (hujung baris )perkataan yang ketiga, begitu juga rima (hujung perkataan) baris ke-2 dengan rima baris ke -4.
Pantun yang telah kami cipta selama sejam......
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Rasa sayang sayang eh
rasa sayang sayang eh
Hei, Lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Memancing ikan dengan joran,
Lepas memancing pergi ke pekan
Saya sedia terima teguran,
Terima kasih saya ucapkan,
ulang korus
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh ku bayar,
Hutang budi dibawa mati.
ulang korus
Baju merah warna ceria,
Mari dipakai pergi berenang,
Memang begitu adat dunia,
Budi baik mesti dikenang
ulang korus
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
ulang korus
Che Ta minum air kelapa,
Makan dengan goreng keladi,
Kalau kita dapat berjumpa,
Persahabatan akan kekal abadi.
ulang korus
telaga , sumur atau perigi
No comments:
Post a Comment