Ramai yang berkata, perabot jati di Sabah murah. Maka termakanlah kata-kata itu. Jadi aku dalam hendak tak hendak untuk memuaskan hati pergi ke Seri Jati di Tawau.
Ibarat Sang Musang tak dapat makan anggur, katanya masam. Begitulah ku pujuk hati kerana hendak beli takut menambah berat dan biaya kargo pindah belum tentu dapat. Takut-takut kena tanggung sendiri. Oleh itu ku jamu mata dan duduk sahaja di sofa jati yang dipamerkan di situ.
Banyak perabot jati yang cantik . Daripada benda-benda kecil sehinggalah perabot yang besar- besar. Tidak apalah bukan rezekiku. Mungkin salah masa dan ketika.
Tuesday, November 29, 2011
Monday, November 28, 2011
Pasar Gantung di Tawau
Selepas bersarapan, kami terus pergi ke pasar gantung di bandar Tawau. Inilah kali terakhir mungkin kami ke sini.
Barang-barang perniagaan seperti kain baju, telekung, t-shirt, jubah dan sebagainya digantung. Barang-barang kristal dan mutiara bermacam-macam jenis. Ada mutiara air tawar dan air masin. Mutiara air masin cantik berkilat, mahal harganya. Barang-barang kraftangan seperti bakul, segala jenis alat perhiasan dari kayu, kulit siput, rotan dan buluh banyak dipamerkan.
Lihatlah pemandangan din pasar gantung Tawau ini.
barang-barang perhiasan diri diperbuat daripada kristal
barang-barang rumah seperti dulang, tempat simpan sudu dan garfu, bakul dan sebagainya.

Bandar Tawau
Selepas ke rumah Ustazah Arbayah, kami terus makan dan selepas ke Hotel King Park. Bilik 801, tkt 8, bilik ini pernah kami bermalam bersama anak-anak semasa bersiar-siar di Tawau. Kami tempah dua bilik bersebelahan dan ada pintunya di dalam yang boleh pergi ke bilik sebelah , jadi mudah berkomunikasi.
Perhatikan roundabout ini fokus pada tiang bulat warna hitam kuning tu, mudahkan pusing sahaja di situ. Tak perlu pusing jauh-jauh. Inilah yang uniknya di bandar Tawau, kekadang roundabout nya semudah ABC ada tanda bulatan putih sahaja, boleh pusing.
Pemandangan di bandar Tawau dari Hotel tersebut adalah seperti dalam gambar. Nasib kurang baik kerana aircon kurang berfungsi, panas dan line internet tak berfungsi. Puas suamiku sambungkan line ke komputer ribaku namun tak berjaya. Apa boleh buat tidur sahaja pukul 11.42 terjaga, ku cuba akses internet, berjaya pula. Jadilah burung hantu, berjaga malam sehingga pukul 4.00 pagi tidur semula dan bangun pukul 5.15 untuk sembahyang subuh. Check in pukul 4.00 ptg 27 Nov check out pukul 9.00 pg 28 November 2011

Pantai Kahapan
Teringin melihat keindahan Pantai Kahapan, 10 km dari Tungku. Selalunya pergi balik ke bandar Lahad Datu mesti melalui perkampungan. Nama-nama kampung agak berlainan. Aku hanya tahu Kampung Telisai sahaja, lain-lain kampung sepanjang jalan 120 km ke bandar aku tidak tahu.
Apa yang penting, ku ingin melihat pantai ini. Dari jauh cantiknya pemandangan air laut yang membiru di kaki langit. Setiap kali ke bandar, aku tidak berkesempatan untuk singgah.
Hari ini, 28 November 2011 sebelum meninggalkan Sabah , aku mesti singgah walaupun sebentar. Waktu maghrib hampir tiba, pukul 5.30 petang kami singgah juga dalam perjalanan balik ke rumah. Hanya 15 minit sahaja , kami terpaksa beredar balik kerana masa yang terlalu cemburu.
ramai pengunjung yang mandi-manda di pantai
Gembiranya mereka menikmati ketenangan air laut
bergambar bersama suami
bersama anak bongsu
Lihatlah keindahan pantainya. Ramai kanak-kanak mandi dan penduduk tempatan beriadah. Malangnya banyak sampah sarap. Itulah kelemahan orang-orang kita tentang kebersihan pantai.

pemandangan dari jeti

Majlis Perkahwinan Di Sabah
26 Nov 2011 adalah kali terakhir agaknya menghadiri majlis perkahwinan di rumah Cikgu Najeerah bt Lamundur, GPK Kokum .
Walaupn tidak ada kad, namun senang sahaja mencari rumahnya, Ka Silabukan , Peringkat 2, kira-kira 85 km dari Felda Sahabat.
Kami mencari arah rumah pengantin, mula-mula masuk simpang ada arah, kemudian simpang lagi, ada arah, selepas itu, kami tak tentu arah, sebabnya dah terlepas daun kelapa. Mana tidaknya, daun kelapa sama dengan pokok kelapa dan rumput di kiri-kanan jalan. Kalau di Semenanjung, cari sahaja bunga manggar. Akhirnya sampai juga setelah bertanya kepada seorang penduduk kampung di situ.
sempat bergambar bersama dengan pengantin
Jalan masuk ke khemah tetamu dan pelamin pengantin
tiada meja, hanya kerusi-kerusi yang disediakan untuk tetamu
pemandangan di khemah
rumah penduduk tempatan yang berjiran
Jalan masuk ke rumah pengantin, di kiri kanan daun kelapa

Sunday, November 27, 2011
jom singgah rumah Arbayah
Sebelum kaki melangkah meninggalkan Sabah, aku sempat singgah di rumah Ustazah Arbayah Suwandi, di Taman Muhibbah, berdekatan dengan Sekolah Menegah Teknik, Tawau.
Konon-kononnya nak bagi surprise, tetapi hilang punca bila tak jumpa sekolah teknik tu, yang kutahu nak pergi ke sekolah teknik ikut Jalan Kuhara. Sedang berhenti nak cari GPS, tetiba saja keretanya berhenti. Jadi kami ikut sahaja. Nasib baik juga , kalau kami cari sendiri tak jumpa, sebab jalannya berbelok-belok dan berliku-liku. Ingatkan taman Muhibbah itu sederet atau sekelompok, tetapi rumah-rumah di situ dibina berperingkat-peringkat. Tambahan pula, kawasan itu baru siap dibina. Kalau tanya jiran-jiran tentu tak kenal. Rumahnya pula yang kedua hujung sekali.
Syukur akhirnya dapat juga berjumpa dan sempat merakamkan secebis kenangan di nrumahnya.
jom singgah rumah Arbayah
Sebelum kaki melangkah meninggalkan Sabah, aku sempat singgah di rumah Ustazah Arbayah Suwandi, di Taman Muhibbah, berdekatan dengan Sekolah Menegah Teknik, Tawau.
Konon-kononnya nak bagi surprise, tetapi hilang punca bila tak jumpa sekolah teknik tu, yang kutahu nak pergi ke sekolah teknik ikut Jalan Kuhara. Sedang berhenti nak cari GPS, tetiba saja keretanya berhenti. Jadi kami ikut sahaja. Nasib baik juga , kalau kami cari sendiri tak jumpa, sebab jalannya berbelok-belok dan berliku-liku. Ingatkan Taman Muhibbah itu sederet atau sekelompok, tetapi rumah-rumah di situ dibina berperingkat-peringkat. Tambahan pula, kawasan itu baru siap dibina. Kalau tanya jiran-jiran tentu tak kenal. Rumahnya pula yang kedua hujung sekali.
Syukur akhirnya dapat juga berjumpa dan sempat merakamkan secebis kenangan di rumahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)