Apa yang penting, ku ingin melihat pantai ini. Dari jauh cantiknya pemandangan air laut yang membiru di kaki langit. Setiap kali ke bandar, aku tidak berkesempatan untuk singgah.
Hari ini, 28 November 2011 sebelum meninggalkan Sabah , aku mesti singgah walaupun sebentar. Waktu maghrib hampir tiba, pukul 5.30 petang kami singgah juga dalam perjalanan balik ke rumah. Hanya 15 minit sahaja , kami terpaksa beredar balik kerana masa yang terlalu cemburu.
pemandangan dari jeti
ramai pengunjung yang mandi-manda di pantai
Gembiranya mereka menikmati ketenangan air laut
bergambar bersama suami
bersama anak bongsu
Lihatlah keindahan pantainya. Ramai kanak-kanak mandi dan penduduk tempatan beriadah. Malangnya banyak sampah sarap. Itulah kelemahan orang-orang kita tentang kebersihan pantai.
kebanyakan pantai di Sabah airnya cantik dan bersih. Pemandangan semulajadi menarik hatiku sayangnya aku tak lama di sini, kurang sebulan 2 tahun , 16 April 2010 - 1 Mac 2012.
ReplyDelete