Ramai yang berkata, perabot jati di Sabah murah. Maka termakanlah kata-kata itu. Jadi aku dalam hendak tak hendak untuk memuaskan hati pergi ke Seri Jati di Tawau.
Ibarat Sang Musang tak dapat makan anggur, katanya masam. Begitulah ku pujuk hati kerana hendak beli takut menambah berat dan biaya kargo pindah belum tentu dapat. Takut-takut kena tanggung sendiri. Oleh itu ku jamu mata dan duduk sahaja di sofa jati yang dipamerkan di situ.
Banyak perabot jati yang cantik . Daripada benda-benda kecil sehinggalah perabot yang besar- besar. Tidak apalah bukan rezekiku. Mungkin salah masa dan ketika.
Nasib baik aku tak beli set jati ni kerana apabila mendaftar di sekolah baru, dikesan gajiku terlebih bayar dan 2 bulan gaji di Semenanjung berjumlah RM9+++ terpaksa dibayar semula..hingga akhir hujung tahun baki gajiku cukup-cukup untuk menampung sebulan perbelanjaan sebelum gaji tahun depan 2013...25 Jan 2013. Sekolah jauh 121 km duit minyak 3 hari RM70.
ReplyDelete