26 Nov 2011 adalah kali terakhir agaknya menghadiri majlis perkahwinan di rumah Cikgu Najeerah bt Lamundur, GPK Kokum .
Walaupn tidak ada kad, namun senang sahaja mencari rumahnya, Ka Silabukan , Peringkat 2, kira-kira 85 km dari Felda Sahabat.
Kami mencari arah rumah pengantin, mula-mula masuk simpang ada arah, kemudian simpang lagi, ada arah, selepas itu, kami tak tentu arah, sebabnya dah terlepas daun kelapa. Mana tidaknya, daun kelapa sama dengan pokok kelapa dan rumput di kiri-kanan jalan. Kalau di Semenanjung, cari sahaja bunga manggar. Akhirnya sampai juga setelah bertanya kepada seorang penduduk kampung di situ.
sempat bergambar bersama dengan pengantin
Jalan masuk ke khemah tetamu dan pelamin pengantin
tiada meja, hanya kerusi-kerusi yang disediakan untuk tetamu
pemandangan di khemah
rumah penduduk tempatan yang berjiran
Jalan masuk ke rumah pengantin, di kiri kanan daun kelapa
berbeza dengan di semenanjung di hadapan jalan masuk atau rumah pengantin ada bunga manggar atau jemputan perkahwinan yang tertulis nama pasangan mereka. Di Sabah hanya daun kelapa ...mudah bahan semula jadi tetapi kalau di kawasan hijau terpaksalah perhatikan betul-betul.
ReplyDelete