Buat kali pertama aku menjejaki Stadium Hang Jebat untuk bertugas mengambil murid-murid olahraga. Aku sampai di Stadium pukul 3.20 petang. Aku bertolak dari rumah pukul 3.00 petang.
Sebenarnya SKMT dan SMK Alauddin adalah pengelola kejohanan olahraga kawasan Masjid Tanah. Jadi, kami terpaksa ke Stadium untuk bertugas. Setelah menyaksikan beberapa acara seperti lari 200m, 4X100 m, aku pun aangkat kaki kerana acara untuk murid SKMT telah selesai. Walaupun tidak menang, pasukan kami tetap berjuang untuk acara seterusnya pada esok hari. Acara berlangsung selama 3 hari iaitu 11, 12 dan 13 Mac 2014.
Tiba-tiba ada pula kebakaran hutan di belakang stadium Hang Jebat
Api semakin marak kelihatan dengan asap yang hitam.. Dalam perjalanan balik kelihatan hutan terbakar, entah apa puncanya aku pun tidak tahu.
Wednesday, March 12, 2014
Minggu Bahasa Melayu-Kata Majmuk
12/03/2014 aku bertugas sebagai guru Bahasa Melayu menjalankan aktiviti bulan Bahasa. Tajuk yang ku pilih ialah "Kata majmuk'. sebagai guru , kita perlu memberi contoh kata majmuk. Sebenarnya hendak menerangkan bahawa kata majmuk ialah kata yang melebihi satu perkataan sebagai contohnya perkataan papan , boleh ditambah perkataan lain contoh papan hitam, papan tanda dan sebagainya. Apabila ditambah perkataan lain akan membawa maksud lain.
Berikut adalah contoh yang ku berikan. Kemudian ku berikan perkataan bilik. ramai juga yang memberi respon dan berani ke hadapan untuk memberikan contohnya. Antara jawapan yang diberi ialah bilik kaunseling, bilik darjah, bilik Sains dan sebagai. Hanya 15 minit acara ini berlangsung, Kemudian setiap murid mencatatkan ke dalam buku catatan mereka.

Galakkan murid menjawab di hadapan murid-murid lain supaya mereka berani tampil ke hadapan. Acara ini berlangsung semasa perhimpunan pagi. Murid-murid tahun 1 hingga 5 sahaja yang terlibat kerana murid-murid tahun 6 menduduki kelas tambahan pagi.
Saturday, March 8, 2014
Pelancaran NIlam dan bulan membaca SKMT
Isnin 24/02/2014 pelancaran Nilam dan bulan membaca telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah. Majlis berlangsung dengan baik. Perasmian dilakukan oleh pengarah Pustakam Negeri Melaka, Enncik Mohd Amudyy . Beliau disambut dengan paluan kompang dengan menggunakan teknik bunyi paluan kompang, kini semua teknik boleh digunakan asal sahaja ada CD dan pembesar suara/speaker.
Secara tersurat beberapa ekor burung telah dilepaskan yang membawa maksud kita hidup perlulah mencari atau melakukan aktiviti untuk mencari maklumat atau ilmu. Kemudian setiap guru kelas diagihkan sebakul buku untuk bahan bacaan di sudut bacaan di kelas masing-masing.
Ada acara menyanyikan lagu Nilam, persembahan sajak, dan syair. Syukurlah majlis dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga semua murid di SKMT tidak mensia-siakan bahan bacaaan yang telah diagihkan dan mencatat di dalam buku NILAM.
Ucapan perasmi, Tn MOhd Azimuddy, pengarah pustakam negeri Melaka
setiap guru kelas diberi sebakul buku untuk bahan bacaan di kelas.
Persembahan sajak oleh ketua pengawas, Sarifuddin

Perasmi dan guru besar melepaskan burung dari dalam sangkar- sebagai simbol proses mencari - kepada murid pula perlu mencari ilmu melalui membaca
setiap guru kelas diberi sebakul buku untuk bahan bacaan di kelas.
Persembahan sajak oleh ketua pengawas, Sarifuddin
Persembahan syair
Monday, February 24, 2014
Keceriaan Kelas 6 Bestari Fasa 3
Masalahku sekarang ialah hendak membentuk disiplin pelajar. Pertama, murid kelasku hanya 14 belas orang tetapi bermasalah. Ada yang perlu ditegaskan dan ditegur. Masalah kebersihan diri dan kebersihan kelas. Di samping masalah tidak membuat kerja rumah malahan kerja rutin yang diberikan pun tidak siap. Ada 3 orang muridku yang terpaksa mengeja sebelum dapat membaca.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk berubah. Mereka perlu berubah untuk membentuk disiplin diri yang baik dan penampilan diri di samping dapat meningkatkan prestasi pembelajaran.
Nah, Inilah hasil kerjaku selama hampir 2 bulan ini , daripada kelas yang ada sedikit bahan bantu mengajar , dah bertambah. Perbelanjaan yang ku tampung hampir mencecah RM500. Ada lagi yang ruang kosong yang belum dipenuhkan. Semoga aku dapat membentuk disiplin dan mengubah tingkahlaku muridku yang negatif kepada yang lebih baik....aamiin.
Bahagian hadapan kelas jam globe berharga RM29.90 -jaminan setahun
di bahagian belakang kelas
bahagian hadapan kelas- carta yang dibeli digunting dan dilaminatekan.
Sunday, February 23, 2014
merentas desa SKMT
Sabtu, 22/02/2014 - kali pertama bertugas sebagai checkpoint 4 bagi program merentas desa di SKMT. Sudahlah baru bertugas, cikgu -cikgu lama di sekolah itu berebut-rebut dengan checkpoint, jadi kami mengalahlah, check point 4 jadi check point 5.
Program bermula pukul 8.30 pagi setelah mendengar taklimat dan senaman aerobik. Majlis berjalan dengan lancar lebih kurang pukul 9.45 pagi , semua murid selesai kembali ke sekolah. Ada murid yang hadir dan ada yang tak hadir. Jumlah murid sedikit sahaja. Murid yang berjaya mendapat tempat 1-20 diberi hadiah medal. Ada dua kategori murid perempuan A , B dan lelaki kategori A dan B. Kalau dihitung semua murid boleh mendapat medal kalau kuantiti muridnya sedikit atau tidak mencukupi.
Syukurlah acara merentas desa ini berjalan dengan baik atas bantuan ajk PIBG dan 4 orang polis yang membantu mengawal lalu lintas dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Program ini memerlukan pengorbanan guru bertugas pada hari Sabtu, Guru memang banyak berkorban sama ada dalam bentuk tenaga, wang dan perkhidmatan....itulah pengorbanan seorang guru yang tidak kaya dan tidak miskin........hidup secara sederhana...aamiin

Sukanria Persatuan Pandu Puteri 2011
Pada 7/2/2011 aku telah membawa murid-murid Pandu Puteri dalam pertandingan sukanria di Lahad Datu, Sabah . Aku baru bertugas tahun kedua di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4, Sabah. Pengalaman pertama membawa murid-murid Pandu Puteri bagi menampung murid yang lain menaiki van. Kami seramai 4 orang guru pengiring iaitu Pn Junida bt Yusup, Pn Nor Kartini bt Ghazali, Pn Sanuri bt Lasio dan penulis beserta dengan 24 orang murid Pandu Puteri.
Kami sampai di Sekolah kebangsaan Lahad Datu 3 pada pukul 9.00 pagi. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi. Sebaik sahaja tiba, kami sibuk menyiapkan peserta dengan pakaian dan makeup. Aku bernasib baik membawa sedikit sebanyak renda dan jarum peniti yang dipinjam dari Pn Juwaida bt Juwahir. Peserta kami menyertai pertandingan sukan ria ,gubahan, senamrobik dan tarian.
Kami bersyukur kerana berjaya mendapat johan bagi pertandingan gubahan untuk majlis perkahwinan, tempat ketiga bagi pertandingan tarian, tempat keempat bagi acara sukanria iaitu memancing tin, memasukkan air ke dalam botol dengan span, dan menambil pundi kekacang dengan chopstick. Bagi pertandingan senamrobik pula kami tidak bernasib baik kerena tidak mendapat tempat. Secara keseluruhannya , kami tempat kedua . Peserta-peserta dari sekolah lain tidak kurang hebatnya.
Aku pula telah memandu kereta Unser suamiku untuk membawa murid ke sekolah tersebut. Oleh kerana sukanria tersebut bergabung dengan sekolah menengah , ada guru SM Desa Kencana menyangka bahawa suamiku hadir bersama di sekolah itu. Anak sulungku yang kebetulan bercuti mengikut serta membantu memantau murid berkenaan. Memang kedua-dua anakku pernah menjadi guru ganti di sekolah ini. Syukurlah ....dapat juga aku memberi khidmat kepada sekolah semasa bertugas di sana.....bersama ini ku pahatkan kenangan bersama-sama mereka.
murid-murid SK Sahabat 4 sedang bersenamrobik
penulis bergambar dengan murid-murid
Hasil gubahan yang menjadi johan bahan-bahan terdiri daripada coklat dan gula-gula, gubahan tuala berbentuk buah diletakkan di dalam bakul, semua renda , rama-rama dan alas gubahan dipinjam daripada Pn Juwaida bt Juwahir.

Wednesday, February 19, 2014
Berkunci dan terkunci
Bulan yang lalu, sibuk nak mengecat kelas, berkunci pula grille di tangga tingkat satu merupakan laluan naik ke tingkat atas , kelasku di tingkat 3, maka tak dapatlah naik dan mengecat kelas. Hajat terhenti di situ.
Semalam 14/2/2014 tercatat dalam sejarah. Sedang asyik di kelas tahun 1 Arif menyiapkan kerja bertulis di dalam buku supaya murid dapat mengikut contoh tulisan., kemudian aku terus ke kelas 6 Bestari kononnya nak menyambung sedikit keceriaan kelas- kerja tampal -menanpal di papan kenyataan, lain pula jadinya. . .
Aku ingatkan pintu grille di tangga bawah tak akan dikunci kerana aku letakkan keretaku betul-betul di tangga supaya mereka tahu aku masih berada di kelas. Malangnya ketika hendak balik pada pukul 1.30 petang, grille di bawah berkunci pula. Bagaimana nak keluar? Aku berjumpa pengawal keselamatan, Puan Masitah , katanya dia tak tahu aku berada di kelas. Dia tidak boleh membantu, kalau ada Pak Ali tentu dia boleh membantu mengambil kunci di rumah cikgu Aminah. Aku pun menelefon cikgu Aminah untuk mendapatkan maklumat nombor telefon kerani. Malangnya dia pun tidak menyimpannya. Dia membantu aku namun gagal. Kemudian aku menelefon GPK 1, untuk mendapatkan nombor telefon kerani. Dia telah menghubungi kerani malangnya telefon tidak dijawab. Aku juga menelefon kerani , masih juga tak dijawab. Alamat tinggallah aku di kelasku.
Sementara menunggu kerani balik bertugas semula, aku membuat kerjaku sehingga pukul 2.30 petang. Akhirnya aku dapat pulang kerana grille telah pun dibuka...dulu berkunci kini terkunci....macam-macam hal di sekolah baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)