Wednesday, March 12, 2014

Stadium Hang Jebat

Buat kali pertama aku menjejaki Stadium Hang Jebat untuk bertugas mengambil murid-murid olahraga. Aku sampai di  Stadium pukul 3.20 petang.  Aku bertolak dari rumah pukul 3.00 petang.
  Sebenarnya SKMT dan SMK Alauddin adalah pengelola kejohanan olahraga kawasan Masjid Tanah.  Jadi, kami terpaksa ke Stadium untuk bertugas.  Setelah menyaksikan beberapa acara seperti lari 200m, 4X100 m, aku pun aangkat kaki kerana acara untuk murid SKMT telah selesai.  Walaupun tidak menang, pasukan kami tetap berjuang untuk acara seterusnya pada esok hari.  Acara berlangsung selama 3  hari iaitu 11, 12 dan 13 Mac 2014.


                                   Tiba-tiba ada pula kebakaran hutan di belakang stadium Hang Jebat
 Api semakin marak kelihatan dengan asap yang hitam..  Dalam perjalanan balik kelihatan hutan terbakar, entah apa puncanya aku pun tidak tahu.

No comments:

Post a Comment