Sunday, September 7, 2014

telefon bimbit baharu

Gembiranya hati apabila dapat telefon bimbit yang baharu hadiah daripada suami tersayang.  Kebetulan dia ke Low Yat pada 2 September 2014, banyak kedai telekomunikasi seperti telefon, powerbank, komputer dan sebagainya. Aku pula pada masa itu berkursus di Hotel Grand Pacpfic selama 4 hari , bermula 2 - 5 September,2014.
  Dengan kesempatan itu, aku memintanya membelikan aku telefon bimbit yang baharu.  Memang telefonku masih baik lagi dan tak pernah rosak, telefon Nokia N-7.  Di sekolah kawan-kawan sibuk menyuruh membeli telefon baru.  Kini benar-benar aku dapat telefon pintar , skrin sentuh, dan kamera serta lampu. Telefon Oppo N5116 adalah hadiah hari jadi ke -52.
  Bolehlah aku bergaya dengan telefon baharu.  Pertama seklai, merakam gambar rumah abangku yang dalam proses siap.  Kemudian menggunakan telefon ini dengan sebaik mungkin.Telefon lama menjadi rebutan kedua-dua anakku.  Anak kedua pula mengadu bateri telefon buat hal.  Entah berapa kali dia mengganti bateri telefon bimbitnya itu.  Tak tahulah remaja sekarang ini, kedua-dua anak sulung dan anak kedua dah banyak kali bertukar telefon sedangkan telefon lamaku selau ku berikan kepada salah seorang daripada mereka.
 Telefon pertama, Samsung ku beli dengan harga RM450 , bunyinya kurang didengar,selalu suamiku merungut kalau ditelefon mesti tidak diangkat.  Kemudian ku beli telefon Nokia yang berharga RM1800 Nokia tetapi dicuri.  Telefon lama diberi kepada anak kedua, akhirnya tercicir dalam bas.
Telefon ketigaku Nokia N-7 pula menjadi rebutan....masih  elok dan baik kerana dibeli pada tahun 2011.
  Semoga kehadiran telefon ini aku tidak ketinggalan dalam menggunakan telefon pintar .  Terima kasih kepada suami tersayang sekurang-kurangnya ada kenangan daripadanya untuk dikenang sepanjang masa.... semoga dimurahkan rezeki dan jodoh berpanjangan ......aamiin
Pada 2 September dibeli dan pada   5 September  diberikan kepadaku pada waktu malam semasa balik ke Melaka untuk  menghantar tablet untuk kegunaan anak sulung ku yang kebetulan mahu menggunakannya. 

Friday, September 5, 2014

Bengkel di Hotel Grand Pacific , Kuala Lumpur 2014

Aku mendapat surat berkurusus di Hotel Grand Pacific , Kuala Lumpur selama 4 malam 5 hari, bermula dari 2 - 5 September.2014. Pertama kali hendak meninggalakn rumah dan anak bongsuku serta ibuku.  Kedua-dua mereka memang memerlukan penjagaan .
  Nasib baik ada anak sulungku yang boleh memasak dan memandu kereta.  Memang agak sukar aku meninggalkan mereka. Aku juga bersyukur anak sulungku boleh mengghantarku di Bahagian teknoligi Pendidikan Negeri ,Bukit Katil , Melaka kerana semua guru yang berkursus menungggu bas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
  Kami bertolak dari BTPN pukul 11.55 pagi .  Walaupun disenaraikan 23 orang namun hanya 19 orang sahaja yang menaiki bas pada hari itu.  kami berhenti makan tengah hari di R& R Seremban pada pukul 1.00 dan pada pukul 1.40 petang kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di hotel pada pukul 2.45 petang.  Kami berehat hingga pukul 3.30petang untuk minum petang dan taklimat bermula pada waktu malam pukul 8.00.
  Seronok berbengkel , kami menggubal soalan dan memurnikan soalan sambil merujuk kepada contoh soalan yang diberi. Kerja kami siap setelah berbincang dan mengedit soalan serta membentangkannya bagi memurnikan soalan baru yang digubal bersama.  Sesungguhnya bengkel ini memerlukan kerjamasa semua pihak semua pihak.  Sesungguhnya kegunaan Wifi amat penting dalam melaksanakan kerja-kerja mengedit soalan memerlukan teknoloji serta omputer , mesin pengimbas atau scanner , pencetak, LCD serta speaker atau mikrofon.
 Syukurlah setelah selesai kerja, kami bersiar-siar selama 4 jam di GM, Jalan Chow Kit.  Melihatkan panorama di situ, agak terkejut juga memandangkan kesibukan lalu lintas dan pergerakjan warga kota.  Semacam duduk di dalam dinding batu dan berjalan atau bersiar-siar di dinding batu melewat bandar raya Kuala Lumpur.
  Pada 5 September 2014, pukul 12.15 tengah hari , kami bertolak pulang ke Melaka, bas berhenti di Dataran Keris , Alor  Gajah memudahkan aku balik ke rumah.











Hidangan  makanan di Hotel ini sangat memuaskan hati kerana pelbagai makanan disediakan seperti ubi rebus cicah kelapa, cucur jagung, cucur udang, rojak, pecal, bubur ayam, dan sebagainya.
 Selain berbengkel, kami berkenalan dengan rakn-rakan sejawat. Salam perkenalan dan semoga ikatan rakan setugas berterusan.....aamiin.

Friday, August 29, 2014

Pertandingan lagu-lagu patriotik 2014

Pertandingan lagu-lagu patriotik telah diadakan pada 26 Ogos 2014 di dewan sementara SKMT.  Pertandingan ini diadakan pada waktu kokurikulum iaitu pada waktu petang pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
   Semua murid sangat bersemangat untuk bertanding. Masing-masing dengan gaya dan pakaian tersendiri.  Persiapan dewan telah diatur dan backdrop dibuat begitu 'simple' . Murid-murid membantu guru mengangkat kerusi. Keadaan bertambah meriah apabila semua guru dijamu dengan bihun dan air sirap tajaan seorang guru sempena hari ulangtahun kelahirannya pada  hari tersebut.
Ada jiga guru yang menghidangkan puding, pisang dan keledek  goreng .
  Ada 8 kelas bertanding,muraid tahun 3,4, 5 dan 6.  Masing-masing mempamerkan kehebatan , kelebihan dari segi pakaian, lagu dan iringan muzik 'minus one". Mereka bersentap hebat.  Adatlah dalam pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah.  Masalahnya ada kelas yang tidak mengakui atau menerima kekalahan mereka.  Syukurlah murad-murid kelasku tidak ada yang komplen .  Mereka dah lakukan yang terbaik, kita terpaksa terima kelemahan dan kehebatan orang lain.

              Backdrop yang paling sempoi - huruf-huruf pertandingan lagu-lagu patriotik digunting oelh murid-murid Tahun 6 Arif - terima kasih atas bantuan
                                                         Murid-murid tahun 6 Bestari

                               Barisan hakim  terdiri daripada Pn Maya, En Mohd Isha, En Zainal dan En Azmi

                                              Persembahan daripada murid Tahun 5 Arif
                                                Persembahan daripada murid tahun 6 Arif

Keputusan hakim pertandingan lagu-lagu patriotik , juara menjadi milik 5 Arif, naib johan murid tahun 4 Arif dan tempat ketiga 3 Arif.



Sudut Patriotik 6 Bestari 2014

Hari ini dan semalam, 28 & 29 Ogos 2014, aku menambah sudut patriotik dan sudut warisan agar murid-murid sedar akan kepentingan memelihara kemerdekaan.  Mereka tidak tahu apa erti penjajahan minda dan negara yang telah dijajah oleh bangsa asing seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris.  Aku memetik kata Allahyarham Sudirman yang mengatakan merdeka bermaksud memerdekakan  minda dan kemunduran.  Betapa pesanan beliau kepada generasi muda agar memerdekakan diri daripada kemiskinan menuju kepada kemajuan.
   Aku meminta murid-muridku mendoakan kesejahteraan negara kita Malaysia, tuliskan doa mereka di dalam kertas untuk dipamerkan.  Kemudian, sempena mereka menduduki peperiksaan UPSR, aku juga minta mereka mencatatkan harapan dan impian mereka.  Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya di dalam hidup mereka kelak.
  Semalam kuminta mereka menggantung pemimpin negara iaitu gambar Perdana Menteri dan gambar Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di hadapan kelas dan di sudut Patriotik.
   Hari 29 Ogos, 2014 aku adakan sudut warisan agar mereka mengetahui warisan  mereka iaitu batik, anyaman dan kraf tangan.  Sulaman mesin kuperkenalkan pada alas meja, alas makan daripada anyaman buluh, tiidung saji daripada anyaman mengkuang, dan tenunan songket pada baju kurung tradisional.
  Semoga pameran ini dapat membuka mata murid dan menghargai warisan kita.
 





Selamat menyambut kemerdekaan ke - 57 - Di sini lahirnya Sebuah Cinta - Kami sayang Malaysia semoga Malaysia sentiasa aman dan damai.


Ambang Merdeka 2014

Pada 29 Ogos 2014, Arahan mengibarkan bendera sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke- 57, telah pun dilaksanakan.  Kami berkumpul di tapak perhimpunan selepas bacaan Yasin dan taklimat daripada guru besar.
  Semua guru dan murid bersiap-siap dengan bendera Malaysia ataupun Jalur Gemilang.  Ada juga murid yang membawa bendera Melaka dan Bendera Malaysia bersaiz besar 3 X  6 inci.  Setelah menyanyikan lagu Warisan , Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, lagu Tema tahun ini, "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta "dan kami akhiri dengan 7 kali laungan merdeka diketuai oleh En Mohd Isha bin Bakar, guru cemerlang Bahasa Melayu.
  Semua murid dan guru diminta mengikuti laungan tersebut sambil mengangkat tangan dan memerdekakan diri.  Pada mulanya, tangan digenggam kemudian dinaikkan  dan melepaskan genggaman tersebut.  Majlis kibarkan bendera dan menyanyi selama 20 minit.  Majlis bersurai setelah laungan merdeka itu.








Sunday, August 24, 2014

Menyuarat Guru Baharu LINUS 2014

Pada 18/08/2014 , bertempat di Bilik Seminar , Kolej Komuniti aku telah mengikuti kursus LINUS bagi guru baharu yang tak pernah diberi pendedahan tentang LINUS.  Ada beberapa orang guru lama yang dikatakan baharu kerana tidak ada pengetahuan tentang LINUS dan mengajar Tahun 1.
  Kami diarahkan membawa Manual Am pengendalian LINUS Membaca dan Menulis , Borang BPI dan buku pengendalaian dan pengoperasian LINUS.  Seramai 9 orang Fasilinus dan kursus ini mencapai objektifnya menurut En Jasman bin Abdul manaf.
 Ada beberapa perkara yang mungkin tidak kita sukai apabila guru dikatakan megendalikan LINUS dengan tidak mengikut pandauan manual Am.  Mana-mana pegawai pun tidak akan tahu dan manu faham , bahawa untuk mengendalikan LINUS bukanlah mudah. Aku mengendalikan LINUS mengikut landasan yang betul. Tetapi ada kalanya sukar untuk menyediakan alat seperti gambar-gambar setem dan pukat sedangkan gambar yang diberikan gambar hitam putih dan murid tidak pernah melihatnya.
  Bagiku memang menyulitkan kerana aku mengajar tahun 6 dan tahun 1.  Perbezaan yang jauh tarafnya membuatkan aku kadang-kala tidak sempat hendak menyediakan alat-alat bantuan mengajar.  Tambahan pula di sekolahku memang sukar hendak membuat lembaran kerja dan tidak ada bantuan mengajar kecualai yang lama-lama. Peruntukan sekolah yang kurang murid juga adalah faktor yang menyebabkan peruntukan sedikit manakala latar belakang murid yang berpendapatan rendah serta ibu bapa yang berpendidikan rendah menghambat faktor kejayaan LINUS.
  Ada 7 orang muridku tidak menguasai kemahiran membaca.  Bagaimana hendak menguasainya kalau mereka sendiri tidak mahu mengikut bacaan guru, tidak fokus dan menharapkan 100% kepada guru sedangkan untuk berjaya  adalah diri sendiri.
  LINUS atau PROTIM adalah sama, bezanya LINUS selama 3 tahun mesti LULUS atau melepasi 12 konstruk membaca dan menulis. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan LINUS.  Tetapi percaya kalau tidak ada kehendak diri murid itu sendiri untuk belajar di samping sokongan dan dorongan daripada ibu bapa , tentu anak-anak mereka tidak akan berjaya.
  Sesungguhnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.  Cabaran bagi guru seperti aku ini memanglah banyak, pertama selama 29 tahun tak pernah mengajar tahun 1, kedua latar belakang murid yang sukar mendengar arahan dan kurang membaca di rumah tentulah menambah masalah kepadaku tambahan ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak,
  Kerana LINUSlah aku mendapat surat layang daripada ibu bapa.  Surat yang mencemarkan namaku di sekolah baru dan tahun ke-30 mengajar.  Di sini, ku jumpai  segala macam perangai.....biarlah ia menjadi suatu episod baru dalam perkhidmatanku.

Friday, August 22, 2014

Aktiviti-aktiviti Bulan Kemerdekaan SKMT 2014

Semalam 21 Ogos , murid 6 Bestari sekali lagi bergotong- royong memasang bendera dan menampal gambar -gambar sejarah negara.  Sudut patriotik masih lagi kosong.  Kami akan sambung lagi pada masa -masa terluang.  Kini yang dah siap dipasang ialah bendera-bendera negeri Melaka dan Malaysia.
  Pada Jumaat,  22 Ogos semasa mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargaanegaraan , kuambil untuk melatihmurid-muridku  menyanyi lagu , 'Satu Malaysia ' dan 'Di sini Lahirnya sebuah Cinta..'.lagu tema tahun ini 2014.  Aku menggunakan laptop, speaker dan lagu-lagu yang telah didownload.  Lirik lagu telah pun ku copypaste di internet dan dicetak  menggunakan printerku di rumah.
  Selepas berlatih menyanyikan lagu tersebut , kebetulan masa rehat, aku menghidangkan  tomyam yang  ku sediakan mi serta bihun untuk menjamu selera murid-muridku.  Alangkah seronoknya mereka menjamu selera.  Air sirap ku pesan di kantin dengan harga RM5 secerek. Beginilah anak-anak diberi makan senyap dan gembira.  Syukurlah mereka makan dengan sopan dan teratur , malah dipuji masakanku serta diharap penjual di kantin membuat kuah  tomyam yang pekat sedikit seperti yang kubuat.  Mi sekilo dan setengah bungkus bihun cukuplah untuk mengalas perut mereka .
  Lihatlah kelasku dan gelagat anak muridku.  Terima kasih atas bantuan dan kerjasama memasang bendera dan menceriakan kelas, semoga kalian akan berjaya dan menjadi generasi yang berwawasan....aamiin.
                          latihan nyanyian lagu patriotik dengan iringan lagu dari laptop dan speaker.
                         
                                                       Panorama di dalam kelas
                                                         Panorama di hadapan kelas

                                  Jamuan makan - menu tomyan dengan mi dan bihun
                                                 Air sirap dipesan dari kantin secerek RM5.00

  Langsir warna bendera ini berfungsi semasa Bulan Kemerdekaan sahaja....untuk jimat belanja dan masa simpan selagi boleh digunakan.